![]() |
| ihsan : Google.. |
Tuesday, November 16, 2010
eidul adha mubarakkkkkkk~;)
SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA~
buat semua kawan-kawan blogger~
jangan makan daging banyak sangat~
nanti banyak pening juga!;)
hahahahahaha:P
yang bercoti-coti dan balik kampung tuh, memandulah dengan berhati-hati di jalanraya dan ingatlah orang yang tersayang~
Saturday, November 13, 2010
Banyak benda yang aku sayang dalam hidup aku!!!
Hah! Hamik kau! Punya lah panjang tajuk entry aku! Lantak lah kan? Suka aty wa la! Lu sibuk3 pehal?:P *tiba-tiba nak emo* aiseh, gurau je okeyh?:P tapi mang aku ni spesies ganazzz pown! Dalam hidup kita ni mesti ada sesuatu menatang yang kita sayang kan? Mukan menatang la! Ianya merupakan spesies benda atau pown orang yang kita sayang dalam hidup kita!!!~;) Macam aku, macam-macam yang aku sayang!
Dari segi benda, kita ni mestilah sayang barang ato benda yang kita dapat dari seseorang yang kita amat sayang kan? Contohnya cam dari kapel kite kew? Yucks! Ngade jek! Kay la, bukan la….dari sahabat kita lah contohnya~ jenis aku, aku mesti tangkap dulu pic barang-barang tu….then aku simpan lah kan barang tu…nasib baik almari sudut kat umah aku tu dah tak de space …lau tak mang dah jadik mangsa tempat aku letak barang3 aku jek…lebih3 lagi present yang aku dapat dr jaman aku sekolah sampai lah la ni! Hikhikhik~;)
Perangai aku, lau aku sayang satu barang tu..aku mesti sayang nak gunakan dia~ aku akan simpan sampai benda tu naik berhabuk gitu..caya tak? Caya tak? Caya tak? Hurmmm..tak nak caya sudah!;) salah satunya gift dari akak angkat aku…kak nor..*windu lak tetiba kat beliau* dia ade bg aku fragrance lamp tau~ mang santek…huhu..masih dalam kotak lagi adiahnyer tu..aku syg n aku letak kat rak sampai dah berhabuk..mang mak sayang nak guna nyah!;) hakhakhak~
Itu dari kakak angkat, skunk ni dari kwn aku lak..yg skunk ni kat mesir…dy ade bagi aku perfume tau! Davidoff..kawan ke? Hukhuk..kawan jek pown..nak dijadikan cerita..kotak perfume tu pown ade lagi u! I mang sayang nak guna…I guna waktu I kuar jek U…patut tak? Patut tak? Patut tak?;) hihi:D mang lah patut sebab lau boleh nak tunggu dia balik sini n nak bagi dia bau! Uiks! Gatai na~;) I tak gatai U~ I gatai ngan U jek! *nyampah!* mau tgok tak yg dy bg? Tak payah la ek?;)
Dalam bab belajar kat KUIS pown ade gak benda tau…benda yang aku sayang..hikhikhik…tapi dah terguna la!;) aku sayang yang ni….
*
*
*
DUIT>>DUIT>>DUIT>>DUIT>>DUIT>>DUIT ~ ~ ~
Engkau ni dah kenapa gambar duit pown ko tangkap ros? Hehe…actually, duit ni dari ust aku tau! Aku dapat jawab soalan Nahu dari beliau~ then, aku dapat la rm3…ha! Nak kate aku mata duitan lah tu kan? Of course la kan..duit itu perlu untuk hidup! Tapi aku tak la mata duitan pown..sape yang mulot jahat tuh memang la..tengok la esok…dia bangun pagi esok mulut dy jadik herot!;) hahahahaha:P *evil laugh*
Tu baru bab blaja kan? Ni bab aku punya hasil titik peluh lak….duit yang aku dapat hasil dari program yang aku join..walaupown aku telah mengorbankan beliau demi kepentingan aku..eceh! foyos sudeh…..ok, ni plak hasil program ritu…sebelum ni pown dah byak prog aku join, tapi cume yang ni jek aku sempat snap picnyer koz…..malamnyer aku dah korbankan duit tu..hehe:P beli keperluan lah katakan~ ko kene lah faham! Perempuan kan?:)
Ade lagi tau! Duit jugak neh~ wah, betul lah ko mata duitan kan? Camne yang dikatakan mata duitan tu ek? ok…macam nih….$_$...dah tahu kan?;) cuba lagi dirumah dan mukan disini!;)
Mau tunjuk nih…mau eksyen sket…eksyen mende lu? Baru dapat sikit dah kecoh! Alamakatak! Tgok jela…!!!
