skip to main |
skip to sidebar
hye diary, ape khabar? hehehe..yelah, rini merajuk sgt dengan orang jauh di mata tu..malas nak layan message dia..biorkan dia..:P
nak cerita pasal pagi tadi, seronok tengok adik-adik dari SK Bukit Beruang yang menerima watikah perlantikan dari Pengarah Imegresen pulak tu..seingat ros waktu ros menyandang jawatan pengawas, hanya ketika di Sekolah Menengah sahaja ada watikah perlantikan bagai..sekolah rendah tak merasa..biasa-biasa je..tak delah sampai jemput VVIP..tapi adik-adik zaman sekarang cukup hebat..orang yang dijemput juga bukanlah calang-calang orang..:)
tahniah bagi semua yang telah dilantik, dan dengan turunnya hujan RAHMAT pagi tadi, maka perhimpunan agak kacau dan majlis diteruskan di kantin sekolah..:) apa-apa pun, adik-adik semua tetap menjalankan tugas dengan baik..kan? :)
tadi baru balik dari POPULAR, ros ni memang muka popular betul..asyik masuk popular shj..entah berapa hengget dah dilaburkan di popular..yelah, cadang nak bagi hadiah sikit dekat adik-adik yang telah memberikan komitmen yg baik dalam pelajaran...tapi kena cari dekat Mydin jugaklah gamaknya..sebab kat popular tak jual sedaih sebungkus..hanya satu-satu..kalau ade pun agak mahal jugak lah..:) *budget sangat sekarang sebab elaun nak dapat selepuk nanti..ahakssss! :P
owh, lupa...nak kongsikan..waktu nak balik dr sekolah tadi kakak-kakak ni semua suruh ros buatkan blog jqaf utk SK Bukit Beruang..insyaALlah ade masa ros akan cuba buat..:) apa-apa pun MOS masih belum terbuat! owh MOS! insyaALlah..nak siapkan hujung minggu nanti ..hewhew..mudahkan urusanku ya ALLAH..:)
syukran li man an yaqro' bloggiey..:)
bismillah,
sebagai guru dalam latihan (GDL), terlalu banyak perkara yang kita perlu belajar dan ambil berat dengan guru-guru lama..macam tu lah yang terjadi pada ros..ros merupakan guru dalam latihan, tahun hadapan sudah semestinya kena pantau oleh orang jabatan dan juga lecturer dari IPG dan seterusnya ke stage interview bersama SPP. Ramai dikalangan guru di SK Bukit Beruang yang banyak membantu terutamanya barisan guru j-QAF SK Bukit Beruang..tak kurang juga mereka ada yang menyerahkan tugasan kepada ros..
dan sekarang jawatan yang ros sandang di Sekolah Kebangsaan Bukit Beruang adalah sebagai seorang Setiausaha bagi Persatuan Puteri Islam dan juga merangkap pembantu kepada Bendahari dan ros juga meyandang jawatan sebagai guru pelatih bagi mengajar adik-adik di sekolah untuk sukan Bola Tampar..
dulu waktu sekolah rendah ros memang aktif dalam persatuan tunas puteri, memangku jawatan sebagai Pengerusi Tunas Puteri dan Komander bagi Kawad Kaki..jangan tak percaya! :P hihi :D kemudian utk sukan pula ros aktif dalam bola tampar dan juga bola baling..rindu pulak zaman sekolah rendah lebih-ebih lagi dah mengajar ni kan..:) mengajar Sekolah Rendah pulak tu..kalau mengajar sekolah menengah tersingkap pula tirai kenangan waktu sekolah menengah..haha..:P
so, disebabkan nak mengajar adik-adik ni main bola tampar, ros sekarang tengah duk download buku panduan, sebagai rujukan ros sebab nak mengajar ni bukan sekadar pengalaman yang penting..bahkan guru yang paling bagus dan baik adalah bahan rujukan..sekurang-kurangnya ada juga benda yang bole ditunjukkan sebagai bukti atau mengukuhkan lagi kefahaman anak didik ros nanti..:)
tak advance sangat , tapi kalau nak mengajar tu insyaALlah ros pasti akan usahakan untuk buat yang terbaik kepada anak murid ros keseluruhannya..:)
jadi, bagi guru-guru yang mencari rujukan untuk BOLA TAMPAR, boleh download disini:-
http://www.mediafire.com/?h1f6fjp1idozsud
atau
pergi ke web ini untuk lebih memahami permainan bola tampar..:)
http://ameeroza.blogspot.com
selamat mengajar dengan penuh keyakinan..:) hihi :D
kita datang lai, nak bagitahu..rumpai laut yang ros buat sebelum ni dah pun ros makan, tapi kesannya ros pada mulanya mudah nak buang air besar, selepas 2-3 hari susah sikit nak membuang..tak tahulah kenapa...:P tapi, sekarang dh kembali normal...memang macam tu agaknya...:) kesan dari pengambilan makan untuk kali yang pertama..
kalau semua nak tahu, ros berhenti sekejap dari makan Rumpai Laut tu sebab bau dia..tu lah sebabnya meen nasihatkan ros agar basuh rumpai laut tu dengan air asam jawa dan juga rebus dengan meletakkan sekali pandan, memang banyak jugak ros dapat rumpai laut tu..lepas masuk jee dalam peti ais..terus jadi macam agar-agar...:P haaaaaaa, tapi bau dia tetap sama tau! jadi kat sini nak bagi tips dekat korang semua..bagi yang tak tahan tu sebaiknya masukkan sahaja rumpai laut yg dh jadi agar-agar tadi dalam masakan...contoh yang berkuah..:)
itu lah yg ros lakukan..dan ros kadang tu minum dengan sunquick..tak lah kuat sgt bau dia..untuk yg pertama kali minum dengan soya..sedap jugak..:)
jadi, cubalah! :) nanti rumpai laut tu akan larut dalam air..:)