Friday, December 28, 2012

Guru Besar SRA (JAIM) Ujong Pasir Terbaik! :)


bismillah, 

waktu mula-mula menjejakkan kaki di SRA (JAIM) Ujong Pasir, orang pertama yang entertain ros bukanlah guru besar, sebab guru besar ada meeting..jadinya guru besar akan datang lewat sedikit..eyh, tak datang rasanya waktu tu..:)

orang pertama yang layan ros adalah GPK HEM, Ustazah Faridah yang super lembut! ;) 
Kak Faridah memang seorang guru contoh yang baik! semua anak muridnya dilayan sama rata..begitu juga staff iaitu ustazah-ustazah lain..ala, sekolah kami ni tak ramai sangat gurunya..hanya 6 orang sahaja memandangkan anak murid hanya seramai 200 orang..:) 

Guru Besar SRA (JAIM) Ujong Pasir yang ros maksudkan dengan terbaik itu adalah Puan Kamariah Binti Haji Ismail..kak kam, kak maria! apa sahaja panggilannya dia okkey! asalkan semua dengar kata dan buat kerja dengan baik..

terlalu banyak yang aku belajar dengan kak kamariah ni, dari cara nak mengawal kelas, cara nak mengajar, cara nak buat kertas soalan..cara nak hias kelas dengan cantik..sekolah paling cantik yang aku rasakan selama aku mengajar ni Sekolah Rendah Agama (JAIM) Ujong Pasir lah yang tercantik pada mata pandangan aku..complete semua..Kak Kamariah memang layak menjadi GURU BESAR dalam usianya yang muda.

Kak Kamariah pandai menjaga hati pekerjanya, semua kebajikan kak Kamariah prihatin..almaklumlah, kami semua sangat rapat dan mostly guru-guru dekat situ semuanya yang dah berumur..terutamanya cik Jah..orang yang banyak pengalaman..segala pengalaman aku selama aku mengajar di SRA (JAIM) Ujong Pasir takkan aku lupakan..

dan Kak Kamariah! akak adalah GURU BESAR yang terbaik bagi ros! :)
terima kasih atas tunjuk ajar akak selama ni..semoga akak dan keluarga diberkati..:) segala kebaikan akak meghantar kita sehingga ke depan pintu pagar rumah, bantuan suami akak yang mengecop semua borang-borang kita untuk sambung belajar di IPG akan kita kenang sehingga mati..terima kasih kakak! :) 

insyaAllah, mesti akak akan dapat Anugerah Pencapaian Cemerlang..:) 

Amin..:)

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih!