Monday, November 19, 2012

alkisah temuduga JQAF ambilan Januari 2013..

alhamdulillah, bersyukur kehadrat Allah SWT, kerana dengan berkat pertolongan Allah jualah ros dah lepas mengharungi temuduga JQAF bagi tahun 2013 ini..mesti ramai diantara bakal tenaga pengajar JQAF bg tahun 2013 ni tercari-cari bagaimanakah bentuk soalan yang bakal diajukan oleh penemuduga..

disini ros ingin kongsikan beberapa soalan yang memang ros sendiri kena..untuk soalan exam, terbahagi kepada dua soalan iaitu  yang pertama menjawikan tulisan rumi ke dalam JAWI yang TERKINI! yang keduanya adalah soalan Bahasa Arab, apa yang pasti kesemua calon-calon yang bakal ditemuduga perlu mempersiapkan diri dengan lebih teliti agar dapat menjawab soalan dengan BAIK dan TEPAT..sebab bagi ros soalannya Alhamdulillah MUDAH! :) Nahu dan I'rab memang soalan wajib rasanya..:) kena baca okey? :)

seterusnya penemuduga akan memanggil kesemua satu kumpulan untuk ditemuduga secara berkumpulan, soalan terbahagi kepada dua berdasarkan tajuk / permasalahan yang telah diberi dan 15 minit pertama untukmsoalan pertama, 15 minit kedua untuk soalan yang kedua..sebagai contoh, soalan untuk group ros tadi beraitan dengan Slogan 1 Malaysia..:)) okey, dah bg clue..jadi kena lah buat research sedikit ye? :)

dan soalan yang terakhir diajukan kepada setiap individu..setiap calon akan dipanggil mengikut giliran masing-masing..:) jadi bagi mereka yang dipanggil haruslah bersedia sepenuhnya..jangan nervous..alami interview anda dalam bentuk santai..insyaALlah..:)

diantara soalan yang akan diajukan adalah:- (melalui pengalaman ros sendiri)

- ceritakan kehidupan seharian anda (dalam bahasa arab)
- berikan rukun islam
- apakah maksud istinja'? dan apakah alat untuk beristinja'?
- baca surah al-fatihah
- anda diberi surah, dan baca kesemuanya kemudian akan disoal soalan tajwid (study semua hukum ye? )
- anda diminta untuk membaca tulisan jawi lama..(all the best! , memang terbaik jawi lama dia sehinggakan tak faham )

penemuduga seterusnya:-
- introduce yourself (in english)
- berikan isu pendidikan yang anda tahu (terkini dan terbaru! )
- Pelan Pembangunan Pendidikan (kalau tak salah) ada 6 aspek uatama..nyatakan..atau penemuduga menyuruh anda untuk menghuraikan..macam yang ros kena tadi, diantaranya ada sifat rohaniah..apakah maksud rohaniah dan apakah kaitannya dengan akidah? (bayangkan soalan dia? ) alhamdulillah..berjaya menjawab dengan baik..:)
- KSSR. apakah peranannya?

* akhir kata, selamat maju jaya, apa yang penting anda semua perlu memperkasakan diri dengan memperbanyakkan bacaan tentang isu-isu pendidikan yang berlaku dalam institusi pendidikan Malaysia..:)

semoga dengan perkongsian ini dapat memberi manfaat sedikit sebanyak kepada semua..:)

*kejujuran penting dalam menjawab, bolh kalau nak goreng..tapi jangan sampai hangitttt! :)

Sunday, November 18, 2012

cashout earning nuffnang! ;)

eceh, macam banyak nau lak duit siap nak cash out earningggg tuh! padahal ciput jek saje nak kosongkan sebab...sebab..sebab...pasni nak gigih kumpul lagi..bukan sengaja nak kuarkan..ade sebab sebenarnya..ros perasan bile tak cash out...tak dpt buffered earning lg..skrg nuffnang dah upgrade..dop dang na kenal dengan nama baru dy..haha..:P okey lah, nak fokus balik dengan J-QAF esok! ros ade temuduga tau..untuk kawan-kawan semua yang akan ditemuduga dalam minggu ni, boleh buat rujukan disini :- http://kulanzsalleh.com/isu-isu-pendidikan-di-malaysia/http://kulanzsalleh.com/jawapan-kenapa-memilih-profesion-keguruan/..credit utk incik blogger yang baik hati ni..hidup untuk memberi kan? :) kongsi-kongsi dengan kwn-kwn yg lainnnn..:) 

sebelum tu..meh bulatkn mata semua orang..tengok kite punye dan 0-0..huhu..nnt kite kumpul balik...;) 


Wednesday, November 7, 2012

Hari ni Hari Penyampaian Hadiah..:') curhat ~

Assalamualaikum dan Hye semua..:')

kenapa lah rase sedih sangat hari ni...? rasa macam tiap-tiap tahun nak jumpa anak murid yang sama..pengalaman pertama memang tak dpt dilupakan..mengajar di Rawang..itulah pengalaman pertama bagi ros..pengalaman yang kedua apabila berpindah ke Melaka dan mengajar SRA (JAIM) UJUNG PASIR..Allahu..andai dia tahu aku bakal rindukan semua anak muridku...:'( 

hari ni adalah hari penyampaian hadiah bg tahap satu dan juga tahap dua...sedih sebab..tak sangka sekejap sangat masa berlalu..peperiksaan akhir tahun dan sekrang..masanya untuk ros sekali lagi berpisah dnegan adik-adik ni..bagi tahap 1, hari inilah hari terakhir..bagi tahap dua..hari Jumaat merupakan hari terakhir..ya Allah...aku sayang semua anak muridku...lebih3 lagi bila diorang persembahkan lagu Terima Kasih Guruku..bagai nak mengalir airmata ni..tapi tahannnn! setahan-tahannya supaya tak jatuh..dah lah jadi MC untuk Majlis Penyampaian Hadiah tadi..takkan nak nangis depan orang ramai kot..? huwaaaa :'( takmo3! ! !

kalau boleh nak mention semua nama anak murid kat sini..semua ros kenal dan ingat..tak mungkin ros lupa..semoga dengan apa jua yang ros belajar di dua buah sekolah selama setahun ini dapa mebantu sedikit sebanyak untuk tahun depan..keputusan JQAF bagi tahun 2013 untuk panggilan temuduga akan keluar 12 hb Nov ni..doakan ros ye..:')

adik-adik semua..ustazah sayang kamu semua kerana ALLAH..semoga kita bakal berjumpa lagi nanti..:'(