Tuesday, January 8, 2013
TIPS: Kenali Wanita Pemberi Harapan Palsu.
bismillah..:)
Assalamualaikum wbt..:)
Fenomena wanita Pemberi Harapan Palsu (PHP)
sedang ramai dibicarakan oleh para lelaki yang sedang berjuang mencari cinta.
Jika kamu termasuk di antaranya, sebaiknya kamu waspada terhadap jenis wanita
PHP kerana anda akan dikecewaan, bukannya
pasangan baru. Agak-agak, sudah tahu kan apa erti PHP itu? PHP merupakan short
form dari Pemberi Harapan Palsu. Erti PHP sendiri adalah orang yang sepertinya
menunjukkan signal-signal cinta kepada seseorang, namun ternyata tidak
merasakan cinta sama sekali.
Jom cekidaut TIPS mengenal Wanita yang Pemberi Harapan Palsu
ini:-
1. Ramah: Banyak wanita yang memang pada dasarnya suka
bersikap ramah terhadap orang lain, baik ke lelaki mahupun wanita. Wanita
seperti ini patut diwaspadai. Jangan sampai menyalahertikan keramahannya
sebagai lampu hijau bahwa ia tertarik untuk menjalin hubungan denganmu. Cuba
kenali lebih dalam dulu tentang dirinya, apakah keramahan dia terhadapmu itu special
atau ia memang terbiasa ramah kepada siapapun yang ia jumpai.
2. Senang memuji: Wanita yang senang memuji kamu tidak selalu
bererti ia ingin berhubungan denganmu. Boleh saja ia memuji kerana kamu memang
patut dipuji. Atau boleh jadi ia adalah playgirl yang gemar mendekati semua lelaki
yang menurutnya menarik. Salah satu ciri wanita playgirl adalah suka “menempel”
lelaki-lelaki bermagnet sekelilingnya. Kalau kamu termasuk lelaki tajir, boleh
jadi taktik pujian itu hanya untuk mendapatkan “habuan” makan malam atau baju
baru. Waspadalah!
3. Rela dicurhatin: Ada beberapa wanita yang mahu menjadi
“tempat sampah” dari pagi sampai pagi lagi bagi para lelaki yang sedang galau. Ertinya,
wanita-wanita ini rela dijadikan tempat curhat ketika lelaki sedang mengalami
masalah. Namun, jangan salah terkam. Banyak wanita yang menjadi tempat sampah
tapi bukan bererti dia mahu pasanganan dengan lelaki yang mencurahkan isi hati
kepadanya. Boleh saja ia hanya mahu menunjukkan rasa simpati dan mahu membantu
teman yang sedang bermasalah dengan ikhlas hati. Jadi, pandai-pandailah membaca
situasi.
4. Perhatian yang berlebihan: Ciri
keempat ini yang paling susah dianalisis. Wanita PHP biasanya suka memberi
perhatian yang lebih terhadap seorang lelaki. Namun wanita yang benar-benar
sedang serius melakukan PDKT pun juga kerap melakukan hal serupa. Saat seperti
ini, kamu harus memiliki isntinct yang kuat untuk dapat membezakan wanita yang
benar-benar tulus memberikan perhatian dan yang tidak. Jadi, gunakan isntinctmu
ketika berhadapan dengan hal seperti ini.
Berat Sebelah?
teringat seketika waktu mengajaar pelajar yang sangat lemah untuk membaca ayat suci Al-Quran tadi..sedangkan apa yang dibaca adalah surah lazim yang mudah untuk disebut dan diingati dan juga mudah untuk dihafaz dan diamalkan..
Guru Pemulihan Bantu Tingkat Pencapaian Luar Bandar.
tidak dinafikan, setiap sekolah pastinya ada bangunan khas / bilik khas yang digunakan untuk mengajar murid-murid pemulihan yang lemah..lemah dari segi sebutan dan bacaan..
alhamdulillah waktu sekolah rendah dulu, ros bukanlah golongan yang memasuki kelas PEMULIHAN ini..kasihan kerana mereka banyak ketinggalan pelajaran, tapi apa kan daya, lahir mereka sebegitu tidak dipinta, mungkin sahaja faktor berlakunya sedemikian adalah kerana datangnya mereka dari keluarga yang kurang berada..yang tidak berkemampuan untuk memenuhi kehendak pertumbuhan / perkembangan tumbesaran mereka..atau sahaja gen kedua ibu bapa yang mendorong mereka lemah..
