Saturday, January 12, 2013

Penerangan Tentang Refleksi Dalam RPH.


Allahu Akbar, dari semalam rasa sedih sangat, tapi tak nak lah terlalu fikirkan semua masalah tu kan? nak berkongsi pun takkan ada siapa yang faham, hanya AKU dan Allah sahaja yang maha tahu..tapi tak apa, ada jalannya nanti..

baiklah, tadi baca tentang post dari Sarahayu, dia cakap minggu depan Nazir nak datang sekolah, aku pun memang ada terbaca juga tentang tu..sebab kawan sekelas waktu BASL dulu ada juga bagitahu yang Nazir nak datang melawat..mungkin juga nak tengok Guru Dalam Latihan atau ..hurm, entah lahhhh! :) 

kalau datang pun encik Nazir, datanglah..:) saya dop kisah..ke Nazirah? :P hihihi :D korang tahu dop Nazir ni kebenda? amboihhh! takkan lah tak tahu, tu yang duk observe guru-gur seMalaysia tu..Nazir lah tu, perkataan Nazir dari kalimah bahasa Arab juga, Nazoro..melihat ----> kita duk panggil pantau! :) heeeeeeeeeee:D

baiklah, ros sebenarnya nak buat RPH Pendidikan Islam, jadi ros buat secara taip sahaja..sebab ros tak diberikan buku RPH oleh sekolah, dah tanya juga pada GPK, tapi GPK pun tak faham, almaklumlah,..cikgu cina..tapi tak apa, memandangkan dia tak faham,.jadinya ros mungkin akan buat secara type di dalam komputer :) mgkn sahaja nanti minta tandatangan daripada Cikgu Foo...:) Cina nak baca tulisan jawi memang tak fahammmlah kan? nak wat lagu manaaaaa? terpaksa lah! ;)

jadi bila nak buat RPH ni, kan ada dalam tu di akhirnya kena buat refleeksi, masalahnya sekarang...ros ni yang tak faham refleksi tu nak tulis apa? jadi ros baca info dekat blog ni

http://norazlinaamin.blogspot.com/p/refleksi-rph.html

sangat membantu..:)
jadi kalau nak tahu bagaimana refleksi dalam rph berfungsi silakan baca link diatas sepenuhnya! :)

faham tak? maaf lah, ros ni memang tak pandai sangat..jadi ros cari semua dari google..memudahkan kerja..insyaAllah..:) 

dan ini juga sangat berguna untuk guru-guru KSSR mahupun KBSR..ini juga atas perkongsian guru-guru dalam forum..

CADANGAN YANG DISYORKAN/DIKETENGAHKAN UNTUK MENULIS REFLEKSI:

1. Menulis jumlah murid yang mencapai objektif P&P dan yang tidak mencapai objektif BUKAN menulis dalam bentuk peratus (%).

2. Menulis/mencadangkan aktiviti pengayaan untuk murid yang mencapai objektif.

3. Menulis/mencadangkan aktiviti pemulihan untuk murid yang tidak mencapai objektif.

:)



1 comment:

  1. bagus berkongsi2 ilmu..insha Allah, moga mudah segala urusan ros..
    penah tau nazir ni masa zaman sekol dulu..
    patu anak murid kena duk baik2
    masa dia datang observed..
    seblom tu nakal kemain :)

    ReplyDelete

Terima Kasih!