Saturday, October 29, 2011

malulah saya..

assalamualaikum semua...

alhamdulillah, hari ni ade jugak kesempatan untuk ros update blog, maaf kak nana dan juga kak ujie..ros teramat rindukan kalian..maaf juga jika adikmu ini tidak memberikan yang terbaik ketika persembahan pentas dan juga ketika diajukan soalan oleh juri..segala kesalahan tu memang datang dari diri yang serba kekurangan ini..

kakakkkk..
ros malu niiiiiiiiiiii..:'>
sungguh malu sebab waktu LIVe semalam dah bagi bahasa rojak..arghhh! nak jerit kuat-kuat kat sini boleh tak?:P heeeee:D

ros juga manusia biasa yang nak luahkan semua dan 
segala yang terbuku dihati ini..andai kakak-kakak faham..betapa bersyukurnya..:)

malulah saya..
tapi apa-apa pun. insyaAllah untuk performance yang akan datang..cuba untuk perbaiki diri dan berikan yang terbaik..
nak kutip dari pengalaman yang tidak seberapa sebelum ni, insyaAllah dapat mebantu dan juga dengan adanya sahabat-sahabat yang sangat hebat seperti mereka semua pasti dapat menolong ros dalam menyusuri onak dan ranjau dalam Solehah ini..:)

tapi, tetap nak cakap jugak kat sini..

malulah saya! :'">




Tuesday, October 18, 2011

tidak pernah puas..

salam bertemu kembali dalam arena blogging:P

wah, punyer lame tak update blog dan ini merupakan quick update untuk hari ini..:)
ros masih tak puas dengan apa yang ros rasekan..
dari sudut pembelajaran..
banyak sangat-sangat yang ros nak kongsikan jugak dengan semua..
akan tetapi, kekangan masa agak membataskan..:)
insyaAllah...
dan tak boleh nak janji..
ini sekadar update biase..

nak kongsikan sesuatu..

منهمان لا يشبعان

maksudnya:-

Dua orang yang rakus yang tidak pernah kenyang: orang yang rakus terhadap ILMU dan tak pernah kenyang dengannya & orang yang rakus terhadap DUNIA dan tidak pernah kenyang kepadanya..

yang mana satu menjadi pilihan?:)

renung3kan ye kawan-kawan..:)


Sunday, October 2, 2011

tips untuk dekat dengan SAHABAT..

pengalaman banyak mengajar ros akan erti kehidupan, lebih-lebih lagi di dalam mengenali sahabat yang berada dekat disisi ros sekarang, dan apa yang pasti adalah persahabatan yang kita lalui ini haruslah disemai dengan rasa mahbubah yang tinggi terhadap seseorang agar persahabtan yang terjalin itu indah..

disini ingin dan suke untuk ros kongsikan cara ataupun tips untuk bersahabat dengan orang yang tidak kita kenali..dan terus meneruskan persahabatan hingga ke akhirnya..
Tips-tipsnya adalah:-

1- Sentiasa melemparkan senyuman dengan siapa sahaja..
2- Sentiasa berfikiran positif..
3- tidak terus menilai seseorang daripada sikap luarannya..
4- sentiasa mendengar dan menerima pendapat yang diutarakan oleh sahabat..
5- cuba adapt dengan keadaan dan cara seseorang..
6- sentiasa bersangka baik dan sentiasa berlapang dada apabila menerima ujian dari Allah yang sentiasa menguji hambanya apabila terleka dengan nikmat dalam bersahabat..
7- terapkan nila-nilai murni yang perlu ada ketika bersahabat sebagai contoh, sikap toleransi dan hormat menghormati antara satu sama lain..

kawan-kawan, cubalah untuk mempraktikkan apa yang telah diberikan, sesungguhnya kita akan dapat mengenali sifat dan sikap seseorang itu setelah kita bersama dia dalam 2hari atau 3hari..dan sesungguhnya apa yang ros kongsikan ini adalah berdasarkan pengalaman yang ros lalui selama ros bersama kawan-kawan ros didalam kumpulan Khadeeja..

