Thursday, January 12, 2017
Dua Hari Yang Menginsafkan
Sunday, January 8, 2017
Percutian Kami di Pulau Pinang Pulau Mutiara
Day 1
Check in hotel lebih kurang dalam pukul 3 petang. dah lewat, mata mengantuk..tapi incik suami nasihatkan kita ni berjalan sayang..kena nikmati cui-cuti yang ada dengan baik...setelah menunaikan solat jamak, ros dan suami bersiap-siap keluar mencari makanan...lapar tak ketahuan betul dan bersyukur sangat hotel bajet kami tu sangat dekat dengan kedai makan..nak makan dekat restoran berhadapan dengan hotel tak mampu, makanya kami singgah ke depan sikit di Pak Mid Cafe..menunya pun boleh tahan sedapnya...jadi siapa yang nak ke Batu Feringghi ni jangan susah hati..terlalu banyak kedai makan, kedai dobi, kedai urut kaki pun tak kurang juga...memang menyamankan kalau dapat kena urut.
Station Budget Hotel terletak 5 km dari Taman Negara Pulau Pinang di
Batu Ferringhi. Ia mempunyai sebuah restoran dan WiFi percuma di seluruh
premis.
“Lokasi yg stategik, Mesra pelanggan dan berbaloi dengan kadar bayaran..”
Station Gold, Budget Hotel yang kami diami selama 3Hari 2Malam..satu malam hanya RM 126 sahaja. murah ke murahhh? hehe...puas hati la jugak..tapi tandas dia kureng sikit..
Malamnya kami pergi jalan-jalan ke kedai-kedai kecil yang terdapat di tepi jalan. Kalau tengokkan deretan kedai ni dah macam sama dengan Uptown. kami panggil uptown jer..hihi..marah pulak orang Penang kalau baca entry aku ni...
Pilih jangan tak pilihhhhh! abang lanjer...:)
Day 2
Penang Art Street, Georgetown
Poyo sangat muka ibu ros kannn? ahahahha...semalamnya dah beli seluar orang Pulau..jadi hari ini ros pakailah seluar yang telah dibeli..sedap aje pakainya..kainnya pun lembut..longgar..patuh syariat sangat! hihihi
Dah sampai ke Penang Art Street ni, wajiblah kita mengambil gambar disini. Rata-rata pengunjung yang sampai ke sini mesti beratur nak ambil gambar dengan basikal ni..katanya gambar ni fofular! mak tak berapa nak fofular, mak tumpang populariti wall art street ni jah!
Basikal ini kami sewa khas untuk meninjau sekitar Penang Art Street, memang sangat puas hati..laki bini mengayuh, tapi incik suami lah paling banyak berbakti membuat kayuhan, nak suruh mak kayuh kang terberanak mak kat Penang ni kang..hihihi...Sewa hanya RM 10 sahaja. sangat berbaloi untuk masa 1 Jam..andaikata lebih sedikit dari masa kita tak puas lagi bergambar semua tempat..tambah lah RM 10 lagi untuk sejam yang seterusnya...:)
Ais kepal yang femes emes di PAS...:)
Nampak tak muka ibu ros yang kelaparan, dah berjalan seharian...tunggu orang tu pulak solat Jumaat...dah pukul 2 lebih...baru lah dapat makan...
Sedapkan lauk kita...:) ni baru betoi anak pulau! ahaahahah..:) |
Petangnyaaaaaa....
Minum air kelapa...nyaman sangat tekak..ditemani deru ombak...syukurlah...:)
Rojak Buah..
Laksa Penang..Sedappppp Oooo! ditambah pulak dengan daun pudina..rasa macam makan ubat gigi Darlie pun hado!
Keesokannya,
Day 3
Bukit Bendera, Pulau Pinang
yeayyy! kita sekarang berada di Bukit Bendera...Alhamdulillah suami ros beli tiket online..kalau datang lewat, dan baru nak beli tiket.korang tengoklah macamana hara nya nak beratur dengan ramai orang lagi..boleh datang anxiety aku..ahahah..
gayatttt betul naik Bukit Bendera ni...sampai je puncak menggigil rasa kaki..ketorrr!
gambar ni best! thanks abang..:)
Alhamdulillah, sekian sahaja cerita kita untuk hari ketiga..kalau larat korang singgah lah bergambar di Hard Rock Hotel,.nak duduk sini mak tak mampu nak! mahaiiiii! hotel ajet3 aje yg mampu..:')
Amik se gambo kenangan...
kurang-kurang ade lah jugak kenangan dengan HR ni kan...suami ros lah yg berkenan sangat..dia kata ada rezeki lebih lepas ni kita check in sini pulak ye? insyaAllah bang jam!
Tuesday, January 3, 2017
Hari Pertamaku di Sekolah
apa yang nak berubahnya...hihihi.baadan ajelah yg semakin naik....syukurlah atas segala nikmat sihat yang Allah berikan..Alhamdulillah kerana masih dapat bertemu dengan tahun baru 2017...
Selamat bertugas buat semua rakan-rakan baik yang guru, pensyarah, pekebun, pemandu, doktor dan sebagainya...semoga kita semua terus amanah! 😉😉😉
Subscribe to:
Posts (Atom)