**************************
selain dari itu juga, ada juga dari faktor keluarga yang sekadar lepas tangan terhadap situasi kelemahan anak mereka, memandang ianya sebelah mata / mengambil ringan perihal anak-anak dan pembelajaran mereka adalah perkara biasa yang dilakukan oleh ibu bapa yang mempunyai kedudukan yang tinggi dalam kerjaya..terlalu ghairah mencari kekayaan dunia sehingga anak terabai dan akhirnya sekolah dan guru-guru yang menjadi mangsa...
bila hendak dipertikaikan, ibu bapa adalah orang pertama yang berjumpa dengan mereka, baik di rumah mahupun ketika menghantar mereka ke sekolah, ambillah peluang dan masa yang sedikit itu untuk bertanyakan perkembangan anak anda ketika mereka di sekolah.
ini berbeza pula dengan apa yang terjadi pada ros sendiri..pengalaman di SJKC memang tidak sesekali ros lupakan, kasihan melihat anak melayu yang belajar di sekolah cina, mereka kurang perhatian dari guru-guru, mungkin sahaja mereka memang tak faham dengan bahasa cina dalam komunikasi di perhimpunan, kelas dan sekolah..guru-guru di SJKC memang menggunakan sepenuhnya bahasa cina..kasihan bila melihat anak-anak murid melayu yang sekadar termangu tidak tahu, yang pandai sedikit pasti bertanya dengan kawan mereka berbangsa cina, bagaimana pula dengan segelintir yang lain? kadang kala terfikir, kenapa ibu bapa mereka tidak mahu menghantar mereka ke Sekolah Kebangsaan yang lebih terjamin pelajarannya dan masa depan mereka..kenapa ros berpendapat seperti ini? kerana bila anak-anak yang lemah ini di SJKC, mereka dah lah tidak cerdik bahasa melayu, apatah lagi bahasa cina yang diajarkan di sekolah...kasihan, jika ada ibu baoa yang terbaca ni, please..fikirkan masa depan anak anda..! jangan hanya pergi kerja, balik ambil anak di sekolah..jangan begitu...:'(
dannnn..
sehinggalah apa yang ros maksudkan BERAT SEBELAH, apabila kelas yang diberikan kepada guru agama di SJKC pula adalah kelas yang agak terpinggir, kalau sebelum ini Kak Maria cakap di lorong kecil dia mengajar, tetapi sekarang kelas agama di SJKC hanyalah di Makmal Sains yang mana semua makruf bahawa makmal dibangunan lama itu snagat panas..material fizikal yang ada juga agak lama..sedih, keadaan pelajar melayu seperti terpinggir juga, sungguh ros merasakan mereka berat sebelah..
bagaimanakah pula pendidikan moral yang berlaku di Sekolah Kebangsaan? adakah berat sebelah juga terhadap pelajar berbangsa cina dan india?
wallahu A'lam..
gambar kelas pelajar melayu boleh diibaratkan seperti gambar yang ada diatas...:')
semoga adik-adik akan lebih selesa setelah bangunan baru kita siap..
kita?
jika saya masih mendidik anda nanti..:)
Bahan-bahan Rujukan Bahasa Arab Dan Pendidikan Islam Sesuai Buat Guru Agama.
- CONTOH REFLEKSI BAHASA ARAB
- CONTOH KERTAS KERJA KBS 2010
- KITAB FIQH ISLAMI : DR. WAHBAH
- KAD REKOD BACAAN QURAN
- CONTOH SLIDE : TAKLIMAT PROGRAM j-QAF
- SOALAN-SOALAN LAZIM BERKAITAN PBS
- SOALAN-SOALAN LAZIM BERKAITAN j-QAF
- SOALAN-SOALAN LAZIM BERKAITAN BAHASA ARAB
- SOALAN-SOALAN LAZIM BERKAITAN E-PELAPORAN j-QAF
- KAD IMBASAN HUFUR ARAB
- KAD IMBASAN TENTANG WARNA
- KAD IMBASAN NOMBOR ARAB
- AL-ARABIYAH AL-ULA (PART 4)
- AL-ARABIYAH AL-ULA (PART 5)
- AL-ARABIYAH AL-ULA (PART 6)
- AL-ARABIYAH AL-ULA (PART 7)
- AL-ARABIYAH AL-ULA (PART 8)
- AL-ARABIYAH AL-ULA (PART 9)
- AL-ARABIYAH AL-ULA (PART 10)
- AL-ARABIYAH AL-ULA (PART 11)
- USRATI
- KAD RUKUN ISLAM
- KAD RUKUN IMAN
- KAD TEMAN MALAIKAT
- KAD ABC
- KAD IQRA MERAH
- KAD IQRA BIRU
- IQRA (PART 1)
- IQRA (PART 2)
- IQRA (PART 3)
- IQRA (PART 4)
- IQRA (PART 7)
- IQRA (PART 8)
- CONTOH SKRIP KALAM JAMAIE
- CONTOH SKRIP DIKIR BARAT
- BANK SOALAN PI (LINK 1)
- BANK SOALAN PI (LINK 2)
- BANK SOALAN PI (LINK 3)
- CONTOH BORANG HEADCOUNT BA
- BANNER/PAPAN TANDA (TERMINOLOGI/ISTILAH)
- SOFTWARE QURAN FOR WORD
- FONT ARAB & JAWI
Setiap satu ni ros bukak, memang puas hati bila tengok perkongsian dari SKGP ni..syukran..:) sangat-sangat membantu..:)
Subscribe to:
Posts (Atom)


