Saturday, January 5, 2013

Tanggungjawab Seorang Isteri Salah Satu Darinya Adalah Jaga AIB Suami.


bismillah,

nak cerita tentang AIB, sebagai seorang isteri kepada seorang suami..sudah semetinya banyak tanggungjawab yang perlu juga dipikul, bukan sekadar menyediakan makan, pakai, menjaga anak-anak. Bahkan tugas seorang isteri juga adalah menjaga AIB suaminya..

walaupun perjalanan ros masih jauh untuk satu tahap yang dipanggil ISTERI, tapi tidak ros nafikan..orang sekeliling ros semuanya sudah pun melalui FASA / ALAM pernikahan. Tahniah! tapi jangan pula kita salah gunakan nama baik sebagai seorang isteri untuk memburuk-burukkan suami. dan jangan pula sesekali sang isteri melayan suaminya dengan buruk dan kasar. ini merupakan dari pengalaman ros sendiri. 

yelah, bukan ros sekadar mengadap laptop seharian..tidak! ros juga berkawan dengan semua orang! tidak kira lah kakak, adik abang, pakcik makcik, cikgu cikgi, semua ros kawan..berhubung dengan mereka semua apatah lagi pernah juga melihat situasi-situasi seperti mengaibkan suami dihadapan mata.

ros ni kan style yang suka jalan sorang-sorang, pergi beli barang pun kadang kala sorang-sorang..dah terbiasa..dan rasa owh, dunia ini aku yang punyaaaaa! hehe..

pernah satu ketika, ros terpandang sepasang suami isteri ni, suami dia seolah-olah seperti pak turut, mengikutkan kata si isteri..disuruh pegang beg, suaminya pegang beg, disuruh ambil barang, suaminya pegang barang, disuruh tolak troli, suaminya tolak troli..dengan anak lagi nak dikendong..kasihan sangat! rasa macam tak patut si isteri memperlakukan sedemikian..sampai satu tahap, suaminya dipanggil dengan jerit-jeritan dari si isteri..ya ALlah..kalau orang lain melihat pasti malu..untung sahaja hanya ros dan beberapa orang yang melalui kawasan itu..

andaikata, kita nak mempergunakan suami kita atau nak suruh buat apa-apa atau nak mintak tolonglah senang cerita, boleh tak jangan nak terjerit-jerit dan cara tu cuba jangan seolah-olah nak memerintah..nak-nak pula ramai yang memandang..dah macam hamba abdi pulak si suami ni..kasihan tau! nasib si suami ni agaknya seorang yang COOL..huhu..ros pulak yg sedih..

dan jaga aib suami anda, jangan sesekali jatuhkan air mukanya! kerana, jika sebeginilah perangai anda..pasti tidak hairanlah anda bercerita tentang keburukan suami anda dibelakangnya tanpa suami anda sedari..

isteri, jaga aib suami anda..kerana insyaALlah Allah akan menjaga aib anda..

semoga dijadikan pengajaran dari kisah ini..dan ini juga peringatan buat ros sendiri..JAGA AIB! 

Asha tengah buat apa tuuuu?

Semalam Asha pergi rumah mak uda dia di Pantai Puteri...jadi hari ini mak ngah rasa boring tanpa Asha :(


Tapi tak apa...esok budak mengada-ngada ni mesti balik jugak....;)

Jom tengok gambar Arysha.. cantik, comel dan manjaaaaaaaaa...



posted from Bloggeroid

Masak Memasak! :)


bismillah,

alhamdulillah hari ini cuti, biasa kak ipar yang akan tolong masak untuk makan tengahari di rumah, almaklumlah..cikgu ni dah lama keluar dari awal pagi untuk mengajar ke sekolah..:) tapi hari ini ros yang masak! dah lama tak ke dapur..balik dari sekolah tengok makanan dah terhidang atas meja makan untuk dijamu..hari minggu macam ni berbeza sedikit, ditambah pula kak ipar pergi jalan-jalan menziarahi kakaknya di Pantai Puteri..jadi ros lah yang take over dapur hari ini..

macam-macam yang terlintas kat fikiran ni untuk dimasak dan dibuat, kebiasaannye ros akan kemas rumah, mop lantai, sidai baju, lepas tu masuk rmah balik dan terus ke dapur, tenggek air, tenggek nasi...:)

Menu untuk hari ini macam-macam, ros masak asam pedas ikan kembung campur dengan timun, tomata dan bendi..kemudian ros goreng kacang panjang campur telur, lepas tu goreng ikan cencaru dan juga ayam KFC..;) untuk ikan cencaru tu biasanya dekat rumah ni kalau makan ikan tak lengkap jika tak ada air asam..ros pun buatkan air asammmmm..;) memang terbaik, dah lama tak memasak lah katakan, rindu dengan dapur..ros sendiri belum makan lagi sebab masih kenyang dengan sarapan pagi tadi..

owh! lupa nak cerita, sarapan pagi tadi kami sekeluarga makan roti telur..ala, roti potong tu..lepas tu celup dengan telur dan goreng..jadi lah ia roti telur..roti telur tu favourite emak ros..emak memang suke makan roti telur, kalau tak ada roti telur untuk sarapan biasanya emak akan beli roti canai dan nasi lemak..berbeeza pulak dengan abah, abah pagi-pagi lagi dah nak makan NASI..mungkin juga disebabkan kalori yg abah perlukan itu lebih..:) abah memang kuat makan, kadang nampak abah makan sedikit..tapi berulang-ulang kali makan..

haaaaaaaaa! 
kawan-kawan pulak makan apa untuk tengahari ni? kongsikan sikit! ;)