Sunday, September 12, 2010

❤ JODOH PERTEMUAN DI TANGAN TUHAN ❤


Salam 3 Syawal semua..
Diam tak diam kita sudah pun masuk hari yang ke-3 beraya kan? Alhamdulillah..apa aktiviti yang aku lakukan hari ini ek? Tu la orang Melaka..mesti ade ek3 kat belakang~ hihi:D
Ok, seperti tajuk entry aku yang kat atas tu..jodoh pertemuan di tangan tuhan..hari ni sebenarnya selamat sudah bestfriend aku yang sorang neh bertunang.. mulanya, kami plan nak pergi ramai-ramai adik beradik..adik beradik a.k.a geng muslimah sejati..ahaks~ mengade disitu!;) tapinya yang boleh pergi hanya aku, rozie ngan fyda..*sedih* tapi tak pe,masing3 ade komitmen dan reason tersendiri..kono la faham!;)
Ok, aku ade 11orang adik beradik waktu zaman sekolah dulu..terdiri daripada:-ALONG,ANGAH,UDA,ACHIK,ALANG,ATEH,TAM,ANDAK,AYONG,USU DAN KAK DIK~
Kawan aku yang dah bertunang ni adalah kak dik~ Alhamdulillah selamat dah beliau jadi tunangan orang kan? Hurm..dalam adik beradik aku ni, ateh dah selamat kahwin..alang dah bertunang..dan skunk giliran kak dik~ dan aku pulak? Tanya la..tanya la..hihi:D
Sebelum kowang tanya meh aku bgtau..tgu aku habiskan degree ni dulu kowt~ pastu insyaAllah MA..pastu kije dan tawen~ yang pastinya lama lagi la!;(
Dan aku mesti la tunggu abang long aku lepas dulu kan? Kan? Kan? Hihi;D
Dan yang paling-paling aku kena ingat adalah….JODOH PERTEMUAN DITANGAN TUHAN~
Moga kawan-kawan bertemu jodoh yang baik-baik dan sesungguhnya perempuan yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan sebaliknya..Allah itu maha adil..inysaAllah, yang terbaik buat kalian~;)
Sebelum aku g umah dak rabi’ tadi, aku sempat tolong mak aku kat umah..tambahan pulak pakcik3 dan makcik3 aku nak datang beraya ke rumah..actually, diorang semua every year konvoi..kami ni je yang tak join..almaklumlah, abah aku busy bawak teksi ambik orang…*sedih*
Tapi pape pown best jugak sebabnya, walaupown tak pat ikut dyowang g konvoi raya..aku tetap beraya ngn dyowang koz umah aku dyowang sume mang wajib datang lah kan? ;) *suke dictu*
Amiey cite mang beerkumpul lah tadi dyowang sume..mak ngah,mak lai,mak nor aku, pak anjang aku and the rest adalah sepupu sepapat…wamai gilew!;)
Hurm..sowi mak tak pat nak bantu sewaktu mak dilanda kekalutan kat umah~ iza ngah syok3 kat umah c rabi’..hehe..alasannnnnnn~ ups..mukan la! Kita mang nak g kenduri tunang kak dik pown koz nnt kite bertunang tak do lak yang sudi nak datang~;)
Ok, ni la kawan kita..Rabiatul Adawiyah nama dy~
santek kan dy?;)

kami adik beradik~ tam,acik,angah,dan kak dik~;)
insyaAllah lagi dua bulan lagi berlangsunglah majlis pernikahan dy dan c jejaka Muarnya~;)
TAHNIAH KAK DIK!!!
Doakan kak tam pulak tau~
^___^
Sedikit penat la hari ni, koz pas je balik dari umah mok long n pok long also my pak ngah n makdik belah atok angkat lak datang~ sangat meriah jugak la hari ni..hehe..tapi!!! hari3 lain tatau la nak kabar! Semalam agak suram koz c syamsul azri je yang sudi datang umah aku.,.datang pown dah malam mamat sekor tuh..hihi:D
Korang3 lak buat ape je hari ni? Meh le kongsi3 ngan dark rose ni ha!;)
Mau tahu cerita dak amiey arini? Mai kelik3 kat SINI!

