Thursday, December 27, 2018

i-Story - Mary Kay Beauty Consultant


Bismillah.. hai semua, alhamdulillah pada bulan November 2018 yang lalu Ros telah mendaftar sebagai Mary Kay Beauty Consultant. 

Semuanya bermula hanya dengan niat untuk membantu kawan yang ingin mencari rezeki dari rumah. kawan Ros namanya Nurul Ain Binti Idris.. memang terbaik Ain layan Ros sebagai customer dia. tidak ada sebarang paksaan nak beli barang, Ain tetap terangkan cara penjagaan muka dengan baik. Bermula dengan menggunakan Oil Free Eye Makeup Remover dari Mary Kay rasa macam berkesan sangat. Ikutkan dari tahun 2012 ke 2013, ada kawan yang ajak Ros jumpa untuk nak tengok skin, tapi tak dak masa dan pada waktu tu kita sendiri ada komitmen yang tinggi bulanan.

ok, stop kat situ...lepas dah guna eye makeup remover tu beerjangkit pula kawan-kawan ros beli lipstick Mary Kay.. Ros memang niat nak bantu Ain je waktu tu, jadi carilah beberapa orang guru dan tunjukkan katalog Mary Kay pada mereka. Alhamdulillah, lepas dari tu ramai pula yang nak repeat order. 

Actually, tak de rasa nak jadi Beauty Consultant, tapi disebabkan kulit muka kusam, ada kutil sana sini, berminyak teruk di bahagian T zone bila dah tengahari, waktu tu termenung dan fikir nak guna ape, last Ros guna Nourain Skincare, tapi apa-apa produk pun kena ambil masa untuk buatkan muka OK balik kan? then, Ain pula selalu beri nasihat basic jaga muka. Lepas raya 2018, Ros ada keinginan nak pakai balik makeup, raya kan,,mestilah nak cantik-cantik...paling selamat waktu tu fikir better beli dekat drugstore je ape pun, foundation semua..dan pernah juga guna Maybelline lipstick..eye liner pun..tapi lepas kawan macam nak repeat lagi lipstick, why not kita sendiri jadi BC Mary Kay kan...

So, dalam bulan Oktober macam tu risik-risik Ain untuk jadi ahli..mula-mula nak beli produk je dulu..sekali harga dia masyaAllah..mahhai..pastu ddecide mungkin kalau jadi ahli murah, so kita pun jadilah ahli..

bila dah jadi ahli Ain kata kena pergi ESRS kursus, ya ampunnnn, malas nak ke kursus bagai, tapi bila dengar nanti dapat VOUCHER RM200...fuhhh fuhhh fuhhh...banyak tu, siapa nak bagi kan..

bila join ESRS, banyak juga benefit yang Mary Kay sediakan. dan paling best lepas dah order untuk pertama kali hari tu ialah dapat gift dari Mary Kay tauuuu...

bersyukur, belum terlambat untuk rawat kulit muka...nak kesan yang singkat tu memang tak de lah...akan ambil masa yang lama dan mungkin sahaja makan tahun, tapi slowly insyaAllah akan nampak ketara paada kulit muka kita..


yang penting kita faham basic skincare yang betul..


untuk yang nak join, Mary Kay ada sediakan peluang kerjaya boleh je nak whatsapp Ros

www.wasap.my/61083974517


Monday, November 19, 2018

Bayar Habis PTPTN

Bismillah..alhamdulillah..syukur..selesai hutang PTPTN, igt tinggal lagi 2k..rupanya 4k..selamatlah duit KWSP aku dengan membayar PTPTN..

terima kasih ya Allah atas nikmat sihat boleh melakukan kerja dan bayar hutang..

aku dah bebas hutang PTPTN..syukurrrr..

19 November 2018 / Isnin

Sunday, October 28, 2018

DIY: Busy Board buat Anakanda Ashraf.

bismillah..

alhamdulillah hari ini kami pergi Sunway Putra Mall, jalan3 cuci mata beli barang penting untuk rumah sikit..ibu masuk KAISON, Ashroffffff dan walid masuk DIY sebab walidnya berhajat nak buat sendiri busy board setelah ibu recce kebanyakan busy board yang dijual agak mahal..dan akhirnya...siap juga dengan harga berikut:

28/10/2018 : DIY busy board.

