Friday, December 7, 2012

Emak Yang Tidak Memahami.


emak selalu macam tu, dia tahu anak dia nak diet..tapi dia tak bagi diet..tadi ros cuma nak makan bihun tomyam je..tiba-tiba adik dan emak balik bawak KFC..Allahhhh..emak, iza kan baru guna Fellina Inchloss..mane boleh makan KFC mak ! :P padahal tangan duk sedap meratah daging ayam KFC Spicy..

aduhh, terganggu kelancaran bila nampak air sejuk yang ada...layan minum air sejuk pulak..padahal aku kena pantangggggg..

*jadi yang menggunakan Fellina Inchloss..kalau nak tengok lotion ni berkesan atau tidak, kenalah ikut pantangnya...:) tapi kalau teringin tu bedal je le ais yg ade depan mata tu..! :P depend kepada keimanan korang jugakkkk..hehe..:)


Hidup Bagaikan Tamparan.



sekarang, baru saya sedar..owh, tidak..dari dulu lagi saya sedar...setaip perbuatan, atau segala percakapan, penyampaian , lakonan saya di atas dunia ini seakan-akan tamparan buat diri saya sendiri..bahkan..ianya lebih hebat berbanding dari apa yang saya sangkakan..

saya tidak suka nak bersaing, 
tapi bila orang mengajak saya bersaing..saya terimanya dengan sihat..

dan 2013 ini, kita lihat persaingan kita bakal bermula! eyh, bukan diantara dua orang..tapi persaingan kita semua bakal bermulaaaaa..:)

watch out..!

TIPS: Jangan / Tidak Mudah Lupa Diri!


bismillah..

JANGAN! JANGAN MUDAH LUPA DIRI!
dan berpeganglan kepada kata-kata Imam Ghazali:-

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.