setelah selesai membuat tugasan di Kampung Chalil, Gua Musang Kelantan..
inilah yang ros dapat, persepakatan sesuatu itu akan lebih kuat apabila kita kenal dengan lebih rapat dengan SAHABAT kita, dan ros yakin dan percaya..anda semua juga adalah bersaudara dan mempunyai sahabat, diharapkan tips ini dapat membantu mengeratkan lagi perkenalan yang baru terjalin..

ya Rabb, sesungguhnya segala idea yang BAIK itu datang dari Allah yang mengurniakan akal kepada semua manusia..dan yang BURUK dan kurang SEMPURNA, hina dan dina itu datangnya dari diri ros yang serba kekurangan ini...

moga semua dapat sedikit manfaat dari entry ini..
wallahu a'lammm:)

Saturday, October 1, 2011

Kisah sahabat-sahabat Solehah..



dalam kelembutan ade kedegilan..heee:D yang degil tu cume ros je..:)
baiklah..
jika kita singkap kembali zaman Rasulullah dahulu pown, srikandi-srikandi islam terdahulu juga degil.degil disini bukanlah bererti keras kepala, akan tetapi degil disini bermaksud cekalnya hati mereka dalam menegakkan agama Allah..
tetap teguh dalam melayari kehidupan sebagai pejuang wanita islam..srikandi-srikandi seperti Sumayyah, Khadijah, Aisyah adalah diantara srikandi-srikandi islam yang berdiri disebalik kejayaan seorang lelaki bernama Rasulullah SAW..

nak ceritakan kat sini, alhamdulillah hari ini diberikan kelapangan untuk berehat..dan kami semua mengisi kelapangan yang diberikan ini dengan beriadah ke Plaza Alam Sentral Shah Alam, dan kemudian ros dan Solehah Tuan Nor Shazni Tuan Muda menghabiskan masa ke Kompleks PKNS Shah Alam..
kami membeli beberapa buah buku sebagai rujukan..
dan ros pulak membeli beberapa bahan ilmiyyah untuk dibaca..insyaAllah, masih banyak ilmu Allah yang perlu ros pelajari dan semakin kita berilmu semakin kita jahil sebenarnya..kerana ilmu Allah itu diibaratkan seperti lautan yang amat luas..sekali ditimba, takkan habis air di lautan..;)

semalam merupakan pengalaman untuk menjawab soalan kali pertama yang bagi ros, ros rasekan tidak berjaya dan tidak berapa menjawab, akan tetapi dengan izin Allah...walaupown masih memikirkan tentang kekurangan akan isi atau intipati jawapan tersebut...ros cuba untuk menenangkan diri agar tidak lagi membuat kesilapan berulang-ulang kali di masa akan datang insyaAllah..:)

buat Solehah Renny Johnnuin, tahniah kerana anda seorang yang sangat kuat dan tabah dalam melayari hari-hari di dalam kem SOLEHAH ini..
beliau yang ros kenal adalah seorang isteri yang benar-benar taat akan suaminya, walau didalam keadaan yang sarat mengandung..tetapi belaiu berjaya menghadapi tasking yang pertama dengan baik sekali..tahniah buat reen...:)

dan sesungguhnya, tiada yang lebih bernilai, selain dari persahabatan yang ros dapat didalam kem SOLEHAH ini..syukur dan terus memanjatkan kesyukuran kehadrat allah yang maha esa, atas kurnianya dan rahmatnya inilah ros dapat mengenali semua adik-adik solehah yang lain...

Solehah Adibah: seorang yang kuat dan sentiasa bersemangat! ^^,
Solehah Nurul: seorang yang sangat lemah lembut dan sangat berketerampilan dan bila bercakap seperti seorang pengacara Nona..:P
Solehah Reen: bunda yang sangat tabah mengharungi liku-liku hidup dalam Kem Solehah..;)
Solehah Wan: Ketua Kawad yang sangat tegas tapi dalam hati ada taman woooo:P dan dalam kekerasan beliau ade kelembutan yang tersembunyi..:)
Solehah Mariyam: teguh pendiriannya dan beliau seorang yang sangat berkepimpinan..:)
Solehah Shazni: petah berkata-kata dan pandai menyampaikan hadis dan ayat Al-Quran dan belaiu juga seorang yang sangat manja..:)
Solehah Amie Sofea: kecil tapi berjiwa kental!;)
Solehah Wan Suhaili: seorang yang sangat suke menundukkan kepalanya..ilmunya terpahat penuh didada..segala yang diungkapkan jelas dari hati yang murni..:)
Solehah Sarah: sentiasa senyum dengan apa jua yang beliau lakukan..senyuman yang datang dari hati yang ikhlas memancarkan dan menyerikan lagi wajah beliau..tauke biskut raya ni..nak tempah leh btau ros!;)