Ni ros dapat waktu menang debate…..i dapat best speaker okeyh!;) adiahnyer hamper dan duit…wow! Duit lagik! $_$....mang lah mate aku berpinar camni --à $_$ hikhikhik:P
Sikalang sambung celite kite dekat ostel lak ye…sila scroll ke bawah!
Aku kat hostel nih duduk dengan dua orang rumate aku yang agak sengal~ nak tgok tak dak3 dua ekor tu? Jap nak tunjuk muke dak3 sengal tu kay? Santek dak3 duorang neh!;)
![]() |
| mimi n rara~:) |
Macam semester3 lepas…kami suka hangout bersama-sama….rindu pulak rasenyer nak hangout lagi! Bila dah makin naik sem ni, dah jarang kami keluar! Upsss…tipu lah kan, bukan baru ritu ko keluar ke ros?:P hikhikhik~ mang ado…kuar g Jalan Tunku Abd Rahman~ borong shawl beb! Dah lame giler aku tak beli shawl..sekali beli 3 nyahhhhh! Haha…satu tu plak tudung sarung biase jew~ dah murah kan…borong lah lebih…plus 2minggu lepas aku beli inner shawl kat Qoma…tak sabar rasenyer nak balik umah nak jumpe same itu shawllllll~ I beli on9 jek u! bagi I on9 lagik senang~ mau tinjau3 g kat bloglist aye tu ye….shop..shop..shop..until ur boyfie drop! Hikhikhik:P I tak gitu..i beli sendiri jek!;)
Ok,kembali pada cerita asal, kami bertiga nih mang suke sngat beli benda yang same…diantaranya…baju tido yang aku nga pakai skunk ni..nak tgok ke? Ish! Malu la! Kite nengokkan benda lain lah ye! Cincin…mug…pastu ade yang kitorang dapat sepakej nyet3 dari adik nyrah aye~ huhu..cakap sal beliau rindu plakkkkkk kat beliau yg sedang praktikal skunk nih~ selamat berpraktikal nyrah!;)
![]() |
| nyrah yg bg! tQ~;) |
![]() |
| serasi bersama~:) nak cri nyet3 tak jumpe~:) |
![]() |
| hihi:D same jugak~;) |
banyak benda yang aku sayang~ dan banyak yang korang sume masih tak tahu~ kan? camne nak tahu lau roros tak bgtau!;) kay, setakat tu je tuk hari ini~ entry ni dah lme ros pending~ tak terpost! b4 cuti lagi...disebabkan busy~ skunk ni bru ley post~ thanks 4 reading!;)
Tuesday, November 9, 2010
~kisah si rama-rama dan wanita~
Salam semua~
Korang semua suka membaca tak? Pernah dengarkan “Membaca Itu jambatan Ilmu”…? Kat sekolah rendah dulu pown mesti korang semua dah biase jumpakan slogan ni? Slogan kew? Hihi:D pape jela kan..tak kisah lah janji korang pernah baca tentangnya..
Actually roros ni malas nak membaca…dan paling yang ros tak suka adalah menghafal…bukanlah mengahafal Al-Quran..tidak! Cuma, kitab-kitab ataupun muzakirat yang lecturer roros ajar tu la roros malas nak ngafal!;)
Roros suka fahamkan je..melainkan ianya adalah fakta..kalau ianya fakta of course la aye kena menghafal..kan? kan? Kan?;)
Beberapa hari yang lalu, (ayat cam nak buat karangan) hihi:D ok, roros ade terbace satu artikel ni…artikel ni roros jumpa dalam akhbar ILUVISLAM~ mang ros terpikat dan berkenanan sangat dengan artikel tersebut…so, mau kongsikan bersama dengan korang semua terutamanya yang perempuan lah kan? Khusus buat para muslimah dan yang muslim pown boleh jugak bace..sekadar menambahkan ilmu pengetahuan~;) dan....hurm..hurm..moga jadik lelaki yg pandai menghargai perempuan~;)
*
*
*
Lihatlah rama-rama, ia cantik. Apabila pandangan kita dihiasi rama-rama, kita menjadi suka dan ceria. Ia mengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga.seindah mana pun bunga tanpa rama-rama mahu hinggap di situ, tentu ada sesuatu yang tidak kena.
