Sunday, January 13, 2013

13 negeri lulus 100% UPKK. Tahniah Melaka.


berbulan dah berlalu, sekarang baru nak updateeeeee..tahniah untuk semua pelajar tahun 5 2012 tahun lepas yang mengambil UPKK..Melaka ranking no 2 pulak tu..bangga orang JAIM..:) alhamdulillah dan tahniah juga untuk student ros yang berjaya..ros target hanya 5-6 sahaja yang dapat 8A, tak sangka GB bagi msg 11 orang yang dapat  8A dalam UPKK dan subjek Bahasa Arab ramai yang menunjukkan prestasi yg bagus dan meletop! :) heeeeeeeeeeeee :D

PUTRAJAYA 12 Dis. - Sebanyak 13 negeri berjaya mencatat keputusan cemerlang dengan lulus 100 peratus dalam peperiksaan Ujian Penulisan Kelas Kafa (UPKK) pada tahun ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, keputusan tersebut mengatasi pencapaian tahun lepas di mana hanya 12 negeri mencapai kelulusan 100 peratus.
Katanya, hanya Wilayah Persekutuan memperoleh keputusan 99 peratus lulus.
"Secara keseluruhan, 24,962 calon mendapat 8A berbanding 17,684 pada 2011.
"Jumlah tertinggi mendapat 8A ialah di Terengganu iaitu sebanyak 21.69 peratus, diikuti Melaka 21.50 peratus dan Sabah sebanyak 18.34 peratus," katanya pada majlis pengumuman keputusan peperiksaan itu di sini hari ini.
Katanya, berdasarkan kelulusan mata pelajaran, subjek Amali Solat mencatat kadar kelulusan tertinggi iaitu 99.93 peratus diikuti Penghayatan Cara Hidup Islam, 99.91 peratus manakala bidang al-Quran mencapai 98.47 peratus.
Jamil Khir berkata, berdasarkan Gred Purata Sekolah (GPS), Selangor muncul negeri terbaik dengan (1.55 mata) diikuti Melaka (1.59 mata) dan Terengganu (1.64 mata).
Seramai 186,966 calon menduduki peperiksaan UPKK 2012 yang diadakan pada 1 hingga 4 Oktober lepas.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20121213/pe_01/13-negeri-lulus-100-UPKK#ixzz2HrQ2g4Qf
© Utusan Melayu (M) Bhd 

1 comment:

  1. Tahniah buat murid2 dan semua guru yang terlibat..

    Salam perkenalanan drp ibu.. Follow sini

    ReplyDelete

Terima Kasih!