Tuesday, August 6, 2019

Bahan Bantu Mengajar Pendidikan Islam Tahun 4.

dan Salam Sejahtera semua, saja nak kongsikan beberapa Bahan Bantu Mengajar atau pun Lembaran kerja yang ros sediakan sendiri untuk anak murid ros mengikut tahap mereka.
Antara tajuk yg terkandung adalah seperti yang dinyatakan di bawah ini yer:

PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 4
JAWI - Imbuhan Apitan, Bina Rencana ringkas berdasarkan gambar atas tajuk Bencana Banjir. 
ADAB - Adab dengan Jiran - Maksud Jiran
- Senaraikan Adab berjiran dalam Peta Buih
- EXIT TICKET Adab Berjiran - Untuk membantu murid menilai sendiri diri mereka setakat mana kefahaman mereka terhadap tajuk Adab Berjiran. Ini di isi sepanjang pembelajaran dan dikutip di akhir pdpc. 
AL- QURAN : Checklist Surah mengikut bacaan murid, ini terpulang kepada guru sekiranya nak ubah. Mungkin ada yag nak buat lebih details dari apa yg sy kongsikan. 
SIRAH: Kisah Isra' Mi'raj
- Kad Bacaan tentang Isra' Mi'raj
- Kad Dominos & Lembaran Kerja sepanjang peristiwa Isra' Mi'raj. 

PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2
JAWI: Cita-cita saya untuk 3 dan 4 Suku Kata. (TEKS CERITA) saya reka sendiri untuk bacaan murid. boleh buat secara PAIR READING 
Ada juga Exit Ticket umum yang boleh anda gunakan untuk semua subjek termasuklah subjek teras dan sebagainya. Exit Ticket biasanya digunakan untuk menilai kefahamn murid sepanjang pdpc berjalan. Setakat ana murid faham guru mengajar. dan murid turut memberikan pendapat di mana yang mereka masih belum kuasai. guru juga boleh perbaiki cara pengajaran dengan adanya Exit Ticket ini dan membuat refleksi serta impak dalam RPH. 
Boleh DOWNLOAD DI SINI
pastikan anda ada PUBLISHER, kerana file ini adalah PUBLISHER. Terima Kasih. 

Saturday, August 3, 2019

Depresi?

Masuk minggu ini, dah 3 minggu aku alami benda yg sama...

"Dalam fasa ni, badan jadi lemah, rasa malas, rasa nak tidur tak mau bangun, badan jadi lesu. Nak bangun solat pon menangis sebab rasa berat sangat, tapi apa pun saya push diri saya supaya nampak okey depan family dan orang lain walaupun dalam jiwa sebenarnya penuh kegelapan" CnP

Aku copy ayat ni...dan rasa yg sama aku alami...dan badan kerap sakit-sakit..aki rasa seolah tak nak hadapi hari esok...aku lebih suka berada di rumah...cepat diserang penyakit..anak aku selsema..aki pun mendapat. Dan sekarang DEMAM😭😭😭

Kawan aku sendiri mengadu pada aku apa yg dy rasa terhadap ANXIETY..tp aku sekarang tak rasa yg aku setback..jenis lain jenis yg tak nak teruskan hidup..faham kan?😭

Depresi, yaaaa...jgn kata ianya benda yg main3...dah byk kali ckp dengan suami...nak jumpa psikiatri...suami ok je...cuma, entah bila pun tak th laaaa😢

Rasa benda ni, dalam tempoh arwah abah sakit kt PPUM..bila aku luahkan pada kawan3, diorg kata mgkn sbb pembawakan shj..tapi aku tak rasa cmtu..sebab bagi aku...aku mmg rase lain dr yg aku pernah alami masa pregnantkan Ashraf..

Hanya mampu berdoa, agar Allah bantu aku dan beri jalan keluar...