Wednesday, February 6, 2013

Jakel Cawangan Melaka Memang Terbaik Berbanding Nagoya.


agak-agak statement kat atas tu panassss tak? hihi :D

hye semuaaa! 

sihat tak semuanya? 

rindu blog walaupun hari ini hanya satu entry sahaja yang dapat dicoretkan, itupun disebabkan mata dah mengantuk sangat...huhu..actaully tadi ros dengan emak pergi membeli kain utk dibuat baju kurung..dah lama sangat ros tak beli kain pasang tau..since dah mula pakai jubah je start tahun lepas..jadi tadi ros perg ke Nagoya..mulanya emak ajak gi Nagoya je..dan ros pulak macam tak nak pergi ke Jakel..then lepas dah pilih, kami ni duk mencarilah orang yang nak potong kain..tengok-tengok tak ada pun orangnya..layanan pun kurang memuaskan, ditambah pula dengan tiada adab sopan adik-adik tukang gunting kain ela..baru tunjuk gambar cuma bertanya..dah cakap kata kat sini tak ada jenis kain yang dijual dekat tempat lain..nagoya kain nagoya je..amboi,, malas nak layan..ros pun cepat-cepat ke kaunter utk bayar..mujur adik lelaki yg sorang ni kira okey lah jugak..tapi yg berkata-kata kurang sopan tadi datangnya dari sorang adik perempuan ni..hish, memang macam-macam gerutu dihati..rasa nak je marah, tapi dah penat tak kuasa nak layan budak hingusan macam tu..

lepas jer keluar dr nagoya, emak cadangkan pergi cari kain kat Jakel..waktu mula-mula sampai dari dalam kereta lagi sorang adik ni dah tersenyum pandang kami..beradab dengan orang tua..memang bagus..layanan yang diberikan juga sangat kami puas hati..siap tunjuk mana jenis kain baru, kain lama, murah, mahal..semua dia tunjuk..terbaik! akak bagi kau 100% markah dik..boleh dapat pekerja cemerlang, moga murah rezeki dunia dan akhirat..:) hihi :D *over you! 

haaaaaa..kalau korrang nak tahu, kain-kain di Jakel juga harganya sangat berpatutan..sepasang rm35..puas hati ros beli..cantik-cantik pulak tu..ros beli lagi dua pasang..wah3, berbelanja sakan kan? :P emak beli sepasang kain..cantikkk tau..tak tipu..esok nak bagi dekat Cikgu Wan Norrizan untuk dijahit..sebab kakak ni pandai menjahit dan jahitannya OK sehinggakan ramai guru-guru yang suruh dia jahitkan..

tak sabarnya nak pakai baju baru..upsss, ros tak snap lagi gambar surat brim kan? :P heeeeeee:D 

esok pagi ros update via BB yer? :) 

may Allah ease everything for tomorrow..

ngantuk..

mahu tidur..assalam..:)


Tuesday, February 5, 2013

Elaun Bagi IPG KPM 2013.


alamak, elaun? elaun? elaun? berapakah jumlah elaun yang bakal-bakal guru ni akan dapat ye nanti? hehe..wallahu a'lam..tapi Puan Pengarah IPG pernah cakap total dalam RM 1330..ros masih catat di buku waktu minggu pertama taaruf dan interaksi di IPG..

selebihnya kena tanya Puan Zainab lah...yang cute-cute tu..hehe..apa-apa pun, ikhlaskan diri dulu ye? elaun dan gaji ni perkara ke 8,9, 10..:P tapi kalau dah sesak mestilah nak juga elaun kan? :)

* entry ni dibuat kerana ada keyword elaun IPGKPM 2013..:) heeeeeeeee :D 

salam kenal ye bagi yg mencari jumlah elaun yg bakal kita dapat..:) 

BR1M Saya 7 Februari Akan Dapat, Anda Pula Bagaimana?


bismillah, baru-baru ni abah dapat surat jawapan supaya datang ambil duit bantuan BR1M..tapi dah terlepas sebab datenya 27 hb dan surat sampai dalam 30, 31 hb...memang lambat..terpaksa pulak tunggu dua tiga mnggu lagi...

semalam ros ade terima panggilan dari nombor pejabat, tapi tak pulak tergerak hati nak call balik,,,tu pun setelah ros habis kelas hari ini dan ros terima panggilan dari nombor yang sama...alhamdulillah, jawapan untuk permohonan BR1M 2.0 yang ros apply secara online dah pun diterima dan diluluskan..syukur yang amat! walau tak seberapa, hanya duit itu yang ros harapkan untuk beberapa bulan yang tak bergaji ni..almaklumlah nak dapat selepuk nanti..eccehhhh! :P berlagakkkkkk! ! ! :) 

tadi waktu nak amik surat tu memang ramai sangat orang yang duk beratur, di tambah dengan HUJAN, tapi tak apa..ambil pulak di Dewan..tak menjadi masalah la bagi semua orang yang sedang beratur...

macam ros, ros kena ambil duit tu pada jam 8.30 pagi di Dewan Tun Ali, Bukit Katil Melaka..korang yang apply online pulak macam mana? dah tahu jawapan ke? :) cubalah cek, kalau permohonan dah diproses tunggu je surat...mesti akan dapat dalam masa yang terdekat...jangan risau! :) 

okey, nak update tu aje..ingat, bagi yang nak ambil duit tu...penjaga , ibu bapa pun tak dibenarkan untuk ambil tau..kena tuan dia sendiri yang ambil duit tu..dan jangan lupa bawa salinan I/C dan I/C asal anda....:) 

okeyh, nak pi celebrate birthday boy....nanti ros upload gambar surat yg ros dapat dan update entry utk b'day boy! :) 


sanah helwah adikkk! :) 
lots of luvvvv..<3 <3 <3

salam semua!