Chopping board : RM 12.17
Calculator : RM 9.34
White wheel : RM 6.51
Switch : RM 5.94
Door bolt agass : RM 3.68
Door handle : RM 1.79
Alphabet : RM 1.79
Aluminium screw jar : RM 1.79

Total : RM 43.01
#danieldiary2018

ni ibu copy dan paste aje kat sini..info semua tu dari walid Ashroffffff..

boleh la apak3 buatkan untuk anak3 masing-masing yg tersayang..

Saturday, October 27, 2018

A M A N A H

Salam dan Selamat Sejahtera,



gambar di atas merupakan gambar ahli PLC ros yang ros conduct sepanjang thun 2018 ini. Alhamdulillah genap 5 kali perjumpaan bersama ahli PLC yang lain. Komitemen hat lelaki susah lah sikit nak maghi.. yang perempuan tiada masalah, semua hadir dalam setiap PLC yang dijalankan. Kebiasaannya PLC yang kami jalankan ini membincangkan agenda yang fokus kepada ART Task yang diberi setelah selesai CPD. Nak semak fail guru under PLC ni memang bukan satu kerja yang mudah, kena baca satu persatu dan fahami apa pula Target mereka untuk tahun ini. Kenalah banyak bersabar bila ada ahli PLC yang tidak menghantar ART File. Apapun, syukur dah nak akhir persekolahan ni, guru-guru semuanyaa melengkapkan modul-modul masing-masing yang masih belum lengkap dan mereka semua berjaya menghantar ART dan Teacher Target. 



Syabas ! ! ! 




eh, kome tahu ke PLC tu apa maksudnya? nanti lah kita cuba terangkan yer.. insyaAllah  :)

PERKHEMAHAN PERDANA SKBS 2018

Anak-anak SKBS ada Perkhemahan Perdana hari ini..cikgu pulak bahagian khemah, moh ler pasang khemah bersama..

Body Shop Sale!

salam korang..

alhamdulillah ibu done grab 1 of the sale item in Body Shop. yeeehaaaa..ini serius punya cerita..dari RM 102.83 turun ke RM 74.05 jerrrr..

ros suka bau yg soft jer..kalau yg kuat sangat tak berapa nak best..hehe..jadi ibu grab lah Fijian Water Lotus..

korang pun jangan tunggu lagi..ajaklah orang yang tersayang berbelanja di Body Shop..👍👍👍

ok bai..

Wednesday, October 24, 2018

Cara Bayar PTPTN menggunakan KWSP.

bismillah...hai semua..
baiklah, untuk hari ini ros nak ajar kaawan-kawan step-step untuk kita keluarkan duit melalui akaun KWSP kita sendiri.
Langkah 1: Pastikan semua sudah ada i Akaun KWSP, sekiranya tiada boleh lah berbuat sedemikian di --> https://secure.kwsp.gov.my/secured/member/login
dan tekan First Time Login sekiranya baru kali pertama menggunakan i Akaun. 
Langkah 2: Setelah masuk ke dalam i Akaun KWSP tadi, pautan akan menjadi seperti di bawah dan klik lah bahagian my account untuk melihat baki akaun 2 yang boleh dikeluarkan bagi membayar PTPTN anda. 

Langkah 3: Klik bahagian Withdrawal untuk Pengeluaran dan Klik New Application untuk permohonan baru. 

Langkah 4: Selepas itu, pautan ini akan muncul di skrin anda dan isilah tempat kosong dengan memilih education dan isi tarikh anda mula study habis study dan lain-lain lagi. 


bacalah terlebih dahulu terma dan syarat dan seterusnya habiskan isi form tersebut sehingga ke peringkat pengesahan permohonan pengeluaran.

Langkah 5: Anda akan dapat mesej dari KWSP yang mengatakan valid date untuk transaksi selama 2minggu (kalau tak salah i) 

Langkah 6: Pergilah mana-mana Cawangan KWSP yang terdekat dengan anda untuk Pengesahan cap jari, JANGAN LUPA! bawa semua dokumen yang diminta oleh KWSP seperti Kad Pengenalan Diri anda, Sijil Diploma anda dan juga Transkrip Asal. 


Semoga urusan anda dipermudahkan! 


Saya dah bawa keluar KWSP untuk pembelian rumah dan juga setakat ini sudah 2 kali bayar PTPTN guna KWSP. Layanan yang KWSP berikan sangat PUAS HATI.. TERBAIK! 

Tuesday, October 23, 2018

Laptop JOI?