Saturday, September 11, 2010

nak bagi tajuk apa entry ni ek?

anak sapo la ni?




salam 2 Syawal semua!
ok~
quick update~

tatau nak bg tajuk ape~
ngat mau masukkan entry sal raya pertama~
tapi kene sabar kowt koz tade mase..
hihi:D
sedang melipat baju sambil on9 neh~
owhhhhhh...itu hanya sementara!
selamat berBLOGWALKING kawan-kawan~
dan selamat berjalan sakan dihari raya ini!

Thursday, September 9, 2010

.abadikan kenangan bersama ucapan raya dari teman-teman.

salam ramadhan terakhir buat semua~
insyaAllah moga berjumpa lagi Ramadhan pada tahun akan datang~
entry aku kali ini tentang ucapan raya dari kawan-kawan samada datangnya dari message yang aku terima ataupun tag dari kawan-kawan kat facebook~
tahun ni cam tak best sangat la nak sambut raya, walaupun....cat umah sudah, beli baju raya sudah, kemas umah sudah, kad raya pown dah diposkan, masak rendang pown dah, nasi impit n macam-macam lagi...tapi..tetap aku tak rasakan zouq dia~ huhu~ buleh lak cam gitu~;( ok la,ok la~ 

message ucapan raya yang pertama aku dapat adalah dari kak iza then c soleh, b4 tu c husaini dah call aku, siap call lahi mamat sekor tuh! atoii aii~ semata2 nak cakap bapak dy reject aku! haha;P aku ngurat bapak dy sebnanyer~ hihi:D gurau3 je ngn mamat sekor tu~ 
ok, lupekan pe yang aku merepek tadi~ kat cni aku nak abadikan kenangan ucapan raya tahun 2010 ni..

mesej from kak iza: "kura-kura berjalan lambat,
anak itik melompat-lompat,
kad raya nak hantar tak tahu alamat,
guna SMS dah tentu selamat.
*SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN*

mesej from soleh: 1sen selalu orang anggap tak berharga..yela..tak leh nak beli cokelat pon..
tapi..
sebab 1sen la kite leh msg seseorang,
SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR & BATIN~

mesej from zainul rek&kembara: salam sume..dihari yang mulia ini, sy mohon ampun jika ada salah silap..salam aidilfitri buat sume..ikhlas dr zainul & iena~
(lom tawen ag da buat ucapan bersama) haha:P

 mesej from ain USIM: selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin buat sahabat teristimewa. moga lebaran menjanjikan seribu kemanisan dan kesyukuran. terima kasih Ya Rabbul Izzati kurniakan sahabat yang sebaik anda~

mesej from Jannah: indahnya DUNIA hanya sementara, indahnya CINTA hanya seketika, indahnya MIMPI kadang tak pasti, tapi indahnya PERSAHABATAN sukar dicari ganti, salam aidilfitri, semoga gembira dihari raya bersama keluarga & org tersayang..maaf zahir dan batin..

ok, dr FB lakkk~

kite nak mbik yang best3 je..hihi:D bulah tak gitu? maksud kite ni yang ade sekalik gambo la..baru ngancam kan? hehe~;)

dari kak Nawal Syuhada dulu:-
santek kan? pandai akk edit~;)


    
yang ni lak dr dik nyrah~
alo tomey3~ cmt ary raye nyrah!;)
ado laie tak ek?
hurm~ akan di hupdate selepas ini~
itu pown lau kite ni rajinnnnn...

neway, esok da raya kan kawan3?
bagi mereka yang berhajat mau pulang ke kampung tu..hati-hati dijalanraya ye?
kite tahun ni tak balik kampung pown~ 
balik yang dekat je..kat Asahan, Melaka~
dah berapa tahun dah tak balik kampung kite kat Pokok Sena, Kedah~
pape pown...dikesempatan ini, kita nak ucapkan "SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI" HARGAI DIRI, HIASI PERIBADI, BERAKHLAK DAN BERBUDI PEKERTI, SEMOGA DILINDUNGI ILAHI"
moga kawan-kawan semua ceria senantiasa di pagi lebaran~
tak ceria pown wat3 jela ceria~ huhu:( mcm sy! hihi:D 

dah3..tak nak sedih3..
cheers up roros;))
eh,nak ucap camat ary raye buat yang tersayang jugak la!
awak3~ eid mubarak~ minal aidil wal faizin~ wa anta min al-faiezin~;)
namo sedey3 kat sane~
ingat awk selalu~;)
jgn lupo g takbir rayo!;)
peace ^__^