merekalah yang membuatkan ros lebih bersemangat dalam kem ni..tanpa mereka, siapalah ros..dan alhamdulillah nikmat sahabat yang telah Allah kurniakan ini akan ros manfaati dengan baik..insyaAllah moga tujuan yang baik dibalas dengan yang baik dan yang pasti segala kebaikan itu jangan sesekali minta dibalas oleh manusia dengan ganjaran, akan tetapi memintalah balasan yang sewajarnya pada Allah, mengadu padaNya dan sesungguhnya hanya DIA yang memberikan segala yang kita hajatkan dan inginkan..:)

Allah tidak memberi apa yang kita hendak, tapi Allah berikan kepada kita apa yang kita PERLU!;)

sekadar ini dahulu perkongsian dari ros, moga ukhuwwah dan mahabbah ini akan terjalin sehingga bila-bila..amin ya ALLAH..:)

inilah permulaanya..

betapa kerdilnya diri ini..
lebih-lebih lagi berada dan berdepan dengan 9 Finalis yang hebat-hebat dan sangat tinggi ilmunya..
rase rendah diri sebab tak sebaik mereka yang lain..
yang pandai mengawal diri dalam apa jua keadaan sekalipown..
terlalu banyak perkongsian yang sebelum ini yang mahu dikongsikan..
pengalaman menaiki Tjet yang ditaja khas oleh Dato' Taufik..
pengalaman ketika berada di Kg.Chalil bagi menyiapkan tugasan yang diberikan menyuntik semangat untuk teruskan kerja dakwah..
agak mencabar pabila hari demi hari kian tiba untuk LIVE..
sangat nervous hari ini kerana LOST..
ya Allah..
segala-galanya kembali pada Allah..
dy yang menciptakan sesuatu itu bertujuan..
dan sesungguhnya masih banyak lagi ilmu Allah yang perlu diterokai..
apa yang penting adalah ikhlaskan diri untuk menerima segalanya dan sentiasa berlapang dada untuk terima apa sahaja teguran yang bakal tiba nanti..
yang pasti segala kritikan perlu diambil dan dianggap sebagai satu yang membina semangat untuk terus berfikir secara rasional..

permulaan inilah yang banyak mengajar erti perubahan, gagal sekali tidak bererti gagal untuk selamanya..
melihatkan ketabahan dan kekuatan semangat yang Allah berikan kepada kawan-kawan yang lain..
membuatkan ros mendapat tempias dari mereka dan terima dengan redha ape yang telah berlaku pada hari ini..

moga pengalaman ini mengajar ros supaya buat yang lebih baik dan terbaik dari segi isi dan penyampaian..
cube untuk berada diatas stage dengan lebih tenang..
teringat akan soalan rehearsal yang ditujukan oleh abg Yusof, katanya adakah ada rse putus asa dipenghujung jalan dakwah..

apa yang aku jawab adalah sudah semestinya tidak sama sekali..mengapa tidak lantang dan mengapa tiba-tiba rase aku sedang berkhayal..
ya Allah..muhasabah diri ini sesungguhnya adalah untuk melihat kekurangan diri dan untuk mengubah kepada yang lebih baik, insyaAllah dengan berkat bantuan dari kawan-kawan yang lebih kuat dan hebat..insyaAllah..
ukhuwwah yang bakal tercipta ini tidak akan sesekali aku persiakan..
mengambil iktibar dengan apa yang berlaku merupakan jalan yang terbaik untuk terus memajukan diri yang serba kekurangan ini..

semoga pengalaman hari ini akan membuatkan kami lebih kuat dan tabah..
amin..