Saturday, July 24, 2010
Tip mendapatkan idea untuk menulis dalam blog!!!
Salam semua~ ;)
Masalah kekurangan idea untuk menulis blog
memang satu masalah yang biasa bagi hampir
kesemua blogger.
Terutamanya kepada blogger baru.
Jika kita tiada idea untuk menulis,
tiada lah entri baru.
Kesannya ialah, apabila terlalu lama
blog tiada entri-entri terkini.
Sebab tu, jika anda rajin membaca blog orang
lain anda akan mendapati entri-entri seperti;
"sudah lama blog ni tak berupdate"
"Dah bersawang blog ni"
"Dah berhabuk..." dan sebagainya.
Dalam entri kali ini, saya akan kongsikan
satu cara kepada anda, untuk memastikan
anda sentiasa tidak ketandusan idea.
UPDATE Aktiviti Anda di dalam blog.
Tidaklah semua entri, tapi, cukuplah
dijadikan cerita atau entri terbaru
pada blog anda.
Anda boleh kongsikan pengajaran yang anda dapat
daripada aktiviti anda tadi.
Contohnya, anda baru balik bercuti.
Anda boleh cerita pengalaman percutian anda.
Anda boleh kongsikan gambar-gambar, video
dan kalau boleh, cerita-cerita yang menarik.
Oklah, itu dahulu tip daripada saya.
Pstttt! ! !~ Tip ini ditulis oleh:-
Raja Kamil, admin kepada http://www.akuseorangblogger.com/index.php?ref=ros
Anak murid beliau:-
cekian~ :)
Thursday, July 22, 2010
Aku tak boleh hidup tanpa kau!
Carelessnyer! Nape aku tak pandai nak jage aty dia! Sampaikan dia menjerit tanpa aku sedar..tanpa aku pedulikan..lantas dengan itu aku hanya memandang dia sepi dari hidup aku..bila aku perlukan dia..aku guna dia..bila aku hampir tak bernyawa..aku dekati dia..maafkan aku! Aku tak sengaja..hari ini..terbukti aku tak boleh hidup tanpa kau! Bukan setakat hari ni..hari-hari yang mendatang pown aku amat3 memerlukan kau..aku cuai..disebabkan nak menyiapkan satu kerja yang amat penting bagi aku..aku tinggalkan kau keseorangan..bila aku nak gunakan kau..baru aku teringat akan kehadiran kau dalam hidupku..betapa kejamnya diri aku..walaupun kau tak bernyawa..tapi pengorbanan kau amat bermakna bagiku! Selamanya akan ku kenang wahai CHARGER lappy ku~
Aku amat kesali dengan apa yang telah berlaku hari ini..tak kan ku ulangi lagi kesilapanku dengan meninggalkan mu tanpa sengaja di CC..aku teramat memerlukanmu..
Ikhlas dari hati sanubari insan yang amat menyayangimu~
~Darkrose~
Wednesday, July 21, 2010
.::JANGAN ADA BENCI::.
salam readers~
ada ilmu yang nak dikongsikan bersama..
baca ye! ;)
Ramai juga orang yang gagal dalam pergaulan kerana menyimpan perasaan BENCI dalam hati mereka. Tuhan itu maha adil. Perasaan benci dalam diri kita akan menyebabkan ramai orang mudah benci terhadap kita. Misalnya, orang yang membenci ibu bapanya mungkin akan dibenci oleh rakan-rakannya. Orang yang membenci jirannya atau bekas kekasihnya mungkin akan dapat kebencian daripada rakan sekerjanya atau malahan ketua jabatannya.
Justeru hapuskanlah segala perasaan benci daripada hati kita agar kita mudah menjalin hubungan dengan orang lain.
Kaedah Mengikis Benci
Cara yang terbaik untuk mengikis benci ialah dengan memaafkan semua orang sebelum tidur malam. Jika setiap malam sebelum tidur kita sentiasa mencuci muka, memberus gigi, membersihkan diri dan mengibas tempattidur, tidak bolehkah kita mencuci hati kita denganmemaafkan semua orang sebelum tidur? Pengalaman secara peribadi penulis menunjukkan bahawa dengan memaafkan semua orang sebelum tidur, kita akan dapat membersihkan hati serta menenangkan fikiran dan mudah menjalin hubungan baik dengan orang lain.
Justeru hapuskanlah segala perasaan benci daripada hati kita agar kita mudah menjalin hubungan dengan orang lain.
Kaedah Mengikis Benci
Cara yang terbaik untuk mengikis benci ialah dengan memaafkan semua orang sebelum tidur malam. Jika setiap malam sebelum tidur kita sentiasa mencuci muka, memberus gigi, membersihkan diri dan mengibas tempattidur, tidak bolehkah kita mencuci hati kita denganmemaafkan semua orang sebelum tidur? Pengalaman secara peribadi penulis menunjukkan bahawa dengan memaafkan semua orang sebelum tidur, kita akan dapat membersihkan hati serta menenangkan fikiran dan mudah menjalin hubungan baik dengan orang lain.
Faktor-faktor Yang Boleh Merangsang Kehebatan Dalam Pergaulan
Antara faktor yang menyebabkan kita mudah berinteraksi dengan orang lain dan orang lain mudah tertarik kepada kita ialah:
1) Jaga solat dan lakukan ibadah-ibadah khusus dan umum yang lain.
2) Sentiasa bersangka baik terhadap semua orang (walaupun kita perlu berwaspada setiap masa).
3) Sentiasa memberikan senyuman ikhlas kepada orang di sekeliling kita.
4) Banyakkan bersedekah, samada dalam bentuk wang, senyuman, bantuan tenaga, masa, nasihat, idea, pandangan, sokongan moral dan doa yang berterusan.
5) Sentiasa memperbanyakkan sabar. Nabi s. a. w. pernah berpesan supaya mencari 144 sebab sebelum kita memarahi orang.
6) Sentiasa ceria apabila berjumpa dengan orang lain. Pastikan setiap orang seronok berinteraksi dengan kita.
7) Pamerkan perasaan sayang dan sentiasa sayang-menyayangi antara satu dengan yang lain. Bentuk dan pamerkan sahsiah yang positif setiap masa. Peribadi yang kurang sopan akan menyebabkan orang lain rasa mual terhadap kita.
9) Amalkan sunnah-sunnah harian setiap masa dan insyaAllah orang lain akan tertarik kepada kita.
10) Jika wujud sebarang perasaan sombong atau benci terhadap orang lain, terus ingatkan diri kita tentang mati. Kita mudah insaf dan balik ke pangkal jalan apabila mengingati mati.
11) Sentiasa syukur dan redha atas pemberian Allah swt.
12) Sentiasa memberi salam dan ucap selamat kepada orang lain. Pemberian salam akan mengukuhkan hubungan sesama manusia.
13) Pamerkan simpati kepada setiap individu-individu yang memerlukan simpati dan perhatian.
14) Jadilah pendengar dan kawan yang setia.
15) Sampaikan berita baik tentang orang lain dan sembunyikan kelemahan atau keburukan orang lain.
16) Sentiasalah bermaaf-maafan sebelum berpisah dengan seseorang dan iringi perpisahan dengan doa.
Terlebih dahulu baiki diri untuk menarik perhatian orang lain terhadap diri kita, kita perlu terlebih dahulu menyayangi dan memperbaiki diri kita.
Subscribe to:
Posts (Atom)

