Monday, November 26, 2012

TIPS hilangkan MALAS..

sejak akhir-akhir ini, memang malas sangat nak bergerak, menyebabkan lemak berlebihan sini sana dan terus dibiarkan dengan melayankan nafsu makan yang tak tentu hala! ye, saya sekarang memang kuat makan, minum, tidur! malas nak buat kerja..dengan adanya anak buah lebih menambahkan berat punggung untuk bangun dan beralih..hanya mahu menatap si bayi kecil sahaja..eyh, tapi gerak la juga buat kerja..cuma LAMBAT sangat..tak tipu! *sangat buruk perangai enty ros! :P

jadi di sini ros nak kongsikan beberapa tips yang bisa merobah supaya kita sama-sama bangun dan gerak untuk kembali kerja! kih3..indonesia punye versi lah pulak kan? :)

malas yang hadir boleh kita hindari dengan mengamalkan beberapa perkara seperti yang disenaraikan dibawah..bagi mengucapkan selamat tinggal kepada sang MALAS bukanlah satu perkara yang mudah! jadi, ikuti TIPS ini :-

1- Membasuh muka ataupun mandi ketika kita dah mengantuk yang amat sangat!

2- Mengubah posisi kedudukan, sebagai contoh..mungkin sahaja sekarang kita sedang berbaring, jadi SILA BANGUN SEKARANG! dan bergerak ke meja studi atau dimana sahaja anda berada kecuali jangan ke tandas..banyak Syaitan yang direjam! :)

3- Menghirup udara yang segar! keluar dari bilik dan pergi duduk di jendela-jendela yang mana anda boleh dapati haruman atau aingin yang sepoi-sepoi laju lalu memudahkan anda membuka mata dengan luas..jangan sampai habuk masuk mata sudah..:P

4- Berjalan-jalan setempat atau anda buat aktiviti yang boleh memeluhkan anda..maksud saya di sini aktiviti yang keluar peluh la! susun rak buku ke, susun kasut kat luar rumah kejap ke..;) *rajin kau nyah! :P

5- Berbual-bual bersama keluarga anda atau dengan teman yang rapat dengan anda ketika itu..mungkin sahaja boleh jadi orang itu adalah roomate anda sendiri..

6- Bangun dan buat kopi, teh, milo atau minuman lain yang dirasakan dapat menghilangkan mengantuk! ataupun juice yang masam-masam kelat gitu..:P

okey, setakat itu sahaja tips untuk menghilangkan MALAS..:) selebihnya banyakkan berdoa kepada Allah supaya kita dijauhkan dari sifat yang tak baik ini..:)

semoga dapat menjadi amalan bersama.. :)

durian crepe? strawberry crepe? manggo crepe? ouchh!

bismillah..

assalamualikum wbt..

bukanlah nak berkongsi resepi-resepi seperti tajuk diatas..akan tetapi kegilaan dan permintaan terhadap crepe durian sangat tinggiiii uollss..sampaikan dimana-mana sahaja laman sosial menyebut-nyebut tentang crepe durian ini..

bagaimanakah rasanya ya? jeles pula bila orang cakap sedap la, susah nak cari la, owh! sangat jelesssss...teringin nak buat sendiri bila ada kelapangan nanti..

dah dapat dah nak cari resepi tu dimana..sudah semestinya dari blog sis Cendana Kasih..lebih enak dan elok nampaknya bila ada gambar yang menghiasi entry beliau dengan makanan-makanan yang pelbagai..resepi kek coklat moist pun ros rujuk dari blognya..;)

since kak ipar tak ada dirumah ni, jadi saya sendiri tak perlu berpantang..nak suruh abh dan mak belikan deghian lah! boleh try cuba test buat durian crepe..;)

okey, nak pi solat Asar dulu..bye!

kerja kosong sebagai guru Tahfiz (Lelaki) di SARAN, ambilan guru-guru pada Januari 2013..:)

bismillah..

Assalamualikum..attention, kekosongan untuk tahun hadapan seperti berikut:-

1) Kekosongan untuk mengajar sekolah rendah dan sekolah menengah sesi 2013

Syarat-syarat:

- Perempuan sahaja (ustazah)
- Bersekolah di sekolah agama walaupun tidak mengambil STAM
- Mempunyai Ijazah dalam bidang agama
- Tempat tinggal disediakan
- Diperlukan segera
- Resume dalam bahasa melayu


2) Kekosongan guru tahfiz 2013

Syarat-syarat:

- lelaki sahaja
- bujang
- tempat tinggal disediakan (Warden di asrama muslimin)
- Hafiz al-Quran
- Mampu membimbing pelajar tahfiz
- Satu kekosongan sahaja (diperlukan segera)
- Resume dalam bahasa melayu

Bagi yang berminat boleh menghantar resume ke alamat E-mail berikut:

E-mail : resumesaran@gmail.com

Untuk sebarang maklumat lanjut berkenaan jawatan guru ini bolehlah menghubungi nombor berikut:

Ustazah Azizah Binti Mat Nor (Mudirah) : 012-2079276