skip to main |
skip to sidebar
Bismillah,
Salam buat semua, dah lama tak bersiaran dan bercerita..hari ni rasa terpanggil nak bercerita tentang Ali anak Ros yg nombor 2 tu..alhamdulillah, Ali selamat dilahirkan pada 5 Feb 2020 yang lalu, and now he is 5months old..Ali sihat dan sangat kuat semangat biarpun dilahirkan secara emergency csect dan pramatang..Ali punya kuat semangat tu dia nak keluar ward sekali pun dengan ibu, cuma ada masalah kuning shj tinggi, itu pun tak lama sebab Ali kuat menyusu..mcm abang dy lama juga jaundicenya..
Ali masa umurnya dua bulan, doktor yang nak berikan suntikan perasan ada bengkak bawah telinga Ali dan minta kami terus bawa ke Emergency Department General Hospital Melaka, sebab takut bahaya dan jejaskan kesihatan Ali. Maka pada hari yang sama Ali dapatkan suntikan dua bulan kami tak terus pecut ke ED pun, sebab doktor bagi masa seminggu lagi untuk pantau bengkak Ali dan kami turut berharap bengkak tersebut akan kecut. Actually kami dh perasan bengkak tu dalam seminggu sebelum, tapi disebabkan kes COVID-19 yang menular, kami jadi takut nak bawa Ali keluar ke hospital memandangkan Ali baru sahaja menjengah dunia. Akhirnya, kami decide bawak Ali setelah seminggu pantau bengkaknya masih dalam keadaan yang sama. Berat hati sebenarnya tapi terpaksa juga, dan setelah doktor di ED cek dan akhirnya Ali direfer ke ENT.
Pada hari yang sama juga kalau tak salah doktor minta buat ultrasound dan findings menunjukkan bengkak tersebut hanyalah Kelenjar Parotid. Ibu dan walid biasa nak hadap kes tertentu kami banyak membaca dahulu. Masa umur Ali 2 bulan jugak, doktor Rusita dari Klinik Amal Semabok tu perasan yang dekat pipi Ali bukanlah ruam biasa dan dia cakap itu adalah HAEMANGIOMA, guys, korang boleh google maklumat tentang haemangiomma ni. Ros tak pandai sangat nak beri penerangan tapi inilah yg berlaku ketika umur Ali menjangkau 2bulan. Segalanya berlaku sangat pantas, Ali sekarang kena refer dua klinik iaitu ENT dan Paeds.
ibu dan walid is redho, anak kecil lagi sekecil lima bulan dah nak kena on medication which is yang kami tak nak pun sebenarnya berlaku juga sebab baru-baru ni masa check up Ali, doktor ENT kabo haemangioma Ali dah merebak ke tempat bengkak dan kena on ubat Propanalol.
masa tu tak terbayangkan macam mana kalau Ali kena duduk di ward sebab doktor Paeds mintak decide dulu samada nak ON atau X ON ubat, tapi bila appt baru ni 14 Julai lepas doktor beritahu yang haemangioma dh merebak so, as a parent yang nak anaknya sihat pastinya kami akur untuk Ali terima treatment kurangkan haemangioma dan kecutkan yang ada diluar pipinya tu. sounds complicated, tapi idok pun. Ibu sebenarnya on that day dah tahan sebak dan akhirnya bila walid tanya macam mana keadaan Ali, ibu terus meleleh air mata. Seriously tak tahan kot! :"(
tapi, ada hikmah semua ni berlaku, mungkin sahaja dosa-dosa ibu yang lalu yang buatkan ibu selalu kena UJIAN seperti ini, dan hikmahnya insyaAllah akan datang mungkin Allah nak beri BAHAGIA buat ibu walid dapat anak seperti Ashraf dan Ali 😍😍😘 insyaAllah.
Kalian sentiasa ibu doakan agar menjadi ANAK yang SOLEH, ANAK yang MENDENGAR KATA, ANAK yang TAAT IBU BAPA, ANAK yang TAK TINGGAL SOLAT. insyaAllah.. AAMIN YA RABB.
terima kasih atas doa semua untuk anak saya yang comel itu. semoga ALLAH sahajalah yang dapat membalasnya dan mengurniakan kesihatan buat Ali Nuruddeen dan kita semua.