Monday, February 11, 2013

Cuti Yang Bakal Berakhir.


selama beberapa hari ni duduk di rumah tanpa pergi ke mana-mana rasa macam bosan sangat..nak-nak pulak roadtax motor dah tamat hidupnya..:P cuma semalam jela pergi kenduri Fuza, tu pun peergi dengan emak..jauh-jauh macam tu memang tak lah nak pergi naik motor..alhamdulillah tercapai juga hajat untuk ke kenduri Fuza...:) Barakallahu Lakuma Fuza dan Yusof..:) semoga keberkatannya hingga hujung nyawa..:)

hari ni korang pergi mana je? ros boring sangat..nak keluar tapi mak dengan abah balik kampung...tak join pun kenduri kat kampung..sebab tadi dekat rumah dah penat dengan mengemop lantai dapur yang banjir..mak Lina buat kenduri selamat sebab suaminya selamat dari kemalangan..emak cakap habis tayar kereta epat-empat naik ke atas..nasib nyawanya masih panjang..allah selamatkan suami Mak Lina..syukur..

takziah buat Mak Lina atas musibah yang menimpa..

owhhh, hari ini diluangkan dengan meenonton cerita-cerita yang membawa keinsafan..lebih-lebih lagi bila menonton TV Alhijrah, teringat dengan Haramain..rindu yang amat sangat! :'( cepat-cepatlah kaya roros! nak pergi umrah lagggiiiii! tak sabar...sdang mengumpul duit sedikit demi sedikit untuk kesana...melepaskan kerinduan insyaALlah depan Kaabah nanti...rindu sangat kottt...

baki cuti hanya tinggal esok, ingat nak keluar, tapi MOS dan yang lain-lain banyak lagi tak siap..malas..memang super duper malas sekarang...penangan apakah iniiii..hewhew...:'( doakan ros tak malas-malas...almaklumlah...kalau namanya cuti ni semua benda kena cuti termasuklah buku-buku pun tak study! huishhh..kan best kalau duk asrama..kerja pun jalannnnnn..hehe..:P

*yeye je tuuu..

moga mood RAJIN datang dnegan segera..:)

Saturday, February 9, 2013

Rahsia Wajah Berseri.

RAHSIA WAJAH BERSERI :
-------------------------------

Tipsnya Senang Sahaja .
Tak Perlu Beli Pencuci Muka Yang Mahal - Mahal :)
~ Bangun awal pagi untuk solat subuh . Air wuduk yang mengenai muka boleh menegangkan kulit .

~ Menunaikan solat DZUHUR di tengah hari . Air wuduk yang mengenai muka boleh mencerahkan mata .

~ Tidak melalaikan solat ASHAR di waktu petang . Air wuduk yang mengenai muka boleh membersihkan kekotoran asap & DEBU siang .

~ Tidak berlengah untuk sholat maghrib . Air wuduk yang mengenai muka boleh menghilangkan bau di hidung & mulut .

~ Sentiasa ingat solat Isya' di waktu malam . Air wuduk yang mengenai muka boleh menceriakan wajah dari kemungkaran .

~ Memang Banyak Rahasia Dan Kebaikan Jika Kita Selalu Mengikuti Apa Yang Disuruh Allah S.W.T .
Tapi , Sayang . Masih banyak Belum Menyadarinya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, February 8, 2013

Elaun IPG KPM Dah Masuk?


OMK..Oh Mak Kau! ! ! 

tadi dapat mesage dari adik Muyassarah, dia cakap elaun dah masuk...uiksss..macam tak percaya..tapi memang kakak senior yang praktikum satu sekolah dengan ros adda bagitahu yang elaun dia dah masuk, masalahnya,...itu elaun kakak tu..yg praktikum jela..ros tak sangka yang kami baru masuk IPG ni pun dah masuk jugak elaunnyer...alhamdulillah kalau betul dah masukkkkk..kalau tak masuk lagi pun okey jugak..biar lah dapat selepuk macam rm3k kan best..hikhikhik..:) apa-apa pun kalau dah dapat tu jimat-jimat yer! ;) 

ros tak sabar nak gi cek kat bank kalau betul duit tu dah masuk..yeaaaayyy! boleh gi beli barang keperluan! :)