Thursday, December 27, 2012

TIPS: Diet Yang Betul Part II


Sambungan dari TIPS: Diet Yang Betul Part I.

g- makanan yang sihat menjadi pilihan utama. Pilihlah makanan yang mengandungi lemak tepu yang sedikit. Perbanyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran. Pilih minyak sayur sebagai sumber lemak kerana mengandungi lemak tidak tepu dalam jumlah yang tinggi. Makan makanan yang mengandungi Omega 3 seperti IKAN! :)

h- Olahraga / bersukan. Sesuaikan olah raga yang anda pilih dengan keadaan tubuh badan anda. Salah satu olehraga/ sukan yang sihat, murah dan dapat dilakukan oleh semua orang ialah berjalan kaki. *Ini macam kes ros! dekat IPG tu sokmo nak kena jalan kaki..apa-apa pun..berjalan itu bagus dan baik untuk jantung! 
Berjalanlah minimum 5 Kilometer sehari. Usahakan untuk sentiasa menambah jarak berjalan anda. Ingat! sukan bukan hanya menurunkan berat badan anda tetapi juga menyihatkan tubuh badan anda.

i- buang kebiasaan makan di malam hari. Makan dimalam hari akan menghancurkan usaha menurunkan berat badan kerana kalori yang diambil selepas makan malam akan tertimbun di dalam tubuh. menggosok gigi selepas makan malam dapat mengurangkan keinginan untuk makan.

j- Perbanyakkan mengambil protein. Makan makanan yang mengandungi protein dalam jumlah yang  banyak akan membuatkan perut anda kekenyangan dalam beberapa jam sehingga mengurangkan keperluan terhadap makanan yang mengandungi jumlah kalori yang tinggi.

k- buang kebiasaan buruk yang membuatkan berat badan bertambah dan gantikan dengan kebiasaan yang lebih sihat. Misalnya menggantikan gula rendah kalori, mengelak makan makanan bergoreng dan lain-lain.

to be continue..:)

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih!