Sunday, January 13, 2013

Inilah Dia Kuasa Istighfar, Mohon Keampunan.


bismillah, ros ni jenis yang malas nak membaca..tapi suka sangat beli buku, kadang tak baca punnnn..bawak tidur sebelah je..mata tertutup..-.-" agak hampeh jugaklah perangai ros ni, sedangkan membaca itu jambatan ilmu..tapi bagi ros, membaca itu jambatan membawa kepada tidur, asal baca je tidur..kadang tu seperti memaksa diri untuk membaca..bagus kan? :P banyak sangat perangai buruk ros ni kalau semua nak tahu..:)

baiklah, tadi bukak fb, ros suka baca status orang, sebab sendiri tak panddai nak create sesuatu ayat yang cantik..hehe..kadang tu copy paste mana yang best..

dalam duk baca like dan komen, ros jumpalah status dari Puan Noraidah selaku pensyarah ros di IPG KPM, jadi beliau kongsikan kisah ini..

Diceritakan, pada suatu malam Imam Ahmad pergi ke masjid untuk
bermalam di masjid tetapi penjaga masjid tidak mengizinkannya. Dia pun kata “Aku akan tidur tepat di
tempat pijakan tapak kakiku”.

Seorang pembuat roti datang dan kasihan melihatnya dan menawarkan Imam Ahmad bermalam di rumahnya. Pembuat roti itu menjamunya. Ketika pembuat roti itu menguli roti, dia sentiasa beristighfar membuatkan Imam Ahmad merasa kagum.

Esok subuh, Imam Ahmad bertanya kepada pembuat roti “Adakah engkau dapat hasil dengan istighfarmu itu?” (dia memang tahu kelebihan istighfar, sekadar bertanya faedah buat lelaki itu).

Pembuat roti berkata setakat ini semua yang didoanya tercapai kecuali satu iaitu niat untuk berjumpa Imam Ahmad.

Imam Ahmad berkata “Akulah Imam Ahmad. Demi Allah aku benar ditarik ke sini untuk kamu."




*ini lah dia kuasa istighfar kan? ros dah mintak izin untuk berkongsi di FB..terima kasih puan Noraidah atas perkongsian ini..:)

Beriklan Bersama Herba Tihara..:)


Alhamdulillah, dalam minggu lepas kalau tak salah..ros sudah pun mengiklankan banner ros di Herba Tihara..bukan blog herba ya!

sangat murah untuk satu ruang iklan,hanya rm 2 sahajaaaaa! dan siap owner blog tu promote entry kita tau! ;)

jadi, apa lagi? jom iklankan perniagaan atau sebarang ads anda di Herba Tihara! ;)

kelik sini laju-laju ---> HERBA TIHARA

Apa Itu Program j-QAF?



Assalamualaikum WBT.. di sini saya ingin menguraikan sedikit tentang program j-QAF yang sebenarnya untuk kefahaman guru-guru j-QAF sendiri yang masih terkapai-kapai mengenal identiti diri sama ada yang baru mahupun yang dah lama, guru-guru pendidikan Islam, Pentadbir-pentadbir sekolah, guru-guru biasa, dan ibu bapa sendiri yang mungkintidak sedar dengan kewujudan j-QAF ini. 

Program j-QAF adalah suatu usaha memperkasakan Pendidikan Islam (PI) melalui penekanan khusus dalam pengajaran Jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain yang dilaksanakan di peringkat sekolah rendah bermula tahun 2005. Diperkenalkan secara berperingkat-peringkat dan di SK Putrajaya Presint 16(2) bermula pada tahun 2007. Pelaksanaan program ini menggunakan kurikulum serta model dan modulnya yang tersendiri. Tenaga guru yang khusus digunakan untuk pemulihan, bimbingan, kemahiran, pengukuhan, pengayaan dan penghayatan murid. Pelaksanaannya menggunakan peruntukan jadual waktu sedia ada.Kecuali program TASMIK dan KEM BESTARI SOLAT yang diadakan di luar jadual waktu sekolah. Namun Program Tasmik boleh dilaksanakan dalam waktu persekolahan dengan syarat tidak mengganggu P&P lain dan waktu subjek lain tidak dikurangkan. Semuanya di atas budi bicara pentadbir.
 
Murid-murid istimewa dalam sistem pendidikan khas juga akan dilibatkan dalam program j-QAF. Pelaksanaan ini memerlukan tenaga guru yang khas, bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran, bahan-bahan sokongan dan insentif yang khas serta kemudahan-kemudahan lain. 

