skip to main |
skip to sidebar
Check List JQAF Untuk Saya, Mungkin Untuk Anda Juga.
selepas pukul 8.30 pagi tadi..iaitu setelah saya mengamati betul-betul keputusan Jqaf ambilan Jan 2013, saya rasa bersyukur kerana ditempatkan di IPG Durian Daun, Melaka yang dekat dengan rumah saya..Alhamdulillah..:)
setelah itu, apa yang membuatkan saya rasa mual dan nak termuntah ialah..owh, apakah semua ini? banyak sungguh borang-borang yang perlu di print dan difotokopikan berhelai-helai..memang banyak dan Pegawai Kumpulan A, siap sedia ye? saya memerlukan khidmat anda sepenuh jiwa raga untuk sedia bersama-sama muntah dengan saya sebab beratus helai yang perlu dicop pengesahankan! ;) *ayat dah lintang pookang!
okey, mari kita buat senarai semak supaya tidak menyemak..kerana saya yakin pasti semak bilik anda dengan kertas-kertas yang ada..;)
diantara perkara yang wajib bagi bakal guru-guru Jqaf laksanakan untuk masuk ke IPG masing-masing pada hari pendaftaran 17 Disember ini nanti ialah:-
1- Print semua dokumen penting yang telah anda download dari laman web www.moe.gov yang berbentuk PDF..
2- Setelah print, pastikan semua borang telah lengkap ditangan anda.
3- Baca Buku Panduan dengan teliti apakah diantara dokumen yang perlu anda sahkan benar oleh kumpulan A. Ada juga yang perlu anda beli sebagai contoh setem hasil sebanyak 5 setem.
4- Sebelum anda hantar untuk pergi fotokopi, better anda buat medical checkup dahulu..sebab ada 4 salinan yang perlu difotokopikan juga dan perlu juga disahkan benar / disahkan oleh..setelah itu barulah bawa kesemua dokumen yang diperlukan untuk fotostat dan disahkan oleh..
5- Pastikan borang yang memerlukan saksi juga dibawa ye? kerana saksi juga dikalangan Penghulu, Guru Besar..senang cerita mereka adalah Kumpulan A.
6- Buat senarai semak semula untuk semua dokumen, sekurang-kurangnya anda sudah bersedia 3 hari awal sebelum daftar.
7- Beli juga barang keperluan sebagai contoh barang mandi, baju, kasut sukan dan peralatan lain! sebab kita baru nak kenal hati budi orang..kang nak pinjam takut orang kedek dengan kita..tak gitu? :)
8- Apa yang dituggu lagi? bersedia lah dari sekarang..!
9- Semoga Berjaya!
10- tatatititutu :)
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih!