Bismillah..
Assalamualaikum wbt...:) hari ini insyaAllah nak berkongsikan pengalaman selama menjalankan bisnes secara online..banyak asam garam rencah berniaga..pahit dan manis itu sudah tentu ada dalam semua jenis perniagaan samada anda seorang peniaga secara offline atau online..
zaman sekarang yang menuntut kita untuk lebig berteknologi membuatkan ros sendiri tertarik dengan berniaga secara online pada dasarnya..:) bertambah seronok bila tengok kawan-kawan yang maju dan sudah mempunyai butik tersendiri..semuanya hasil usaha gigih bekerja keras untuk menamppakkan hasil yang sangat berkesan..bukan mudah nak memulakan sesuatu perniagaan..ditambah pula dengan modal yang sedikit. Sebenarnya, ros bermula dengan 0 (kosong), bermula sebagai seorang Reseller kepada adik Nessa..lama kelamaan timbul minat yang mendalam bila dapat tahu berniaga secara on9 ni sangat menguntungkan..! risikonya juga tidak kurang hebat tau! adatlah, siapa yang dah biasa..insyaAllah mampu meneruskan perniagaan secara online berterusan..:)
bermula dengan angka sifir seterusnya mendapat komisyen yang sedikit demi sedikit menjadi banyak dan ditambah pula dengan keseronokkan memakai jubah..timbullah idea untuk membuka perniagaan secara on9..:) bermula dari awal Januari tahun lepas..ros mula memasarkan dan mengupload sebanyak mungkin jubah dan kaftan yang ada untuk dijual..setelah itu cuba untuk mencari sendiri supplier yang benar-benar boleh dipercayai..sekitar bulan 5 tahun ini ros cuba berdiri dengan kaki sendiri...bayangkan..semuanya ros buat sendiri..kalau dulunya jadi reseller..memang mudah..semua penghantaran diatur oleh supplier..:) sekarang tidak lagi..semuanya ros uruskan sendiri bahkan lebih dari beberapa orang yang bertanya untuk menjadi reseller / dropshipper..:) Alhamdulillah, berkat kerja yg ikhlas pasti akan membuahkan hasil..
pengalaman selama ros berniaga online ni memang banyak..yang best bila kita dapat puaskan hati pelanggan lah..yang tak bestnye bila kena tipu dengan supplier..banyak kali juga kena macam tu..tapi apalah daya ros..berniaga secara online pasti sahaja ada rintangan dan cabarannya..kerenah pelanggan yang pelbagai membuatkan kita juga turut matang! dalam kes melayani kerenah pelanggan, tak semua orang akan sabar..ada yang cerewet, memilihhhhh, dah order plak pastu call dan cancel order..mengucap panjang kadang kala..tapi semua ni membuatkan ros rasa happy setelah baca komen-komen seperti dibawah ni...
okey, yang ni dari Adik Amira Fitriyah, dari Sabah..:) kan tersenyum lebor bila baca komen macam ni tengok ni ^_____________^
dan yang di atas ini pula komen dari Saba Mohamed from Perth Australia..buat pertama kalinya ros buat urusan antarabangsa tau!! ceh, macam la singapore dan indon tu bukan antarabangsa..kiki..itu Asia..memey laaaa..tp ni dr Perthhh u! hak33..:P
dan kalau anda nak buat perniagaan ssecara online dengan international buyers..kenalah daftar dengan PAYPAL..ros sendiri masih baru dengan PAYPAL, waktu mula-mula nak buka akaun PAYPAL ni memang tak faham sangat cara nak guna, tapi pengalaman mengajar kita semuanya..mencuba dahulu tak salah..banyak ros belaajar dari blogger-blogger OTAI yang tak pernah lokek mengajar bagaimana cara untuk membuka akaun paypal neh..jadi if you allssss nak buka akaun paypal, just cari je dekat search engine..pasti bnyak hits yang akan keluar..sungguhhh! tak TIPU! :)
dan kalau korang baca komen dia..dia dah selamat dpt barang yang ros post..risau juga sebenarnya bila dia kata tak dapat..tapi selamat sampai..baru hari ni ros tahu jubah tu dh sampai..alhamdulilah..sempat juga customer ros pakai untuk wedding day dy! :)
baiklah, apa yang ros nak kongsikan dekat sini ialah JIKA ANDA SEORANG PENIAGA ONLINE anda haruslah mempunyai persediaan seperti berikut:-
1- persediaan dari segi mental dan fizikal..
