Sunday, January 8, 2017

Percutian Kami di Pulau Pinang Pulau Mutiara

Batu Feringghi, Pulau Pinang.
 
22 Disember 2016 - 24 Disember 2016
 
Sedikit pengalaman melawat bumi Penang, Pulau Mutiara.

Day 1
Check in hotel lebih kurang dalam pukul 3 petang. dah lewat, mata mengantuk..tapi incik suami nasihatkan kita ni berjalan sayang..kena nikmati cui-cuti yang ada dengan baik...setelah menunaikan solat jamak, ros dan suami bersiap-siap keluar mencari makanan...lapar tak ketahuan betul dan bersyukur sangat hotel bajet kami tu sangat dekat dengan kedai makan..nak makan dekat restoran berhadapan dengan hotel tak mampu, makanya kami singgah ke depan sikit di Pak Mid Cafe..menunya pun boleh tahan sedapnya...jadi siapa yang nak ke Batu Feringghi ni jangan susah hati..terlalu banyak kedai makan, kedai dobi, kedai urut kaki pun tak kurang juga...memang menyamankan kalau dapat kena urut.

Station Budget Hotel terletak 5 km dari Taman Negara Pulau Pinang di Batu Ferringhi. Ia mempunyai sebuah restoran dan WiFi percuma di seluruh premis. “Lokasi yg stategik, Mesra pelanggan dan berbaloi dengan kadar bayaran..”

 Station Gold, Budget Hotel yang kami diami selama 3Hari 2Malam..satu malam hanya RM 126 sahaja. murah ke murahhh? hehe...puas hati la jugak..tapi tandas dia kureng sikit..

 Malamnya kami pergi jalan-jalan ke kedai-kedai kecil yang terdapat di tepi jalan. Kalau tengokkan deretan kedai ni dah macam sama dengan Uptown. kami panggil uptown jer..hihi..marah pulak orang Penang kalau baca entry aku ni...
 Pilih jangan tak pilihhhhh! abang lanjer...:)




Day 2

Penang Art Street, Georgetown
 Poyo sangat muka ibu ros kannn? ahahahha...semalamnya dah beli seluar orang Pulau..jadi hari ini ros pakailah seluar yang telah dibeli..sedap aje pakainya..kainnya pun lembut..longgar..patuh syariat sangat! hihihi



 Dah sampai ke Penang Art Street ni, wajiblah kita mengambil gambar disini. Rata-rata pengunjung yang sampai ke sini mesti beratur nak ambil gambar dengan basikal ni..katanya gambar ni fofular! mak tak berapa nak fofular, mak tumpang populariti wall art street ni jah!
Basikal ini kami sewa khas untuk meninjau sekitar Penang Art Street, memang sangat puas hati..laki bini mengayuh, tapi incik suami lah paling banyak berbakti membuat kayuhan, nak suruh mak kayuh kang terberanak mak kat Penang ni kang..hihihi...Sewa hanya RM 10 sahaja. sangat berbaloi untuk masa 1 Jam..andaikata lebih sedikit dari masa kita tak puas lagi bergambar semua tempat..tambah lah RM 10 lagi untuk sejam yang seterusnya...:)

 Ais kepal yang femes emes di PAS...:) 

 Nampak tak muka ibu ros yang kelaparan, dah berjalan seharian...tunggu orang tu pulak solat Jumaat...dah pukul 2 lebih...baru lah dapat makan...

Sedapkan lauk kita...:) ni baru betoi anak pulau! ahaahahah..:)


Petangnyaaaaaa....

 Minum air kelapa...nyaman sangat tekak..ditemani deru ombak...syukurlah...:)

 Rojak Buah..
 Laksa Penang..Sedappppp Oooo! ditambah pulak dengan daun pudina..rasa macam makan ubat gigi Darlie pun hado! 


Keesokannya,

Day 3

Bukit Bendera, Pulau Pinang

yeayyy! kita sekarang berada di Bukit Bendera...Alhamdulillah suami ros beli tiket online..kalau datang lewat, dan baru nak beli tiket.korang tengoklah macamana hara nya nak beratur dengan ramai orang lagi..boleh datang anxiety aku..ahahah..

 gayatttt betul naik Bukit Bendera ni...sampai je puncak menggigil rasa kaki..ketorrr!

gambar ni best! thanks abang..:)

 Alhamdulillah, sekian sahaja cerita kita untuk hari ketiga..kalau larat korang singgah lah bergambar di Hard Rock Hotel,.nak duduk sini mak tak mampu nak! mahaiiiii! hotel ajet3 aje yg mampu..:')
 Amik se gambo kenangan...

kurang-kurang ade lah jugak kenangan dengan HR ni kan...suami ros lah yg berkenan sangat..dia kata ada rezeki lebih lepas ni kita check in sini pulak ye? insyaAllah bang jam!


ok, terima kasih baca entry ros ni...nanti kita update pasal Kellie's Castle pulak ye! ;)

Tuesday, January 3, 2017

Hari Pertamaku di Sekolah

Bismillah...
 
 
Assalamualaikum wbt semua...
 
