Wednesday, November 30, 2011

berlalu sepi..

tidak mahu menuding jari ke atas mana-mana pihak..
biarpun kaya ataupun kurang berada..
kita semua adalah sama..
akan tetapi apa yang berlaku dan apa yang baru sahaja yang aku lalui semalam memang tak boleh nak terima..

keprihatinan yang kurang dari sesetengah pihak terhadap sesuatu perkara..
tak nak nyatakan kat sini sebab takut ada yang terasa..
tapi, itulah hakikat manusia yang tak mahu "MENOLONG"
ya Allah, ada yang memandang remeh..

mungkin jua mereka berfikir bahawa aku akan hidup tanpa penyakit..
wahai manusia diluar sana..
ingatlah! kita hidup hanya sementara dan nyawa yang kita ada ini juga adalah pinjaman dari Allah semata-mata..

andai satu hari nanti engkau diuji oleh Allah..
kau akan merasakan betapa peritnya "SAKIT"
barulah kau akan sedar akan nikmat "MEMBERI"
walaupun yang kau hulurkan hanya sedikit..

wallahu a'lam..

Monday, November 28, 2011

Sumbanglah seikhlas hati anda!

Assalamualaikum wbt..

selamat berhujung minggu kepada semua kawan-kawan blogger yang dirahmati oleh Allah sekalian..
hari ini ros ada satu misi yang lebih penting untuk ros kongsikan dengan semua..
Alhamdulillah selamat sudah majlis Konvokesyen ros semalam..
tapi cerita konvo yang pastinya masih panas tu masih boleh disimpan dahulu..
dan apa yang ingin ros kongsikan di entry ini adalah lebih mulia dari segala-galanya..

dan ini juga berkait rapat dengan NYAWA seseorang..
pasti semua sudah terbaca akan artikel tentang adik Aqil kan..
ok, disini ade maklumat ringkas tentang adik Aqil ni..sangat sedih sekilas terbaca tentang beliau..moga Allah permudahkan segalanya buatmu dik..


adik Mohd Aqil Hafiy Hazley berusia 4 TAHUN telah menghidap penyakit
kanser darah, Burkitt's Lymphoma dam sekarang penyakitnya itu telah sampai tahap yang ke empat. Ibu beliau  Nor Elyza Ahmad Zuki, 28 TAHUN.
bekerja sebagai Pembantu Tadbir di sektor awam sangat tabah dengan penderitaan anaknya begitu juga suaminya Hazley Ishak, 38 TAHUN.
apa yang ros tahu, mereka memerlukan bantuan kewangan sebanyak RM20,000 untuk menampung kos pembedahan adik Aqil.

pendahuluan yang diperlukan pula adalah sebanyak RM10,000 dan tempoh masa yang diberikan hanya seminggu. 
ya Allah, andai ros berdaya untuk berikan sumbangan sebanyak itu, insyaAllah ros akan hulurkan..
dan disini, ros bukanlah inginkan simpati kawan-kawan..
akan tetapi ros nak semua kawan-kawan merasa akan apa yang ditanggung dan apa yang dirasai oleh sepasang suami isteri ini yang sangat-sangat memerlukan keprihatinan kita semua bagi membantu anaknya adik Aqil..

ros sendiri dan rakan-rakan SOLEHAH yang lain sedang aktif menyebarkan tentang berita ini dan sedaya upaya membantu mencari dana untuk adik Aqil ini secara individu..dan insyaAllah kami juga akan bergerak secara beramai-ramai membuat satu program yg dapat mebantu mengutip dana untuk disumbangkan kepada adik Aqil..

masa bagi kami semua peserta SOLEHAH amat terhad, kerana kos rawatan ini diperlukan segera..

andai ada yang sudi menghulurkan bantuan..ros amat-amat mengalu-alukan keprihatinan dan sumbangan kalian..dan mencari dana ini adalah satu tugasan terakhir bagi kami semua dalam minggu Solehah yang ke-11 ini..

sumbangan anda boleh dibuat di:-

Maybank : 104115038091 (Rosmarieza Rofiee)
atau anda boleh ADD ros dekat Facebook ini Rosmarieza Rofiee dan boleh bagi message untuk tahu dengan lebih lanjut..

semoga dengan bantuan kita yang..walaupun sedikit, pasti adanya balasan dari Allah swt atas apa yang kita lakukan..even sebesar zarrah sekalipun..

    insyaAllah dan sama-samalah kita doakan adik Aqil dapat menjalani rawatan dengan segera dan cepat sembuh seperti sediakala..amin Ya Rabb..


 Sumbanglah seikhlas hati anda..
hanya Allah yang mampu mebalasnya..