in case dapat cemuhan dari customer, anda boleh handle mereka with care..dah macam KACA pulak..haha..:P
yang fizikalnya adalah, nak kena balut jubah, nak post jubah, return barang beli itu ini..macam-macam lagi lahhhh!
2- ongkos yang mencukupi..jangan sesekali berhutang ye dengan supplier!
okey, kalau mengikut pengalaman ros, ros bermula dengan KOSONG, tapi kalau korang nak tahu..susah juga terus-terusan jadi reseller ni..sebab korang takkan tahu keadaan barang yang bakal customer dapat, kadangkala size dan kaler tak sama seperti permintaan customer..membuatkan korang nak tahu semua tu dan find out sendiri supplier yang terus boleh hantar barang pada korang..puas hati kannnn? :) dan lagi satu..ongkos yang cukup untuk bayar supplier, dyowang sendiri pun nak gunakan duit utk post pada kita..lain lah kalau korang memang dah kamcenggggg dengan suuppier tu dan dia juga boleh percaya kita dan kita percaya pada dia..:)
3- IKHLAS DAN JUJUR dalam berniaga..
when customer give their trust to us..so use it properlyyyyy..:) and be a good supplier! :) bila kita ikhlas, dengan mudah Allah berikan kita rezeki..bila kita jujur, dengan mudahnya juga semua orang rapat dan prihatin dengan kita..post dan update lah apa-apa design pun..any kind of your things yang korang jual, bila kita ada dua benda ni..mesty ramai yang nak LIKE dan tak kurang juga yang sokong kita dari belakang..:( insyaallah..:)
4- bersedia untuk memberikan perkhidmatan yang BAGUS! customer always right kan? :)
jadi, kita juga kena saling hormat menghormati..jangan sesekali memberikan layanan yang buruk pada customer, apa yang terbaiknya adalah..mencari kekurangan pada perniagaan dan sentiasa mencarri sesuatu yang baru untuk disediakan kepada customer..
bagi ros, apa yang ros lakukan adalah buat bussines card, utk kembangkan lagi pasaran jubah ros..dan supaya customer terus contact kita and always keep in touch with us!
kemudian mencari sesuatu kelainan dari segi pembalut jubah..design sendiri dan itu menunjukkan satu daya krativiti untuk menarik lebih ramai pelanggan..:)
5- sediakan akaun yang sesuai sebab bisnes on9 ni semuanya kena mengaddap lappy selalu..jadi bank pun takkan lah nak kena cek sentiasa di bank? tentulah anda punyai sendiri akaun tertentu dan yang biasa digunakan oleh semua peniaga online..sebagai contoh internet banking seperti maybank2u.com dan cimbclicks..:) dan untuk international of course i am using PAYPAL..:)
setelah itu, yakinlah dengan segala usaha anda yang adaaaa! :) insyaALlah..pasti akan datang kepuasannya kelak..:)
semoga semua peniaga online yang mempunyai ciri-ciri diatas sukses selalu! ;)
tu dia..tips & motivasi dari peniaga online yg sukses! Ros ada satu lagi kelebihan, dah ada nama sejak join Solehah tu. Memang sesuai sgt dgn biz ni. Esok2 bukakla butik pulak ya.
ReplyDeleteAkak ni aktif bermusim. Mcm skrg ikut suami o/station jauh, biz stop 2wks. Nak iklan lebih2 pun susah, so buat ikut keadaan je lah.