Thursday, May 17, 2012
jodoh itu kan Allah yang tentukan..:)
“Dalam setiap kebahagiaan pasti ada kedukaan dan saya tak jangka perkara ini (perceraian) akan berlaku dalam rumah tangga saya,” kata pelakon Ady Putra, 31, yang bercerai dengan isterinya, Aida Yusof.
Entri berkaitan –> Gambar Sekitar Ulangtahun Perkahwinan Ke-6 Adi Putra Dan Isteri
Ketika dihubungi Harian Metro semalam, pelakon berasal dari Singapura itu mengesahkan dia sudah memfailkan permohonan untuk bercerai di Mahkamah Syariah, di sini, pada 11 Mei lalu. Menurut Ady, dia tidak mahu bercerita lanjut mengenai perceraiannya itu, tetapi apa yang pasti mereka tiada persefahaman.
“Perpisahan ini bukan mengenai isu tak ada anak atau pun ada orang ketiga, tetapi berpunca daripada masalah dalaman suami isteri yang agak sukar untuk saya ceritakan kerana bimbang mengaibkan orang lain,” katanya.
Ady berkata, dia dan Aida berpisah secara baik dan keputusan itu dibuat selepas pelbagai usaha untuk menyelamatkan rumah tangga mereka gagal.
“Ketika saya pergi mengerjakan umrah, baru-baru ini, saya mohon segala yang terbaik daripada Allah terutama kebahagiaan dalam rumah tangga, tetapi apakan daya saya kerana setakat ini saja jodoh kami,” katanya.
baru dua minggu lalu ros berteemu dengan abg Ady Putra ni, ketika menunaikan umrah..kawan-kawan Solehah yang lain perasan ddulu..on the next day, kami jumpa dia dengan kak Nora Danish..mungkin nak buat Tawaf Sunat..apa-apa pun jodoh itu ddi tangan tuhan..kita hanya mampu merancang, dan sebaik-baik perancangan adalah Allah yang menentukan..semoga beliau bahagia dengan pilihannya selepas ini..:) ros sendiri tak tahu, tapi memang terkejut dan hanya mampu mendoakan agar sesiapa sahaja yang beergelar ARTIS ni bahagia..orang cakap cerai berai dah jadi treend artis..pape pown, kita ni sendiri tak tahu macam mana dengan diri kita dan masa hadapan kita..jadi tak baik mendoakan seperti itu..so, jom doa yang BAIK-BAIK sahaja ya!;)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
akak pulak baru je tulis entri psl putus tunang..
ReplyDelete