Bismillah dan Salam semua,
Alhamdulillah maasih diberikan nafas oleh Allah SWT.. 
dah lama sangat hamba tidak bersiaran di sini, dan bila ditinggalkan lama pastinya ada benda ntah apa-apa sahaja dipost ke sini.. mungkin melalui email hamba..


ok, kita hari ini bersiaran dengan laptop baru kauuuuu! pernah tak dengar jenama JOI? hihihi...


dengan SSD yang tinggi dan mampu membuka banyak segmen dalam ni dengan pantasssss...

dan akhirnya hamba sudah boleh dan berpeluang blogging semula..terima kasih lah kepada Encik Zamani Zainol yang telah membelikan laptop baru ini buat hamba..mudahan ada manfaat di hari muka...gituuuu! :P 

boleh tengok kenapa laki i pilih JOI ni...best laah jugak guna laptop ni..actually laptop lama masih boleh berfungsi dengan baik, cumanya sakit mata tengok screen dah bertukar jadi biru..jadi sebelum aku yang bertukar jadi HIJAU, baiklah guna hat lain..hihihi..info lanjut berkenaan laptop JOI boleh klik link ini ---> http://www.joi.com.my/


Add caption

Sunday, January 14, 2018

Ashraf 10 bulan

alhamdulillah budak bijak ni dah masuk 10 bulan..dah pandai macam3..dah pandai sebut abah sejak 7bulan..diikuti mama dalam usia 10bulan ni..kalau ibu panggil buuuu. tapi walid masih belom berjaya train dy utk sebut..dan walid dy boleh hadi merajuk..suh sebut walid dy pi sebut abah jugakkkk..abah tu utk pengetahuan semua ialah uncle abah suami kepada bs dy..mama tu bs Ashraf laaa..heheh..Ashraf alergik pada ikan bilis..kalau kasi makan nasi campur ikan bilis confirm naik mcm air pastu jadi gatal3..nak dpt kesan dy allergic tu ambil masa agak lama jugak..sebab mcm tak sangka dy allergic ikan bilis tau..bila dh sekali naik banyak..ma dy suh benti makan ikan bilis..so ibu ikut dan smpi sekrang sangat takut nak bg dy makan ayam ka..ikan apa3 ka..seriously seriau tauuuu..tak tipu..Ashraf kalau makan pun ros akan ltk lobak merah, potatoes, sayur sawi, dan Ashraf pagi makan biskut farleys ptg pun sama..malam kadang suap nasi..dy mmg suka sgt..pernah juga kasi sup ayam..naik jugak..tak tau nak kata..mungkin tunggu besaq sket baru kasi semula spt ayam..stakat ni makan ayam ok je..cuma tak kerap..badan koi susut sebab dh mula memanjat..merangkak dua tiga..pastu banyak menjulur shj Ashraf nih..xpela Ashraf..slow3 lah kan..asal anak ibu sihat..itu shj harapanku..ashraf pandai tepuk amai3..pandai angkat tangan bila orang panggil nama dy..dan pandai mengajuk apa yg org buat..org jerit dy pun ikt sama..alhamdulillah atas pencapaian Ashraf itu..bu doakan Ashraf terus membesar dengan sihat..aaaminnnn...

TAK SANGKA



bismillah dan hai! 



dah kenapa tajuk tak sangka tuh? mesti lah tak sangka sebab dah lama tak ada keinginan untuk berblogging sebenarnya..sekadar meluahkan apa yang dirasa seolah tak cukup..dah lama tak berkongsi dengan semua hasil Bahan Bantu Mengajar yang ros buat sendiri untuk anak murid.. tak kurang juga scan dari buku...lmaklumlah matlamat utama adalah untuk KEMENJADIAN MURID dan of course, kita kan dah target nak buat PdP yang terbaik dalam tahun 2018 ini..harap tercapai dengaan jayanya..apa yang pasti segal aktiviti untuk Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dirancng dengan sistematik..barulah CAYALAH SAMA KAU ROS! 😀😀😀

ada juga sedikit bahan dari blog lama yang boleh dimanfaatkan..mungkin menjadi contoh kepada semua...maka, pergilah tekan LINK INI

⇓⇓⇓⇓


https://bbmbahasarabsekolahrendah.blogspot.my/

semoga bermanfaat! akan kongsikan lebih banyak lagi pada semua nanti..laptop duk rosak guna laptop somi...nnt kita perbaik laptop sendiri ye..sebab senang nak upload..bahan semua dalam laptop kami..


