Saturday, April 14, 2012

Kalau Satu Mampu, Kalau Lebih Satu...



Sidang teh tarik kami tengah malam semalam dihangatkan dengan pengakuan seorang rakan: "Aku dah berkali-kali cuba bagi tau isteri aku yang aku ni ada 'girlfriend' tapi dia buat tak tau, dia buat dhek aje!"

"Akikkk? Macam mana tu? Betui ka dia buat tak tau? Kalau betui, petua apa yang hang pakai? Boleh hang tolong ajar kami?" sambut seorang rakan dengan nada yang sangat teruja.

Kawan yang peitama itu berkata: "Soal aku sayang perempuan lain ni, tiap-tiap hari aku bagi tau dia. Setiap kali berSMS, dia akan bagi tau aku, Iluv U. Akupun balas I luv U2, Aku tak tulis “too tapi sengaja tulis ‘2' supaya dia faham yang aku sudahpun menduakan dia.

Tapi itulah yang aku hairan, dia boleh buat tak tahu sedangkan aku sudah pun berterus terang, selain dia, ada lagi perempuan yang aku sayang.

Kami semua ‘bantai' ketawa mendengar pengakuan rakan saya itu. Saya sendiri tidak tahu nak kata apa, melainkan hanya ketawa.

Saya kurang pasti sama ada rakan saya itu cuba berhelah dengan isterinya, ataupun berterus terang dengan isterinya. Dan lagi, kami turut menyangka dia berkata benar apabila memberitahu isterinya tidak kisah atau buat tidak tahu dengan apa yang dia beritahu

“Hang jangan dok syok sendiri la, bro! Kalau hang betul-betul berani, hang cakap terus terang dengan bini hang, aku nak tengok," kata saya, sengaja mencabar.

Apa yang dikisahkan oleh rakan saya, itu adalah helah berbahasa semata-mata. Helah berbahasa tidak ada kena mengena dengan soal berani ataupun sikap jujur dan mahu berterus terang.

Helah berbahasa bagaimanapun tidak boleh dianggap sebagai bohong. Apa yang penting ialah bagi pihak yang menerima mesej itu, sama ada dapat atau tidak ‘menangkap' apa yang mahu disampaikan.

Setelah reda sedikit ketawa kami mendengar cerita rakan itu, seorang lagi rakan pula ambil alih sidang dengan cerita apa yang berlaku antara dia dengan, isterinya.

Menurut kawan yang kedua itu, pada suatu petang, tatkala dia dan isterinya duduk menghadap cawan teh dan pisang goreng, datang mood dia hendak bergurau ‘kasar’ dengan isterinya.

Maka, dia pun bĂ©rkata: “Orang lelaki, kaiau hanya ada satu isteri, sebenarnya masih tak cukup syarat!"

“Tak cukup syarat? Apa pasal pulak?" tanya si isteri terpinga-pinga.

Menyedari pancingnya sudah mengena, kawan saya itu menyambung: “Memanglah tak cukup syarat. Nama pun is three, mestilah tiga. Kalau is one baru satu, is two masih tak cukup. Hanya is three baru cukup."

Yakin hujahnya itu masih boleh dilanjutkan untuk menyampaikan maksudnya yang sebenar - kerana apa yang saya tahu, dia sememangnya berhajat malah sudah ada calon pun yang memungggu - kawan saya itu tidak dapat menahanketawa kerana berasa dirinya sudah menang dalam pusingan yang pertama itu.

Namun dia tidak sedan isterinya itu sebenarnya jauh lebih bijak.

“Ok, abang tahu bahasa Inggeriskan? Dalam grammar (tata bahasa) bahasa Inggeris, ada singular (tunggal), ada plural (lebih daripada satu). Kalau singular macam mana abang, apa beza singular dengan plural?"

Maka dijawab oleh si suami dengan penuh yakin, “Kalau singular, tak ada ‘s'. Kalau plural, ada ‘s'."

"Ok, pandai pun abang ingatkan dah lupa."

Maka tersengih-sengihlah si suami - sebagaimana yang diakuinya kepada kami - mendengar pujian itu.

Berkata pula si isteri: “Sekarang abang ada berapa isteri?"

“Satu!"

“Abang mampu atau tidak?"

“Mampu apa? Sara awak? Tentulah mampu. Ada awak rasa tak cukup apa-apa lagi?”

“Tidaklahl Saya tanya abang mampu atau tidak? Maknanya abang mampulah ye?"

"Ye, abang mampu!"

"Ok, sekarang isteri abang ada berapa?" tanya isterinya lagi.

“Tanya lagi... satulah," jawab si suami.

“Ok, satu, mampu tidak ada ‘s' kan? Kalau lebih daripada satu?"

"Alamak! MAMPUS!"