OBJEKTIF PROGRAM j-QAF :

Setelah program ini dilaksanakan dengan baik dan berkesan, semua murid Islam sekolah rendah akan dapat:


* Menguasai bacaan dan tulisan jawi
* Khatam al-Quran
* Menguasai asas Bahasa Arab Komunikasi
* Memantapkan dan menghayati amalan Fardhu Ain 

KEPENTINGAN PROGRAM j-QAF :

Program j-QAF menjadi lebih penting sebagai suatu usaha ke arah memperkasakan PI yang sedia ada supaya semua bidang dalam PI iaitu bidang Tilawah al-Qur’an, bidang Aqidah, Ibadah, Sirah Nabawi Akhlak dan Jawi lebih berkesan dan dapat dihayati dan diamalkan dalam kehidupan.


1. Pemulihan Jawi


Jawi adalah sebahagian daripada komponen pendidikan Islam dan mula dilaksanakan pada tahun 2003 dengan pendekatan pengajaran 2 waktu seminggu pada 6 bulan pertama di tahun satu. Laporan pemantauan mengenainya mendapati penguasaan bacaan dan tulisan Jawi perlu dibaiki lagi. Ini bermakna jawi dalam pendidikan Islam semata- mata masih belum mencukupi dan berkesan. Oleh itu pemulihan Jawi dalam j-QAF menjadi keutamaan khasnya kepada murid tercicir supaya semua murid boleh menguasai Jawi setelah diberi bimbingan secara berterusan.


2. Kepentingan Khatam al-Qur’an


al-Quran pula telah diajar sebagai sebahagian Pendidikan Islam dalam bidang Asuhan Tilawah al–Quran pada masa ini. Namun ia tidak menekankan pembelajaran sehingga khatam al-Quran kerana ia memerlukan bimbingan berterusan daripada bilangan guru yang sesuai dengan nisbah murid yang menepati pendekatan talaqqi dan musyafahah (iaitu satu kaedah pembelajaran secara bersemuka dengan guru bagi mendengar, membetul kesalahan dan menyebut semula dengan baik dan lancar). Oleh itu PI pada masa ini hanya menjurus kepada kebolehan membaca sahaja manakala aspek khatam tidak ditekankan di sekolah tetapi menyerahkannya kepada masyarakat.

MODEL-MODEL PROGRAM j-QAF:
1. Model Kelas Pemulihan Jawi


Model Pemulihan Jawi diperjelaskan di dalam Buku Panduan Perlaksanaan Model kelas Pemulihan Jawi. Ia akan diajar oleh guru khas pemulihan jawi dalam waktu yang sama dengan kelas jawi biasa di semua sekolah dengan menggunakan modul pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran. Semua sekolah hendaklah menubuhkan Kelab Seni Tulisan Jawi dan menjalankan aktiviti pengukuhan di peringkat sekolah dengan menyediakan bahan-bahan bacaan tambahan yang bersesuaian serta mempertingkatkan penggunaan kemudahan ICT sedia ada.


2. Model Khatam Al-Quran


Khatam Al-Quran diperjelaskan di dalam buku panduan Perlaksanaan Program Khatam Qur’an Model 6 Bulan dan Buku Panduan Program Khatam al-Qur’an Model Tasmik.


Model 6 Bulan dilaksanakan mengikut modul yang telah ditetapkan dengan menggunakan peruntukan waktu PI sedia ada. Model ini akan menggunakan pendekatan talaqqi dan musyafahah. Murid yang belum menguasai bacaan al-Quran dibimbing dengan kaedah IQRA’, sementara yang telah menguasainya diteruskan menggunakan model khatam al-Quran.


Model Tasmik pula dilaksanakan di luar waktu persekolahan normal mengikut kesesuaian dan keupayaan murid serta dengan persetujuan ibu bapa mereka dan kesediaan guru pembimbing yang terdiri daripada guru j-QAF, GPI, guru-guru mata pelajaran lain yang berkemampuan, atau pembimbing luar yang sesuai. Guru pembimbing tersebut hendaklah dilantik secara rasmi oleh pihak sekolah dan insentif khas wajar dipertimbangkan.


3. Model Bahasa Arab


Bahasa Arab Komunikasi (BAK) yang sedang dilaksanakan pada masa ini di sekolah-sekolah kebangsaan akan diperluaskan pelaksanaannya di semua sekolah. Status mata pelajaran ini adalah sebagai mata pelajaran pilihan. Walau bagaimanapun murid diwajibkan memilih BAK sekiranya tidak mengambil mata pelajaran Bahasa Cina dan Tamil. Peruntukan waktu adalah 60 minit seminggu dan diajar oleh guru Bahasa Arab yang dilantik khusus. 

 Begitulah serba sedikit penerangan tentang Program j-QAF yang saya petik dari sumber-sumber yang sahih. Semoga sebarang kesalah fahaman tentang Program j-QAF dapat dielakkan semaksimum mungkin. sekian terma kasih - Us Firdaus