ok bai

Saturday, January 13, 2018

KESIBUKAN DI SEKOLAH

ASSALAMUALAIKUM WBT

benda yg lepas jangan dikenang..memang tak mau nak kenang dan fikir. lebih lagi bila satu masa kita akan stress pula dengan kerja di sekolah..tambahan pula dengan tugasan sebagai seorang ML..berat rasa..tapi tak pa lah..belum cuba belum tahu. tak belajar tak dapat lah ilmu..

ini semua gambar minggu lepas hari RABU..ibu ada kokurikulum di sekolah..sebagai seorang naib setiausaha kokurikulum, pembantu kepada kak Amnah seorang yg berwibawa itu..hanya aku je yg tak berapa nak wibawa sgt..aku memang dr zaman belajar slow sket nak serap ilmu..tapi apa sekalipun aku suka mencuba dan buat selagi boleh buat..sehinggalah dilantik sebagai Middle Leader minggu yg lalu..risau fokus terhadap PdP hilang..sangat risau bila murid aku abaikan..ya allah..permudahkanlah buatku untuk menghadapi tahun 2018 yg aku rasa penuh dengan cabaran ini...

target tahun ini..

- rph sempurna
- pdp terbaik
- ml yg baik dan tak durhaka 😝
- bbm dan lembaran kerja sentiasa ada
- sentiasa jujur dan amanah seiring sekolah amanah..👍

insyaallah...😘

Thursday, January 11, 2018

R A S A

bismillah

Assalamualaikum..

sekadar nak berkongsi rasa yang ADA..

dalam hidup ini, tak semua boleh hadham apa yang kita rasa..diri sendiri pun sukar nak hadham..apatah lagi orang lain yg tak merasa..kadang kala orang lihat kita gembira..bila masa la orang tu sedih..nampak gumbira..happy..senyummmm aje..dah takkan nak menangis depan orang...nangis dalam hati jela..bila diluah pada yg sepatutnya pun buat tak dengar aje..

benda yg melibatkan hati ni memang sukar sekali kan..serius dah lama tak rasa sedih macam ni..semalam tahap sakit kepala berat sangat..rasa macam ada batu diikat keliling kepala..ditambah pula ada tetamu..memang rasa nak marahhhh je..boleh jadi akan bertukar hulk bila marah..dah lewat malam pun tetamu tak ada rasa nak balik..lagi rasa nak marah..sedia maklum tetamu bawa rahmat..tapi kalau tak faham situasi kita yg penat bekerja pun tak boleh jadi juga...😭😭😭

rasa sakit dada seolah kena serangan jantung tu datang kembali..sakit yg bersangatan..kadang duk fikir..nak mati dah ka..selalu fikir anxiety datang balik agaknye ni..xapa lah..ujian supaya sentiasa beringat..kadang degil juga dak ros ni..orang kalau tgk aku mesti igt aku baik sgt kot..tapi hakikat aku manusia biasa yg punya rasa nak marah...nak hangin satu badan mak ko ijau..nak campak barang..nak tumbok orang...haaaa..ni yg aku rasa semalam..bukan pasal kerja pun..pasal RASA yg dah disimpan lama..rasa sakit...sakit lebih kepada dendam yg aku tak boleh nak lupa bila aku teringatkan arwah..sakit yg aku tanggung dan orang tak nampak dan aku tak pernah cerita pada mak abah aku apa aku lalui selama 9bulan anak syurgaku dlm kandungan..

hanya aku yg tahu RASA itu..dan orang yg buat aku tu pulak seolah merampas kebahagiaan aku sekali lagi...patutnya dia fahammmmmmmm dia pernah buat aku sakit..

aku harap, sesiapa yg baca ni..doakan aku kuat hadapi segala kemungkinan yg bakal berlaku..sekian

Tuesday, January 2, 2018

Hari Pertamaku di Tahun 2018

salam semuaaaaa..

tak pernah rasa mcm penat sgttt..hari ini rasa macam marathon 1 sekolah..dengan bercucuran peluh di badan..bau tu mmg tak tau lahhhh nak kata..abaikan saja..

dari awal datang sekolah, masuk je pagar sekolah rasa macam ada benda yg tak selesai..rupanya gb dan gpk petang dah siap sediaaaaa di dataran..dak ros boleh pi makan dulu..hahahha..nampak tak teruk sgt laparnya ibuuu..dengan tawaran untuk menjadi ML lagi..masih belum dipertimbangkan oleh dak ros..moga allah mudahkan urusanku nanti...

ikutkan hati tak mau..tapi...PENGALAMAN itu sukar untuk dibeli..tunggu gb panggil lagi sekali untuk confirmkan..insyaallah..all is well..💪