Monday, April 2, 2012

jangan kau rayu pada yang tak sudi..

salam..

diberi kesempatan untuk kesekian kalinya mengupdate blog..dalam keadaan dan juga suasana yang agak tertekan...ibarat pedang menghunus di leher..;) eccehhhhh! tapi memang serius neh! macam-macam duk fikir dalam kepala otak den  ni ha...dengan umrahnya..dengan studentnya lagi..semua-semua lahhhh ros fikirkan..sedih jugak sebab dah buat keputusan untuk berhenti dari SARAN..demi kebaikan semua pihak..emak..abah..

macam-macam yang berlaku dalam hidup ros..dan banyak ros tak kongsikan berbanding dulu..terlalu private untuk dikongsikan..biar ianya tersemat dan tersimpan rapi didalammm..bengkak ke? tak jugak la;) hihi:D pasal bomoh membomoh ke? haha....:P tidak lahhhh! malas la nak kabar..biar Allah yang maha kuasa membalas segalanya..kejahatan..keburukkan yang bakal ros lalui..semuanya KERJA ALLAH..;)

usah dirayu pada yang tak sudi..nape tiba-tiba jek entry seperti dan seakan-akan sedih dan sememangnya ros sedang bersedih...:( 
terkenangkan adik-adik aka student ros yang masing-masing mengatakan bahawa setiap tahun 2 -4 orang berganti guru kat sekolah..kesian sgt dengan adik-adik ni semua..merayu-rayu pada ros supaya jangan berhenti..

tapi adik-adik..ustazah terpaksa tinggalkan kamu semua..atas sebab-sebab tertentu..jangan risau ye..ustazah cuba untuk cari alternatif supaya kite semua dapat berhubung dan dapat berjumpa..:)

sayang kalian..<3

Sunday, April 1, 2012

dah lame tak bukak akaun nuffnang..ape cer?

Assalamualaikum semua kawan-kawan blogger sahabat handai yang sudi menjenguk belog ros yang dah tak kuasa dah ros nak update (amboi ayat!) hehe...;) 

bukanlah tak kuasa..tapi tak ade mase..mase habis dengan program kat sekolah..terlalu banyak kelas tambahan dan tak kurang juga ros mengajar tuisyen untuk adik-adik sekolah menengah kebangsaan yang add subject Bahasa Arab Tinggi dan Syariah Islamiyah dan juga Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah..

masa terlalu cepat berlalu sehingga ros masih tak habis fikir yang mana satu aulawiyyat yang perlu ros teruskan dan mulakan..
terlalu rushing rasanya..
satu persatu berlalu..
meninggalkan kenangan pahit dan juga manis dan ada juga yang luka mendalam dengan keputusan yang agak tergesa-gesa macam ni..

terkilan

rasa terkilan bila tak dapat nak join program dekat Masjid Chinchin di Gombak pada minggu hadapan..
jika diikutkan, ros kena bagi ceramah..tapi ini semua kerja Allah..yelah kan..bak kata mudirah SARAN..tak boleh nak pergi mana sebab ade Kem Kepimpinan untuk pengawas-pengawas dan juga ketua kelas dan penolong..what can i sayyyyyy? hanya redha sahaja..dan program Karnival Masjid dihatiku tu akan digantikan dengan orang yang lebih baik lagi dari ros iaitu adik Shazni..syukran dik!;) 

Umrah bersama Solehah

Tanggal 15 April ini kami kesemua SOLEHAH bakal menghadiri kursus untuk umrah di TV Al-Hijrah sendiri...segannyer nak ke sana! ;P 
insyaAllah pada sebelah petangnya jam 2:30PM..nasib baik 2:30PM...kira boleh lah ros nak gerak dari KTM Rawang nanti..hihi:D 
dan bersyukur juga tarikh tersebut adalah pada hari ahad...wow! boleh berjimba-jimba sensorang dekat memaneeeee~:P

tak sabar rasa nak pergi menunaikan umrah..moga Allah permudahkan..amal tak cukup lagi ni..sedih pulak rasa..huhu..:(

hati batu

hati menjadi keras seolah-olah batu..tak tahu kenapa rasa macam kosong dan dah lali dengan ape yang si dia lakukan..haishhhh..kenapalah hidup ros macam ni kan?
macam-macam kisah..al-kisahhhhh..sekarang dah tak de hati dekat siapa2..
camne ni?
bergantung harap pada Allah..
hanya mampu tawakkal..
ada jodoh..ade la..hehe;) 

esok dah start mengajar balikkkk! tak sabar nak habiskan bulan 4 ni..moga bulan 5 nanti hidup lebih barakah! amin3 ya rabbb!:)

nuffnang

entry sebenar nak cter sikit jek..dah lame sgt ros tak bukak nuffnang ros..ntah berapa kerat jek pendapatan nak dibandingkan dengan orang lain..;) heeeee:D 

k, bye..slm~