Tuesday, August 28, 2012

Perjalanan 3 Solehah

TENTU penonton masih mengingati program realiti pertama terbitan TV AlHijrah, Solehah, yang bermatlamat membangunkan ummah dengan pencarian pendakwah wanita yang mampu menjadi ikon muslimah pada masa kini.
Ketika program itu berlangsung, pada setiap minggu peserta Solehah diuji dengan pelbagai tugasan bagi melatih keupayaan mereka merungkai masalah ummah melalui lontaran idea yang bernas serta kepetahan dalam menyampaikan sesuatu ilmu. Mereka juga berkebolehan mendekati masyarakat dalam mempromosikan dakwah yang segar dan santai kepada masyarakat.
Justeru dengan kejayaan program itu, TV AlHijrah menerbitkan program susulan bagi meneruskan perjalanan dakwah personaliti Solehah yang dinamakan Perjalanan 3 Solehah.

Ia akan bersiaran mulai 28 Mei ini, setiap Isnin, jam 9 malam. Program 3 Solehah dikendalikan finalis Solehah iaitu Amie Sofia Ahmad, Nurul Eswani Syafazlin dan Wan Nor Mazuani. Mereka bertiga dipilih kerana dilihat mampu mengete–ngahkan kekuatan masing-masing dalam menjadi pengembara Solehah bagi menyampaikan mesej dakwah secara santai dan berkesan.



Program berbentuk travelog dakwah yang bersiaran selama 30 minit ini bakal membawa penonton menyingkap sejarah silam ulama Islam tanah air yang juga dikenali sebagai Tujuh Wali Melayu seperti As Sayid Habib Nuh, Tuan Hussein Kedah Al Banjari, Asy Syeikh Muhammad Said Al Linggi dan Tuk Kenali di samping mengenal salah silah peribadi ulama terulung tempatan. Ia memfokuskan kepada penekanan konsep dakwah bil hikmah, kebajikan sesama masyarakat, pelancongan dan juga merung–kai sejarah ulama terkemuka. Travelog kembara dakwah ini mendapat sentuhan dan idea daripada penerbit, Tengku Muhammad Ismail Tengku Ibrahim.


Pengembara Solehah juga akan ke tempat pelancongan menarik termasuk ke Kedah, Pahang, Kelantan dan Terengganu untuk memperkenalkan tradisi adat serta budaya masyarakat di sesuatu tempat melalui jenis makanan serta adat yang diamalkan berlandaskan syariat Islam.

Pengembara solehah akan bersama-sama menyertai aktiviti kemasyarakatan bersama penduduk kampung menjalankan program seperti majlis Maulidur Rasul, tahlil, kenduri, serta aktiviti gotong-royong bersama penduduk setempat dan memahami perbezaan budaya masyarakat berbilang bangsa di Malaysia.

Penonton juga berpeluang mengikuti pengalaman kembara bersama personaliti Solehah ke Makkah dan Madinah.


artikel dari myMetro
oleh: Nor Akmar Samudin


Monday, August 27, 2012

syukur atas rezeki yang Allah beri..:)

Assalamualaikum, ade sesiapa tak yang tengok Perjalanan 3 Solehah tadi? hanya di TV Al-Hijrah, Segalanya Bermula Disini..:) TV ape tu? tak pernah dengar pon? amboiiiiiii! Ustaz Don Daniyal Biyajid kenai dak? haaaa..yang 30 Minit Ustaz Don tu di TV Al-Hijrah tu laaa~ 

selesai sudah tayangan umrah ziarah di Mekah dan Madinah..terasa rindu pula, patutlah tiba-tiba semalam dpt message dari Paijah Darman selaku pembantu penerbit..katanya nak bayar payment untuk Perjalanan 3 Solehah tu..syukur ya ALLAH..rezekiiiii~ orang buang duit di hari raya, hehe..kita masyuk duit di hari raya nih..alhamdulillah..:) 

modal untuk beli jubah juga dah dapat pulangan balik..alhamdulillah, dan nanti ddapat duit kutu pula..sekurang-kurangnya duit-duit tu semua boleh buat simpanan..lega rasa! :) 

jangan jeleshhh tau..

kalau nak kenalah usaha..man jadda wa jada, man zaro'a hasoda..:) carik sendiri maksudnyer ye? :) 

selesai..:)

bai ! <3

Saturday, August 25, 2012

Selamat Hari Raya AidilFitri 2012..:)

Assalamualikum wbt..

alhamdulillah akhirnya dapat jugak luangkan masa untuk post satu entry raya setelah sekian lama tak post sesuatu di dada blog ini..:) lama sangat dah ros tinggalkan blog tanpa khabar berita kan? sampaikan ade yang mencemar duli di shoutbox..adoiiiyyaii..kenapalah ada manusia yang macam tu kan..sungguh tak patut..ros sendiri dah lama sangat tak on blog ni..:) ni lah hari pertama berkesempatan menjenguk blog..hamdan lillah..:)

di kesempatan ini, pada tahun 2012 ni, dan dalam bulan baik ini, ros nak mengucapkan Eid Mubarak untuk semua sahabat-sahabat blogger, mintak maaf jika ada salah dan silap ye..tak kiralah pada yang membaca blog ini sebelum ini atau sesiapa sahaja yang pernah melintasi blog ini..semoga Syawal ini memberikan kita seribu satu rasa..:) yelah, setelah sebulan berpuasa kan? :)

Taqabbalallahu minna wa minkum..:) 
minal aidil wal faizin wa maQbulinnn..:) insyaAllah..

berhati-hati di jalan raya!
makan biar beerpada-pada!
senyum selalu ^^,