Sunday, November 27, 2011

alhamdulillah atas anugerah itu..:)

salam semua kawan blogger..

nak kongsikan kegembiraan dengan semua..
semalam dan hari ni..ros naik stage kat PKK KUIS dua kali tau!
sebab semalam hamik sijil untuk Anugerah Menteri Besar Selangor..syukur ya Allah..
dan hari ni pulak untuk sijil ijazah...:)
nak cerita panjang3..tapi kalau boleh nak upload skali dengan gambar..nantikan entry baru dari ros ye nnt!;)

heeeeeeee:D

Friday, November 18, 2011

SOLEHAH ROSMARIEZA nak buat giveaway la nanti! ;)

salam Jumaat smua sekali...

wah, dahlame tak buat giveaway..
teringin nak buat lagi dan lagi!
rindu sangat dekat kalian yang ros kenal!;)

insyaAllah, ade rezeki lebih ros akan buat giveaway yang ketiga kalo tak salah..heeeeeeeeeeeee:D 
ros sendiri dah lupa..
hope semua kawan-kawan blogger dpt menyokong ros untuk giveaway kali ni dengan join giveaway yg ros bakal buat nanti..

dan yang pastinya, lepas program SOLEHAH ni la ros buat..ok?

peace out! ^_^

Monday, November 14, 2011

Opick - Tafakkur..~



hayati lagu ini..

benar-benar menginsafkan..

membuka mata kita tentang kejadian Allah..

hayati bersama liriknya..:)

Saturday, November 12, 2011

tika jiwa ini kosong..~

tika jiwa ini kosong..
buat apa pown serba tak kena..serba serbi tak jadi..
rasa macam nak menangis jek..
rindu emak, abah dan adik beradik yang lain..
kenapa jiwa jadi gundah dan resah..
teringat akan teguran Solehah Adiba semalam..
kak ros fikir kan ape?
ya Allah..
tak tahu la Diba..ringkas jawapanku..

hari ini, walaupun cuba disembunyikan dengan senyuman dibibir..akan tetapi hanya Allah jualah yang maha Mengetahui..

tapi ianya semakin berkurangan setelah mendengarkan lagu Maher Zain!;)
The Chosen One..

Alhamdulillah, inilah yang ku cari selama ini..
aku cintakan kau ya Rasulullah..
berikanlah sedikit syafaatmu kepadaku..

terkesan dengan pembawakan beliau terhadap lagu ini..
dan Video Klip yang ros tonton di Youtube sangat3 memberikan banyak cerita tersirat disebaliknya..

baru tersedar kembali bahawa jiwa yang kosong ini perlukan hiburan seperti ini sebagai peringatan..
Alhamdulillah..moga rasa kosong itu ditambah dengan sedikit keriangan..InsyaAllah..


banyak qudwah hasanah oleh rasulullah saw dalam video ini..sama-sama hayati ye!

^_*

Wednesday, November 9, 2011

kau yang terkorban..

Alhamdulillah..selesai sudah tasking kumpulan Khadeejah yang mana tasking kali ini, kami perlu beraya bersama insan yang sangat istimewa bagi kami..insan ini yang bergelar Warga Emas @ Warga Tua..




Hari Raya Aidil Adha kali ini sangat-sangat bermakna bagi ros, sebab tak pernah dalam hidup ini beraya dengan orang yang sangat asing dalam hidup..biarpun ros katakan mereka asing dari hidup ros..tapi mereka lah yang telah banyak berjasa kepada kita semua..


dapat mengenali warga tua di Rumah Orang Tua Al-Ikhlas, Puchong merupakan satu pengalaman yang indah..bahkan menyambut Aidiladha bersama-sama mereka..satu kenangan yang takkan ros lupakan..


bukan sekadar itu, ros dapat rasakan arwah atok dan juga nenek ros masih ada bersama ros..almaklumlah, tak sempat nak merasai kasih sayang dari dua orang insan ini yang bergelar atok dan nenek..sedih tau! dua-dua sekali telah pun menyambut panggilan Ilahi ketika ros masih kecil..:'(


baiklah, nak kongsikan sedikit tentang perasaan ros..
perasaan ketika menyambut raya diperantauan memang sedih, ditambah pula dengan bergemanya takbir setelah usai solat maghrib berjemaah pada hari pertama kami semua menapak di Rumah Orang Tua tersebut..sangat meruntun dijiwa lantas airmata ini tak henti-henti keluar..siyes sedih..:'( 


sayu mengenangkan pengorbanan mereka ini tak dihargai..
sekilas terfikir akan nasib kita satu hari nanti tatkala perubahan yang ada di zaman mutakhir kini sangat menggalakkan masyarakatnya malas untuk menguruskan ibu bapa mereka sehinggakan benda yang penting ini dipandang remeh dan dengan cara mudah, mereka menghantar ibu bapa mereka ke rumah orang tua..


