skip to main |
skip to sidebar
Masalah Yang Tidak Kita Jangka - j-QAF
bismillah, sekarang ini barulah boleh nak cerita panjang-panjang dan berkongsi dengan semua tentang JQAF..
rasa risau pula mendengarkan cerita semua Pegawai yang memberikan penerangan..banyak sangat kerja yang perlu kami lakukan lebih-lebih lagi borang perjanjian dan macam-macam yang kena disahkannn! alhamdulillah nasib baik semuanya boleh dicop oleh Mentor...;) hehehehe..lega sangat! :)
actually, ros nak highlightkan disini bahawa segala perkongsian ini adalah sebagai peringatan buat diri ros sendiri! ;) kerana ini adalah diari on9 saya..dan sememangnya setia hari saya akan updateeeee dia..in shaa Allah..:)
terlalu banyak isu-isu yang kami bincangkan termasuk juga isu guru pelatih yang ditempatkan di Sabah Sarawak..dan alhamdulillah saya dan rakan-rakan tidak ke sana..;) jadinya...malas lah nak ceritaaaa..:P hihihihi :D sebab bagi ros semua orang pasti ada masalah mereka masing-masing dan sebaik-baiknya bertanya terus kepada pihak IPG dengan menghubungi mereka untuk mengetahui keterangan lebih lanjut..:)
di antara masalah yang dibincangkan ialah:-
1) Adakah rumah dan kenderaan akan disediakan oleh IPG ketika kami ditempatkan disekolah untuk latihan?
- Waktu Kuliah, IPG yang akan sediakan tempat tinggal dan jika pelajar berada di sekolah yang ditempatkan, semua perlu ditanggung oleh pelajar.
2) Bagaimana pula dengan penempatan sekolah? Siapakah yang akan menentukan penempatan sekolah kami nanti?
- Penempatan sekolah akan ditentukan sepenuhnya oleh Jabatan Pelajaran Negeri (JPN).
3) Bagaimana jika terdapat guru-guru pelatih ini mengandung?
- Sebaik-baiknya elakkan, kerana ini merupakan program khas..berkemungkinan JIKA / ANDAI selepas ini sudah tiada ditawarkan program seperti ini lagi, anda juga yang akan rugi..dan secara umumnya, jika didapati anda mengandung dalam tempoh berkursus anda dinasihatkan menangguh dahulu dari berlatih.
4) Tentang Isu Politik, jika saya ingin mengundi..bagaimana?
- Isu ini bergantung kepada hak individu dan pihak IPG tidak masuk campur tentang hal ini..:)
okey, ini merupakan isu yang dibincangkan pada 17 Disember yang lalu, dan sekarang baru ros update..apa-apa pun untuk kesenangan ros juga nnt..:)
kalau kawan-kawan nak jadikan panduan pun okey juga..:) semoga ada yang boleh membantu kawan-kawan JQAF dari sudut kekeliruan..terima kasih..:)
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih!