Tuesday, October 20, 2015

Anxiety Disorder?

 
 
bismillah
 
Alhamdulillah atas kurniaan nafas buat ibu dalam hari-hari yang ibu lalui sehingga ke hari ini...syukur sangat ibu rasakan kerana ibu masih hidup dan merasai nikmat kasih sayang dari Allah...terima kasih Allah..
 
Humaira', sesungguhnya ibu rinduuuuuuuuuuuuuuuuu sangat3 dekat anak ibu...rindu sgt3...terlalu rindu..
 
setelah  kehilangan awak, ibu menghidap gastrik yang teruk serta angin dalam badan...ibu sangat berterima kasih dekat wan dan nenek yang dh jaga ibu...diorang sangat prihatin terhadap kesihatan kita berdua kan sayang? tapi ibu je yang degil..ibu tak jaga makan..ibu langgar pantang yang mana sepatutnya ibu duduk sahaja dirumah seperti ibu-ibu lain yang berpantang...tapi mana mungkin ibu boleh melakukan yang sedemikian...ibu perlu tengok anak ibu...setiap malam ibu diredakan oleeh walid...

Abang, anak kita abang...anak kita tinggal sorang-sorang kat hospital tu....ibu sebak...ibu menangis melalak-lalak...walid yang selalu tenangkan ibu...
walid kata, allah uji sebab allah sayangkan ibu...walid lah yang rajin tenteraamkan ibu nak..

pada hari awak tinggalkan ibu, ibu dapat panick attack..teruk sangat waktu tu...lepas cium aawak untuk kali terakhir, ibu menggigil, dada berdebar, ibu sesak nafas..sesak nafas teruk smpi ibu fikir...ya Allah, adakah kau ingin mengambil nyawa ku sekali? untuk bersama-sama dengaan anak syurga ibu tu...ibu diselubungi ketakutan yang amat sangat...ibu tahu yang ibu tak kuat seperti awak dan apa yang ibu fikirkan adalah....amalan ibu yang terlalu sedikit...yer, ibu ketakutan...takut dan risau tak tentu arah...hari-hari yang ibu lalui penuh dengan kedukaan...ibu berjalan seperti tidak memijak tanah yang rata..ibu huyung hayang, dada ibu sentiasa berdebar dan ibu kerap sesak nafas...ibu sentiasa berfikir..kenapa dengan ibu ni? ibu ade penyakit kronik agaknye...ssehinggalah ibu fikir...ibu tak boleh terus begini...ibu kena buat rawatan...

selepas beberapa hari kehilangan awak, ibu ambil inisiatif untuk terus mengajar...ibu cancel cuti ibu yang masih berbaki sebulan dan ibu terus masuk mengajar..ibu ikut walid balik Bandar Sunway...pada malam ibu sampai rumah baru yang tak sempat ibu tunjukkan betapa syurganya kita tinggal bersama-sama..tapi SYURGA ALLAH itu lebih laayak untukmu anakku...pada malam itu, suhu badan ibu paanas sangat...ibu tak lalu nak makan..perut ibu terlalu sakit...dan malam itu juga ibu dan walid keluar dan kami terus ke Klinik Bunga Raya..bila masuk je bilik doktor, ibu luahkan segala yang terpendam..ibu ceritakan juga kisah awak nak...doktor turut beersimpati...doktor kata ibu gastrik..perut ibu pun kembung dan doktor kata...dari apa yang ibu ceritakaan ibu mengalami anxiety...dada ibu terlalu sakit seperti dicucuk3 dengan benda yang tajam...ibu terfikir...adakah ibu sakit jantung? yer, ibu lemah selemah-lemahnya bila awak tak de sayang...itu sebenarnya simptom dari simptom anxiety...kebimbangan dan kerisauan yang terlampau...

selepas dari itu, ibu memang selalu fikir yang ibu ade sakit kronik...selang beberapa hari ibu ajak wwalid pergi cek ECG..dan akhirnya hasil ECG menunjukkan normal..kali ni ibu ajak walid ke Klinik Mediviron di Sunway..ddoktor cakap, awak ni terlalu sstress ni...doktor bagilah ubat apa pun....ibu bukan makan...walid pun mmg dh maklum ibu ni degil..jenis yang tak nak makan ubat..habis beratus semata-mata ddengan satu simptom yang ibu lalui ini memang memeritkan...ibu kesiankan walid...walid ssangat sabar dengan ibu...hanya walid yang memahami ibu..di kala itu nak...

hari-hari ibu ke sekolah dalam keadaan pening dan berjalan seperti bukan di dunia yang nyata...ibu takut nak tinggal sorang-sorang..sebab kadang kala ibu rasa nak pitam dan rasa nak jatuh...ibu risaukan sgt kesihatan ibu...waktu dalam paantang ibu tak jaga makan ibu...inilah akibatnya...huhuhu...

ibu tak sangka penangan gastrik sampai mcm ni sekali yang boleh menimbulkan anxiety...ibu banyak search tentang anxiety dan sehinggalah ibu menemukan satu Group di Facebook iaitu Anxiety Disorder Malaysian Community..(ADMC) 

Alhamdulillah, ibu bersyukur yang ibu jumpa tempat yang sepatutnya ibu rujuk...dan selepas ibu kena penyakit yang tak ibu ingini ini, ibu banyak mengadu pada Allah..ibu kerap selak alqurran, sseusai solat yang pastinya dan ibu juga bangun tahajjud malam, kadang kala terlepas juga...kadang walid yang kejutkan..alhamdulillah...macam pagi tadi, walid sakit perut...terus kami bangun tahajjud sama-sama..indahkan bila ade AD ni..sebab ibu amalkan Apple Cider..ibu minum ok je..walid punye perut tak tahan..makanya, allah kejutkan untuk bangun tahajjud...Allah rindu nak dengar rintihan dari b=ibu dan walid nak...
 
