Tuesday, April 2, 2013

Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM)


bismillah, selepas habis waktu mengajar di sekolah kebiasaannya hari Selasa adalah hari kegiatan Kokurikulum di sekolah..ros pegang jawatan sebagai SU dan merangkap bendahari jugak..dua kerja..kihkihkih..hari ini aktiviti untuk semua pelajar PPIM bagi SK Bukit Beruang adalah Penyelarasan Buku Log dan persediaan untuk pertandingan nasyid..alhamdulillah guru-guru sangat memberikan kerjasama yang baik termasuklah pelajar PPIM jugak..semangat masing-masing bila nak diadakan aktiviti..dan insyaALlah akan berjumpa semua dua minggu ddari sekrang untuk nasyid..tak sabar pulak rasanya...

waktu kami duk sibuk-sibuk memberikan penerangan buku log kepda semua pelajar PPIM, Cikgu Johar selaku GPK Koku datang dan bagitahu esok Nazir nak tengok buku log..alhamdulillah nasib baik ramai jugak yang bawa...mestilah nak berikan contoh PPIM yang terbaik kan? ;) 

okey, sekadar nak berkongsi kepada guru-guru pelatih yang juga turut menjadi guu pembimbing dan penasihat kepada PPIM..ini adalah details yang perlu ada di dalam buku LOG Puteri Islam:-

Buku Log


ihsan: Google tentang PPIM..:) boleh terus kelik ke link tersebut untuk maklumat lanjut...sharing is caring and so loving..hehehee..:) selamat belajar ye puteri-puteriku sekalian..:)

Monday, April 1, 2013

Menyingkap Kenangan.




bisakah aku ulangi saat ini?

Ya Rabb...aku sangat jauh dengan-MU..ampuni aku ya Rabb..:'(

tak layak rasanya...penat sedikit sahaja sekarang aku selalu mengeluh..dan marah datang tiba-tiba..emosi pula jadi semakin tidak menentu..

ampuni aku...

bisakah aku ulangi?

*sekadar menyingkap kenangan..

semoga engkau berikan kekuatan untuk mendidik anak watan ini..menjadi manusia yang cemerlang dan terbilang..amin...:'(

Sunday, March 31, 2013

Sudah Lama Meninggalkan Bidang Kesetiausahaan.


aduh, tergeliat lidah nak menyebut Kesetiausahaan..ehe...sama macam waktu presentation subjek EDC2102 ritu...ros present pasal Falsafah Barat Moden...ada tiga falsafahnya..Falsafah yang pertama Progressivisme, kedua Eksentialisme dan juga Rekonstruktionisme..perghhhh..memang depan-depan Puan Halimah Binti Jantan tu ros cakap, tegeliat lidah nak menyebutnya puan..ehe...;) 

okey, back to the title, ros memang dah lama tinggalkan bidang setiausaha ni, agak-agak ada lah dalam 2 tahun lebih...sangat lama...waktu KUIS dulu pegang Nadi bahasa arab pun buat minit dalam bahasa arab..memang banyak juga kalimah bahasa arab yang ros dapat...tapi sekarang semuanya banyak dah lupa dan tertinggal habis sebab dah lama tak buat kan..almaklumlah, kita sebenarnya kena amalkan, kalau tak amalkan ilmu tu memang macam inilah gayanya..:) 

jadi sekarang dalam rangka nak buat kertas kerja, kalau boleh esok ros nak hantar ke IPG, tapi ingat nak mintak pendapat dari Goru Koku dekat sekolah berkenaan kertas kerja yang bakal ros buat ni, manalah tahu ada penambahan yang bakal dicadangkan...

doakan ros ye? :) 

nak buat kertas kerja cadangan kejohanan mini olahraga IPG, kampus perempuan melayu, melaka..;) semoga Allah mudahkan semuanya..;)