SESI PETANG 2017  TANPA TAHUN 1
 
 Hari ini bukanlah seperti hari yang biasa dilalui pada tahun lepas..walaupun hari pertama tanpa murid tahun 1, tetap kami sebagai guru sesi petang dikerumuni ibu bapa yang bertanyakan soalan..lupa barangkali pengalaman yang lalu ketika menghantar anak mereka pada Tahun 1 2016..Tahun 1 bagi tahun 2017 ini telah dipindahkan ke sesi pagi..jadi terasa sedikit kejanggalan apabila murid tahun 1 tiada..bukan apa, jika tidak kami pasti akan melalui hari pertama ini dengan tangisan dan ragam murid tahun 1 yang pastinya pelbagai kerenah...syukurlah jumlah yg ada bagi sesi petang kali ini agak sedikit. Pun begitu, disiplin murid bagi sesi petang tetap juga sama untuk hari pertama ini...terpaksalah mengingatkan semula murid agar tidak berlari-lari dan menjaga keselamatan diri serta rakan mereka yang lain..khuatir kerana kerana terlalu selesa tanpa murid tahun 1, mereka sewenang-wenangnya menggunakan dataran PIBG sekolah sebagai tempat untuk berlari dan sebagainya.
 
SUNYI BETUL KAK SURYA TIADA 

Petang ini, awan dihiasi dengan mendung. Begitulah juga mendungnya hati ini..bukan sekadar hati, bahkan perutku juga turut mendung tanpa makanan! laparrrrrr betul dibuatnya..mana tidaknya, kebiasaannya seperti tahun lepas, Kak Surya lah yang banyak membawa makanan ke sekolah buat kami..bancuhkan kopi, teh, sediakan biskut untuk dimakan, kadangkala dijamunya kami semua guru-guru sesi petang dengan kek coklatnya yang sangat marvelous ituuuuu! serius terasa sangat lapar...😢😢😢
 
 Nampak gayanya kenalah sediakan makanan sendiri mulai esok. Makanan untuk kunyah-kunyah. Kurang-kurang ada juga bahan yang nak dimakan..


MEJA DI BILIK GURU
 
Untuk hari pertama ini, ros keluar seawal mungkin ke sekolah. Tujuannya adalah untuk mengemas meja dalam bilik guru. Seperti dalam entry yang sebelum ini..ros memang tiada rasa untuk menempuh 2017. 
Fokus ros adalah untuk si kecil khalifah yang masih berada dalam perut ini... jadi hari ini memang datang awal sedikit untuk mengemas meja dan membuang segala barang tahun 2016 yang sudah tidak boleh digunakan..nanti ros tepekkan meja ros yang tak lah brapa nak kemas sangat tu..orang lain dah bersedia nak menghadap 2017 ni dengan peembalut baru, tapi ros still dengan kertas pembalut lama..setia sangattttt kannnn? hihihi..nanti kita tepek gambo kita di bawah ye? 
 
 
MUKA BARU 2017 
 
ok..ni muka baru ros untuk 2017...eh, cam same je kannnn?

apa yang nak berubahnya...hihihi.baadan ajelah yg semakin naik....syukurlah atas segala nikmat sihat yang Allah berikan..Alhamdulillah kerana masih dapat bertemu dengan tahun baru 2017...


Selamat bertugas buat semua rakan-rakan baik yang guru, pensyarah, pekebun, pemandu, doktor dan sebagainya...semoga kita semua terus amanah! 😉😉😉


 

Saturday, December 31, 2016

2016 yang bakal melabuhkan tirai dan Cashout Nuffnang Kali Ke-3

 
 
bismillah...
 
 
Alhamdulillah atas nikmat nafas dan hidup yang Allah hadiahkan buat kita semua pada hari ini..bermula dari bangun pagi..sehinggalah apa sahaja yang kita lakukan sekarang...
 
2016 BAKAL MELABUHKAN TIRAI
 
 dalam beberapa jam sahaja lagi 2016 bakal melabuhkan tirainya.. sudahkah kita bersedia untuk menghadapi tahun 2017?

kalau nak cakap secara seriusnya, ros memang tak ada rasa apa-apa untuk tahun 2017 ni...tak tahulah kenapa...lain macam sikit..mungkin sebab banyak fikirkan budak yang sedang aktif menendang ibunya ni kot...hihihi..sepatutnya haruslah excited kan? tapi kita excited nak sambut awak je Mac nanti nak! tak berapa nak excited masuk sekolah! hihihi...

But still, masih ada rasa nak cari kasut sekolah baru, beg sekolah baru memandangkan kasut dan beg dah terlalu uzur untuk berkhidmat...eccewwahhh! 

CASH OUT NUFFNANG KALI KE-3 

terlalu banyak yang ros nak update dalam blog ni..terbaru ros rasa gatal sangat tangan nak cash out nuffnang dalam bulan lepas..alhamdulillah cek dari Nuff pun dah sampai..alhamdulillah boleh la gunakannya untuk buat belanja sket..tapi masih float lagi one day...nanti kita guna sebaiknya ye? nak update template blog ni nak kena upah orang la pulak kan..bukan apa, kita dah lama sangat tak mencuba update sendiri...tengok pada tahap kerajinan..agak kalau mak yong ni rajin..insyaALlah...kalau tak upahkan aje orang agar tak nampak buruk sangat blog i neh..dah la guna template lama..budak3 sangattttt tau! hihihi..😊

nanti kita nak update pasal jalan-jalan hari tu..


Penang
Kellie's Castle

tungguuuuuuuu! ✋✌