Program Menggilaap Permata Ayahbonda.
Alhamdulillah, selesai sudah Program Menggilap Permata Ayahbonda yang telah dijalankan di sekolah pagi tadi..sambutan daripada ibu bapa ssangat-sangat menggalakkan..mereka bersama-sama berkongsi meklumat, pengalaman dan cadangan demi anak-anak yang disayangi..program sebegini memang sangat bagus untuk adik-adik tahun 6 yang ingin mengambil UPSR..dan keterbukaan ibubapa menerima kekuatan dan kelemahan anak-anak mereka adalah satu perkara yang sangat membanggakan..beersama-sama ibubapa dan guru-guru bagi mencorakkan keputusan yang terbaik dalam setiap ujian penilaian yang telah diambil oleh adik-adik tahun 6..
cadangan bagi menaikkan SKALA MARKAH bagi pelajara tahun 6 adalah sesuatu yang bagus kerana biarpun skala sebenar untuk murid-murrid lulus sememangnya rendah, tapi bila skala dinaikkan, secara automatik pelajar-pelajar cuba untuk meningkatkan taraf prestasi mereka dala pelajaran...:)
semoga dengan program seperti ini dapat membuka minda dan seterusnya memberikan keinsafan lepada semua murid-murid tahun 6 agar mereka berusaha dengan lebih gigih lagi untuk mendapatkan 5A dalam UPSR..
lebih-lebih lagi mereka kesemuanya teelah pun membuat "AKU JANJI" dihadapan ibubapa mereka bersaksikan guru-guru kelas yang ada didalam kelas tadi..pentadbir juga turut serta hadir bersama ketika program dijalankan..bagi ros, ini adalah satu usaha sekolah bersama-sama ibu bapa dalam memastikan anak-anak mereka mendapat yang terbaik dalam UPSR..
Cikgu Rohaidee selaku guru Sains di SKBB sangat bertungkus lumus didalam memberi penerangan bagi murid-murd untuk meningkatkan tahap kecemerlangan mereka di dalam subjek Sains..tambahan pula, anak beliau merupakan seorang pelajar cemerlang UPSR di Melaka ..tahniah diucapkan kepada cikgu..semoga kerja kuat cikgu-cikgu tahun 6 akan mencambahkan hasil yang baik buat semua pelajar tahun 6 seluruhnya insyaAllah..:)
*ros turut menitiskan airmata ketika mereka sedang melafaazkan "AKU JANJI".
semoga adik-adik tahun 6 pada tahun ini akan terus cemerlang dunia dan akhirat..:)
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih!