Thursday, December 27, 2012

Abang Ben Ashaari Melucah?


bukak twitter, kot ingat ada orang metion nama ke, ape ke kan...:P tapi yang aku dapat dekat home, yg boleh dibaca adalah perkataan bontot je memangjanggggg! dari awal atas sampai ke bawah..umangggaiiii! ini betul-betul penangan abg Ben Ashaari nihhh! 

apa ni bang, sampai bontot-bontot orang pun abg nak teropong? eyh, tak3...abg cakap perempuan  suka tengok bontot lelaki kan? owhhh! sangatlah tidak..kalau takat bontot sekepengggg mcm tu..haha :P

nak tahu lebih lanjut baca entry abg Ben dekat SINI.

ampun bannggg! :P 


Minggu Orientasi Sekolah.


teerbayang-bayang sudah gelagat anak-anak kecil menangis ketika hari pertama datang ke sekolah, almaklum sahajalah!, mereka semua baru sahaja berumur 7 tahun dan baru tamat tadika..apa yang lebih ros kasihankan bukan pada mereka, tapi pada guru-guru yang bakal handle semua pelajar ni..ouhh! adik-adik ini semuanya hari tisu..handle them with care..:)

baru masuk IPG sudah ada assignment, lecturer cakap kami semua perlu buat Mos atau nama panjangnya Minggu Orientasi Sekolah..apa yang sangat ros harapkan adalah semua guru dapat membimbing ros ke arah jalan yang benarrrrr! :P dan ros!, pls bertanggungjawab dan amanah dalam apa sahaja yang engkau lakukan! 

MOS ni Ketua Unit dah bagi dalam minggu lepas, cumanya sekarang ros masih not in mood to study all things yang sudah pun kami belajar..

mood ke laut..tunggu mood pulang dahulu......ouh, my mood..tolonglah merajinkan diri anda untuk melekat terus dalam badan aku ni..suapaya aku gagah sasa dan berani untuk hadapi semua! 

semangat-semangat! nak beli buku apa semua bagai memang semangat, nak baca buku tu memang hampeh lah! inilah rosmarieza! :)

TIPS: Diet Yang Betul Part I.


1- Langakh Menurunkan Berat Badan.

Masalah berat badan merupakan masalah yang sangat pelik dan sering dipersoalkan oleh pesakit yang mengalami masalah kegemukan. * Terkena dekat batang hidung sendiri! :') 
menjadi GEMUK merupakan mimpi buruk bagi sebahagian orang terutamanya bagi mereka yang memilih untuk berketerampilan anggun sepanjang waktu!
Kegemukan juga mengakibatkan diri seseorang merasa rendah diri dan kurang yakin bila erhdapan situasi tertentu sebagai contoh sesuatu yang melibatkan karier. Berikut merupakan langkah-langkah praktikal yang boleh diikiut untuk mengawal berat badan:-

a- Saya pasti BOLEHHHHH! ! ! tanamkan tiga perkataan ini dalam hidup anda walaupun ada sahaja benda yang menghalang dan anda perlu sentiasa ingat bahawa anda perlu menurunkan berat badan dengan segera. Jadikan orang-orang yang telah berjaya menurunkan berat badan sebagai pembakar semangat anda untuk turut sama seperti mereka!

b- Sarapan merupakan perkara yang wajib dilakukan. jangan skip sarapan, kerana anda sangat memerlukan sarapan sebagai alas perut. tidak perlu yang berat-berat, cukuplah sekadar pisang, yogurt, bijirin, roti dan lain-lain.

c- Luangkan masa untuk membaca kandungan gizi pada pembungkus makanan. apa yang perlu anda perhatikan adalah kalori dalam makanan yg anda makan.

d- Jangan melakukan DIET?. dalam jangka masa yg pendek, diet sememangnya akan menurunkan berat badan tetapi jika anda mneghentikan diet, berat badan anda akan kembali kepada yg asal. Makan makanan yg kurang berkhasiat dan mengurangkan makanan yg sedia ada tidak akan menurunkan berat badan, apa yg peru anda lakukan adalah melihat kepada gizi pemakanan yg seimbang sesuai mengikut kalori seharian dan kalori keperluan anda..:)

e- Selalu makan secara teratur. anda perlu membuat pola pemakanan / jadual pemakanan anda..sekurang-kurangnya 3kali sehari.

f- Perbanyakkan mengambil serat. Serat sangat penting untuk menjaga  tubuh agar tetap sihat. Serat yang kita makan setiap hari berfungsi untuk membantu menurunkan kolestrol dan melawaskan saluran pencernaan. Serat juga mampu memperceepatkan rasa kenyang sehingga secara semulajadi dapat mengurangkan pengambilan makanan yang tidak berguna. Sebahagian besar serat mempunyai kandungan air yang tinggi dan kalori yang rendah sehingga sesuai dengan makanan yang kita perlukan untuk menurunkan berat badan.

to be continued! :)