wal a'yazubillah..semoga kita tidak menjadi seperti mereka yang zalim hatta sanggup menempatkan ibu bapa mereka di rumah orang-orang tua..


tidakkah ada rasa belas dan kasihan  terhadap mereka yang telah melahirkan, menyusu, menjaga dan mendidik kita sehingga dewasa???
betapa beratnya mata ini memandang, berat lagi bahu mereka yang memikul...


bersama pengasas Rumah Orang Tua Al-Ikhlas, Puan Muji..


ros sangat terharu dengan pengorbanan Puan Muji, selaku seorang pengasas Rumah Orang Tua Al-Ikhlas itu..betapa mulianya pengorbanan yang telah beliau lakukan..walaupun ketika diuji allah dengan sakit (breast cancer) yang pernah dialaminya sebelum ini, akan tetapi dengan berkat kesabaran..beliau berjaya menjaga kesemua 50 orang-orang tua ini dengan penjagaan yang baik sekali..


sikap seperti beliau inilah yang perlu kita puji dan contohi..
kagum dengan kesungguhan beliau menjaga kesemua pak cik-pak cik dan mak cik-mak cik serta tidak kurang juga menjaga atok-atok dan nenek-nenek dengan baik.. 


beliau yang mesra dengan panggilan "mak" sangat tegas orangnya..ketegasannya itu adalah untuk kebaikan semua orang disekeliling yang dijaganya..
melihatkan ketabahan beliau, terdetik didalam hati ini untuk mencontohi beliau suatu hari nanti..


jika diizinkan Allah SWT..mahu saja kaki ini kembali berbakti kepada semua warga emas yang berada disana..insyaAllah, satu hari itu nanti akan tiba jua..dan yang pastiya, Allah tidak akan sia-siakan permintaan ataupun doa yang baik dri hambaNYA..






buat anak-anak diluar sana, ingatlah..sebagai anak, janganlah sesekali kita mengabaikan tanggungjawab kita terhadap ibu bapa..sesungguhnya pengorbanan mereka selama ini tidak terbalas dengan kata-kata bahkan dengan wang ringgit yang kita berikan kepada mereka..jasa mereka terhadap kita semua begitu besar sekali dan beringatlah semua bahawa, kita adalah cerminan bagi anak-anak kita pada masa akan datang..mereka ini hanya inginkan perhatian dan kasih sayang dari kita..dan tunjukkanlah kasih sayang yang sewajarnya kepada agar mereka tidak merasakan sunyi.. 
jangan sesekali kita abaikan mereka kerana takut kelak KAU YANG TERKORBAN!
من لا ÙŠَرحم لا ÙŠُرحم


sesiapa yang tidak mengasihi maka dia tidak akan dikasihi..


jadi, berkasih sayanglah antara kita semua tanpa mengira umur, pangkat,harta dan sebagainya..


moga amalan baik kita diterima Allah dan ingin sekali ros menyeru kepada semua, andai ada sifat PRIHATIN dalam diri anda..hulurkan lah sedikit bantuan berupa makanan ataupun pakaian buat mereka yang memerlukan..


akhir kata, hanya Allah yang mampu membalas segala amalan baik kalian..
insyaAllah, Allah sentiasa sayang kepada sesiapa sahaja yang berbuat baik sesama manusia..ganjaran Allah itu pasti ada buat mereka yang berbuat baik walaupun sebesar zarah..


p/s: kullu ma'ruf sodaqoh = setiap perkara baik itu adalah sedekah..:) senangnya nak buat sedekah pada zaman sekarang ni, hanya dengan berbuat baik semata kita dah pun dapat pahal sedekah..jadi, renung3kan dan selamat beramal!;)






wallahu a'lammm:)

Sunday, November 6, 2011

Salam Aidil Adha...

Assalamualaikum wbt...




masih tak terlambat untuk wish kat semua kawan-kawan dan juga dekat semua blogger..
selamat hari raya aidiladha..
raya kali ni sangat bermakna sebab walaupown tak beraya dengan keluarga..tapi cukuplah sekadar beraya dengan mereka yang sepatutnya kita hargai..
siapakah mereka?
nantikan dalam post yang berikutnya...!;)

salam eid korban semua!;)

Friday, November 4, 2011

kepujian kelas pertama?

ikutkan hati malas dah nak online pas abis basuh baju tadi..
dah pagi-pagi buta ni lah tangan duk gatal jugak untuk bukak lappy dan online..
nilah yang selalu ros lakukan setiap kali ada dekat rumah, kalau ade masa jek mesti online..
same lah jugak kat kampus..
melainkan ros betul-betul busy jek....tapi rasenyer waktu duk kat asrama dulu selalu jek online..hehe:P

dah dua entry yang ros pendingkan dulu untuk hari ini...maybe lepas LIVE SOLEHAH esok baru ros cube jugak untuk update..insyaAllah..moga ade kesempatan itu..
tadi agak teruja jugak pas tengok pic neh..

