TIPS: Spa Bahan Semulajadi.
okey, siapa yang rasa nak buka spa tu, ini adalah langkah pertama bagi anda! *berangannnnnn lah ros..:P
tidak..tidak..ros nak kongsi dari bacaan ros tentang bahan-bahan semulajadi yang boleh kita gunakan untuk kecantikan diri kita...
jom semak, ada tak bahan-bahan semulajadi ini di rumah anda?
Berikut adalah beberapa bahan spa smeulajadi yang boleh dicuba oleh anda:
1- Kunyit. Kunyit bermanfaat sebagai anti oksidan, anti septik, anti bakteria, anti kulat dan juga anti alahan. Ia dapat menghilangkan gatal-gatal di kulit dan berfungsi sebagai perangsang agar peredaran darah menjadi lancar.
2- Halia. Bermanfaat untuk menghaluskan kulit, merawat tisu kulit yang mengalami iritasi, sebagai ani septik, menyingkirkan bau badan, dan membantu menghilangkan rasa penat.
3- Kopi. Sebagai pembuang racun, menghilangkan bekas gigitan nyamuk, melancarkan peredran darah, dan memperbaiki metabolisme kulit sehingga kulit menjadi lebih sihat.
4- Teh Hijau, Teh hijau bermanfaat sebagai anti oksidan.
5- Coklat. Sebagai zat anti penuaan awal kerana coklat mengandungi anti oksidan yang mampu melawan sel-sel yang rosak.
Semoga bermanfaat buat semua..! :)
*sangat banyak bahan semula jadi yang diboleh pakai untuk tujuan kecantikan selain dari bahan-bahan diatas..apa dia ye? jangan lupa kongsikan di komen! :) terima kasih...:)
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih!