Sunday, October 28, 2018

DIY: Busy Board buat Anakanda Ashraf.

bismillah..

alhamdulillah hari ini kami pergi Sunway Putra Mall, jalan3 cuci mata beli barang penting untuk rumah sikit..ibu masuk KAISON, Ashroffffff dan walid masuk DIY sebab walidnya berhajat nak buat sendiri busy board setelah ibu recce kebanyakan busy board yang dijual agak mahal..dan akhirnya...siap juga dengan harga berikut:

28/10/2018 : DIY busy board.

Chopping board : RM 12.17
Calculator : RM 9.34
White wheel : RM 6.51
Switch : RM 5.94
Door bolt agass : RM 3.68
Door handle : RM 1.79
Alphabet : RM 1.79
Aluminium screw jar : RM 1.79

Total : RM 43.01
#danieldiary2018

ni ibu copy dan paste aje kat sini..info semua tu dari walid Ashroffffff..

boleh la apak3 buatkan untuk anak3 masing-masing yg tersayang..

Saturday, October 27, 2018

A M A N A H

Salam dan Selamat Sejahtera,



gambar di atas merupakan gambar ahli PLC ros yang ros conduct sepanjang thun 2018 ini. Alhamdulillah genap 5 kali perjumpaan bersama ahli PLC yang lain. Komitemen hat lelaki susah lah sikit nak maghi.. yang perempuan tiada masalah, semua hadir dalam setiap PLC yang dijalankan. Kebiasaannya PLC yang kami jalankan ini membincangkan agenda yang fokus kepada ART Task yang diberi setelah selesai CPD. Nak semak fail guru under PLC ni memang bukan satu kerja yang mudah, kena baca satu persatu dan fahami apa pula Target mereka untuk tahun ini. Kenalah banyak bersabar bila ada ahli PLC yang tidak menghantar ART File. Apapun, syukur dah nak akhir persekolahan ni, guru-guru semuanyaa melengkapkan modul-modul masing-masing yang masih belum lengkap dan mereka semua berjaya menghantar ART dan Teacher Target. 



Syabas ! ! ! 




eh, kome tahu ke PLC tu apa maksudnya? nanti lah kita cuba terangkan yer.. insyaAllah  :)

PERKHEMAHAN PERDANA SKBS 2018

Anak-anak SKBS ada Perkhemahan Perdana hari ini..cikgu pulak bahagian khemah, moh ler pasang khemah bersama..

Body Shop Sale!

salam korang..

alhamdulillah ibu done grab 1 of the sale item in Body Shop. yeeehaaaa..ini serius punya cerita..dari RM 102.83 turun ke RM 74.05 jerrrr..

ros suka bau yg soft jer..kalau yg kuat sangat tak berapa nak best..hehe..jadi ibu grab lah Fijian Water Lotus..

korang pun jangan tunggu lagi..ajaklah orang yang tersayang berbelanja di Body Shop..👍👍👍

ok bai..

Wednesday, October 24, 2018

Cara Bayar PTPTN menggunakan KWSP.

bismillah...hai semua..
baiklah, untuk hari ini ros nak ajar kaawan-kawan step-step untuk kita keluarkan duit melalui akaun KWSP kita sendiri.
Langkah 1: Pastikan semua sudah ada i Akaun KWSP, sekiranya tiada boleh lah berbuat sedemikian di --> https://secure.kwsp.gov.my/secured/member/login
dan tekan First Time Login sekiranya baru kali pertama menggunakan i Akaun. 
Langkah 2: Setelah masuk ke dalam i Akaun KWSP tadi, pautan akan menjadi seperti di bawah dan klik lah bahagian my account untuk melihat baki akaun 2 yang boleh dikeluarkan bagi membayar PTPTN anda. 

Langkah 3: Klik bahagian Withdrawal untuk Pengeluaran dan Klik New Application untuk permohonan baru. 

Langkah 4: Selepas itu, pautan ini akan muncul di skrin anda dan isilah tempat kosong dengan memilih education dan isi tarikh anda mula study habis study dan lain-lain lagi. 


bacalah terlebih dahulu terma dan syarat dan seterusnya habiskan isi form tersebut sehingga ke peringkat pengesahan permohonan pengeluaran.

Langkah 5: Anda akan dapat mesej dari KWSP yang mengatakan valid date untuk transaksi selama 2minggu (kalau tak salah i) 

Langkah 6: Pergilah mana-mana Cawangan KWSP yang terdekat dengan anda untuk Pengesahan cap jari, JANGAN LUPA! bawa semua dokumen yang diminta oleh KWSP seperti Kad Pengenalan Diri anda, Sijil Diploma anda dan juga Transkrip Asal. 


Semoga urusan anda dipermudahkan! 


Saya dah bawa keluar KWSP untuk pembelian rumah dan juga setakat ini sudah 2 kali bayar PTPTN guna KWSP. Layanan yang KWSP berikan sangat PUAS HATI.. TERBAIK! 

Tuesday, October 23, 2018

Laptop JOI?


Bismillah dan Salam semua,
Alhamdulillah maasih diberikan nafas oleh Allah SWT.. 
dah lama sangat hamba tidak bersiaran di sini, dan bila ditinggalkan lama pastinya ada benda ntah apa-apa sahaja dipost ke sini.. mungkin melalui email hamba..


ok, kita hari ini bersiaran dengan laptop baru kauuuuu! pernah tak dengar jenama JOI? hihihi...


dengan SSD yang tinggi dan mampu membuka banyak segmen dalam ni dengan pantasssss...

dan akhirnya hamba sudah boleh dan berpeluang blogging semula..terima kasih lah kepada Encik Zamani Zainol yang telah membelikan laptop baru ini buat hamba..mudahan ada manfaat di hari muka...gituuuu! :P 

boleh tengok kenapa laki i pilih JOI ni...best laah jugak guna laptop ni..actually laptop lama masih boleh berfungsi dengan baik, cumanya sakit mata tengok screen dah bertukar jadi biru..jadi sebelum aku yang bertukar jadi HIJAU, baiklah guna hat lain..hihihi..info lanjut berkenaan laptop JOI boleh klik link ini ---> http://www.joi.com.my/


Add caption