Humaira', ibu juga buat rawatan dengaan Klinik Dr. Fauziah di Melaka...tapi skrg ibu dah stop nak buat rawatan kat situ...insyaAllah nanti ibu continue...yang sepatutnya ibu rujuk adalah Psy...tapi disebabkan gastrik ni ibu kena confirmkan dahulu yang ibu ni kena GERD jugak ke? kena buat endosskop..sebab ada yang cakap gerd ni membuatkan anxiety..oencetus pada anxiety dan ada yang kata anxiety pencetus kepada Gerd...apa-apapun..otak dan perut saling beerhubung...asid urik ibu tinggi..manakan tidak, ibu terlalu stress memikirkan masa depan awak nak...Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk ibu dan walid..dan ibu terima itu...dengan ikhlas hati serta redha insyaAllah...

nak tahu tak? macam biase kalau sakit dada teramat ibu ajak walid gi PPUM, stakat ni dah dua kali walid teman ibu ke PPUM...untuk yang kedua punya rawatan tu ibu sakit dada teruk...dan waktu tu ibu duk rumah sorang-sorang rasa macam nak pitam..agak teruk juga penangan Anxiety Disorder (AD) ni kan sayang? walid half day dan bawak ibu ke PPUM...doktor tu lembut je nak..baik sgt...ibu buat kali keduanya buat ECG and the result come back with NORMAL...yer, mgkin muscle twitching sahaja...dan buatkan ibu sakit dada yg teruk..sekarang alhamdulillah semua simptom yang ade ibu rasakan dengan penuh sensasi...ceh...ibu dah lali...kadang kala ibu down juga...bak kata si comel Kholah kamu tu..Cik Aqqilah Wardah, sometimes ade ups and down...

ok, bila ibu dah join grup admc tu...baru ibu tahu..rupa-rupanya ramai sangat rakyat di Malaysia ni yang mengalami pengaalaman serupa dengan ibu..tak krang juga ddengan simptom yang sama...sakit dada, sesak nafas, pening, jalan huyung hayang, rasa nak pitam, fikir dah nak M...macam-macam lagi...ibu tak rasa stress bila berada di sekolah, tu ssebab ibu selalu datang awal ke sekolah..apa-apa jadi kat ibu orang tahu..orang ada dan orang boleh bantu..if ibu sorg di rumah...perasaan ibu celaru...tu la pasal ibu buat kerja di sekolah..siapkan apa yang patut..tak la ibu ingat sangat dekat ssi comel ibu...rindu kamu nak! 

Alhamdulillah sekarang ibu dah boleh bersosial sikit, kalau mcm sebelum ni..ib u pi Mydin sekejaap je ibu daah ckp kat walid yang ibu nak balik, ibu ngn walid maakan kat luar pun, kejaap je ibu cakap..dah jom balik! walid pun ikut je sebab walid faham...skrg jaalan lama sikit okey la..walaupun Panick Attack tu nak mendatangi ibu....

ibu bersyukur sgt, dengan adanya perkongsian dengan kawan-kawan yang hadapi masalah yang sama dengan ibu ni...ibu punya simptom berkurang dan tak kata ibu sihat 100%...tapi ibu hanya menghayati kedatangan AD dan menyambut baik dengan merasai sahaja ssegala kemungkinan yang ada..ibu juga banyak membaca...dan ibu sibukkan diri ibu dengan mewarna buku secret garden

 
satu terapi buat ibu...alhamdulillah...pastu ssibuk la walid awak tu nak jugak beli kanvas bagai..dy plak yg lelebih...hihihihi...walid pandai..buat khat..cantik plak tu..

untuk semua kawan-kawan yang menghidap Anxiety Disorder ni, jom sama-sama kita ke arah penyembuhan...redha dan terima bahawa kita adalah sangat istimewa...Allah kurniakan sakit ni untuk kita lebih dekat dengan dia dan selalu mengingati kematian..

korang juga boleh beli buku ni kat Popular atau MPH...ini bukunya..kat bawah ni

....
..
.

 
 
dalam versi Bahasa Melayu..sangat bermanfaat...
 
yang paling best quotes Omar Khayyam yang pasti teringat-ingat dalam kepala ibu ni..
 
Lakukanlah yang terbaik selagi mampu,
Sebelum kita turun menjadi debu,
Debu ke dalam debu, dan di bawah debu, terbaring,
tiada anggur, tiada lagu, tiada penyanyi,
Dan tiada akhir!
 
sangat memberikan semangat baru pada ibu nak! :) 
 
doakan ibu kuat dan tabah tau sayang ibu...ibu sayang awak dunia dan akhirat...insyaAllah...:)