rasa syukur yang tak terhingga kerana semua yang datang dalam hidup ini merupakan hadiah dari Allah..
pernah juga terfikir..adakah ini hanya ujian untuk Allah menduga kekuatan iman seseorang hambanya agar tidak terleka dengan nikmat yang DIA berikan? 

dan adakah ini juga merupakan satu istidraj dari Allah buatku?
bila setiap soalan ini berlegar difikiran, teringat akan nasihat yang sentiasa terngiang-ngiang ditelinga ini..
nasihat dan kata-kata dari Ustazah Wazzainab sewaktu ros dan juga seorang rakan kelas yang menumpang keretanya sau ketika dulu..(tumpang nak g ATM kat Petronas Bandar Seri Putra je pown :P ) heeeeee:D

Ustazah kesayangan ros tu cakap: La yukallifullahu nafsan Illa 'Usa'ha..
Allah tidak akan memberati seseorang itu melainkan dia sanggup menempuhinya, dia boleh menghadapinya..
Maha Suci Engkau Ya Allah..bersyukur atas segala nikmat yang tyelah kau kurniakan..
nikmat IMAN, ISLAM dan IHSAN ditambah pula nikmat SOLEHAH ini..

terlalu banyak lopong-lopong yang ada dalam hati dan juga minda yang perlu aku isi dengan ilmu..
yang perlu ros tanamkan ia dengan sifat sabar, redha, yakin, amanah dan banyak lagi sifat mahmudah yang perlu kita semua semai dalam diri masing-masing..

bila idea mencurah-curah ke ladang gandum, mata pula seakan-akan dipacak dengan batang-batang mancis..
haish..susah jugak nak tidur..mungkin sebab assignment lepas yang masih lagi kurang isinya dalam kepala neh..
jadi, untuk mengakhiri entry ini..ros nak kongsikan sedikit tips yang selalu ros amalkan sewaktu ros dalam zaman belajar dulu..

apa yang selalu ros amalkan adalah, yang pertamanya...niat kita untuk dapatlan sesuatu ILMU itu..
yang keduanya, pastikan apa yang kita niatkan adalah kerana Allah dan adalah untuk faham ilmu yang kita dapat dan cuba untuk sampaikan juga kepada orang lain..
yang ketiganya, hormat ibu-bapa, ustaz ustazah, cikgu cikgi, rakan-rakan,teman, taulan dan sahabat handai..dan juga orang yang  berada disekeliling kita.. 

dan akhir sekali, selepas kita lakukan sesuatu yang disertai dengan niat yang baik, usaha yang jitu, doa yang sebenar-benarnya memohon dengan Allah dan mengharapkan balasan hanya dariNYA..insyaAllah selepas semua ini, kita cuba bertawakkal kepada Allah dengan lafaz..

"BISMILLAHI TAWAKKALTU A'LA ALLAH"

moga dengan doa tadi kita akan beroleh keberkatan dalam apa jua ibadah yang kita lakukan dan juga moga kita beroleh kejayaan...

Amin ya Allah...Amin ya Rahman...Amin ya Rahim..:)


Allah mendengar setiap doa hambanya yang bersungguh-sungguh meminta hanya dariNYA..


Tuesday, November 1, 2011

jangan salah faham! :'(

assalamualaikum wbt..

hye semua..
saje nak curik mase kejap untuk update blog kesayangan..
nak cerita kat semua..
ros ade ramai kawan..
tak kira lah lelaki ke, perempuan ke, abaang, adik, kakak3..semua ros kawan..
cuma ade diantara kawan-kawan ros ni dah remove ros / unfriend dengan ros..semata-mata tak balas msg dekat FB..ya Allah...nak bace msg kat phone pown tak de mase kadang-kadang..nak-nak plak ros dah involve ngan SOLEHAH ni..
jauh di sudut hati ni, memang sedih sangat-sangat..
tapi bila fikirkan balik, tak pelahhhhhh..!;P

ramai lagi yang nak kawan ngan ros..kan3?:)

ros dh update blog solehah..nanti ade mase korang rajin3lah komen entry kawan-kawan ros kat blog tu..
kay, selamat bekerja bagi yang bekerja..:)
doakan ros terus kuat dalam perjuangan dakwah ni..:)

hope kawan-kawan ros yang lain tak salah faham dengan ros..dan harap sangat mereka memahami keadaan ros dekat kem SOLEHAH ni..

k, take care semua...will update soon..

^^,