Cubalah tangkap dan pegang rama-rama itu dengan sayapnya. Lihat apa yang melekat di jari anda, warna dan corak rama-rama itu telah berpindah ke jari-jari anda. Kemudian lepaskan kembali, ia terbang tapi lebih terbuai oleh angin. Siapa pun yang akan menangkapnya kembali tidak tertarik padanya lagi. Harganya telah tiada untuk dikagumi, disimpan mahu diawetkan.
Rama-rama ibarat wanita. Ia indah untuk dipegang tetapi nilainya cepat turun setiap kali ada tangan-tangan yang tidak wajar hinggap pada tubuhnya. Memang fizikalnya tiada apa-apa yang kurang, tapi harga diri dan maruah telah mula tercemar. Begitulah wanita. Harga rama-rama terletak pada warna dan coraknya; harga wanita terletak pada apakah tubuhnya masih tulen tatkala dia didampingi suaminya.
Rama-rama terpaksa berjuang untuk memulakan hidupnya. Dia terpaksa membebaskan diri daripada kepompong. Bukan mudah untuk keluar daripada kepompong yang mengikat itu. Sedangkan sepanjang berada di dalam kepompong tiada siapa pedulikannya, malah tatkala bergelar ulat ia lebih dibenci.
Sulitnya untuk akhirnya bergelar rama-rama. Terpaksa melalui kitaran hidup dan evolusi bentuk. Daipada sesuatu yang menjijikkan akhirnya bertukar menjadi sesuatu yang amat menyenangkan. Rama-rama adalah contoh terbaik wanita untuk sedar betapa bernilainya kehidupan mereka. Sewaktu anda dipuja, usah terlalu mabuk sebaliknya kenang-kenangkan kehidupan susah sebelum itu. Sewaktu anda digoda, dihambat dan dirayu usah terlalu mudah menyerah sebab ingatlah mereka yang bersusah payah memastikan anda dapat bangkit sebagai manusia sempurna hari ini. Anda tidak muncul sendiri, sebaliknya anda adalah lambing pengorbanan ibu bapa.
Usah jadi rama-rama didalam bingkai gambar. Indah dipandang, tetapi diri sendiri menanggung beban. Hiduplah dengan bebas dan terjemahkan kebebasan itu kepada nilai-nilai murni yang perlu dipertahankan. Hak anda ialah memelihara kehormatan. Selama mana anda memelihara kehormatan dan maruah diri anda berada pada kedudukan terbaik, sebaik sahaja anda tidak peduli kepada siapa maruah itu hendak diberikan, anda sudah kehilangan masa depan.
Kalaulah rama-rama tahu dia cantik dan sentiasa memukau penglihatan manusia, dia tentu tidak mudah-mudah terbang ke sana sini.
Sebab setiap kali ia mengibarkan sayapnya, ia sentiasa terdedah pada bahaya. Namun rama-rama tidak pernah tahu ia itu indah dan sentiasa menjadi sasaran mausia. Jika anda tidak pernah tahu kewanitaan anda itu adalah sasaran terpenting sang penceroboh, anda ibarat rama-rama yang tidak sedar diintai bahaya.
Mahalkan harga diri anda. Semakin sukar anda dimiliki semakin mahal nilai anda di sisi lelaki. Lelaki perosak hanya inginkan kuasa memiliki tetapi tidak mahu setia apalagi memelihara dan melindungi anda. Usah terperangkap ke dalam tangan yang hanya akan meleraikan warna-warna anda. Setelah warna-warna itu hilang anda dibiarkan. Jadilah wanita anggun yang punya nilai dan maruah diri, anda akan lebih dihormati. Nilai anda bukan terletak pada berapa ramai lelaki yang ingin memiliki anda tetapi berapa ramai yang benar-benar sanggup mencintai anda.
Cinta itu terjemahan pada kasih sayang dan belaian sayang penuh ikhlas. Selama mana anda belum menemuinya anggaplah diri anda masih berhak terbang bebas bagaikan sang rama-rama.
Jadilah rama-rama yang mengindahkan alam, jadilah wanita yang membanggakan semua orang~:)
![]() |
| roros dan rama-rama~;) |
Hope kita semua dapat ambil iktibar dengan kisah rama-rama dan wanita ni~;) ok?;)
Subscribe to:
Posts (Atom)








