Friday, May 15, 2015

Doa Ibu.

Hari-hari ibu doakan awak anak syurga..agar awak sedar..ibu rindu awak..ibu nak sangat peluk awak...cium awak..kita balik rumah ye lepas ni..insyaallah..nnt ibu akan jaga awak..sepenuhnya...ibu akan buat terapi untuk awak...ibu hanya mampu luahkan dekat laman bisu ni jer..ibu nak sekali kongsi di facebook...tapi ibu yakin..pasti ramai yg akan bertanyakan pada ibu itu dan ini yang mungkin bisa buatkan ibu sedih...ibu tak mampu syg...ibu mohon pada Allah agar awak sedar...ibu nak awk bangun...peluk ibu...insyaallah...ibu yakin anak ibu tu kuat...ibu nak awak sihat sentiasa..ibu dan walid akan bantu awak...insyaallah...

Untuk awak A'isyah Humaira' yang kental dan tabah...ibu mengerti sekiranya kamu masih belum bisa buka mata..kerana ibu sgt yakin anak ibu..dalam pejam mu..kau melihat indahnya syurga...:'(

Sungguh ibu sedih tak dapat berikan yang terbaik untuk anak ibu...tapi ibu usaha lakukan semampu ibu...untuk pastikan awak bersama ibu dalam tempoh yang lama...insyaallah...doakan ibu setabah anak ibu yg nurse dan doktor cakap putih mcm snow white tu...

Love u anak syurga ibu...<3 <3 <3

Thursday, May 14, 2015

Bahagia Hati Seorang Ibu.

14 Mei 2015

Rasa macam tergalas tugas seorang ibu hari ini...lebih-lebih lagi ibu sendiri dapat tukarkan pampers awak..hari ni genap 10hari umur awak A'isyah Humaira'...ibu terlalu rindukan awak buatkan ibu hari-hari nak dtg seawal mungkin jenguk anak ibu yang comel tu...ibu sebenarnya tak sabar nak tengok awak celikkan mata...ibu senantiasa doakan awak diberikan kesihatan yg secukupnya..awak ni senang sangat nak dijaga..seronok betul ibu dpt tukar pampers awak...

Eeeee...awak berakkk...awak sambut ibu dengan tahi yer..hehe..takpe..ibu sukeeeee...sebab dapat cuci berak awak tuuuuu..anak syurga yg comellllll..ibu sygggg awak!

Ibu tengok pampers awak makin sikit..ibu terus call nenek..mintak tolong nenek bwkkan pampers untuk awak...ibu tinggalkan awak kejap je nak..ibu datang balik ibu tengok mata awak berair...allah..allah...anak ibu sedih ke ibu tinggalkan kejap? Ni ibu tenung wajah awak yg ayuuuu tu...hehe..syg anak ibu..cepat sihat ye syg ibu...ibu doakan...sentiasaaaa! Insyaallah...

Moga Allah s.w.t panjangkan umur ibu untuk jaga awak selamanya...ibu syg awak..anak syurga...











Anak ibu ngan walid tu kuat..kental..semangat!!! Insyaallah...love u anak ibu..A'isyah Humaira'....

Monday, May 11, 2015

Bernilainya Matamu Anak Syurga.

Setiap kali ibu datang melawat awak di NICU..awak masih dalam keadaan yg sama..saat yang ibu nantikan entahkan bila tiba..ibu nak sangat awak buka mata..semalam 12 Mei..hari ke-9 baru betul-betul ibu boleh dakap awak..dukung awak..cium awak secara dekat..peluk awak...nak jer ibu menyusukan awak nak tapi apakan daya ibu..tiub-tiub dan wayar-wayar yang ada menghalang ibu untuk terus menyusukan awak secara direct..ibu hanya pendam perasaan ibu tatkala melihat ibu-ibu lain menyusukan anak mereka...kadang kala ibu rasa sedih sebab tak dapat nak susukan awak..nak keluarkan pump susu pun ibu jadi segan dan takut..ibu yakin pasti ramai yang akan bertanya..anak mana? Allah..allah...itulah yang ibu rasakan..sedih dan pedih sekali bila dikenangkan...ibu teringin memelukmu anak! Ibu sayang awak A'isyah Humaira'..kamu seindah namamu...walid selalu cakap awak tu comelllll sangat...jeles ibu tau! Sbb walid tak puji ibu..hehe..bila awak dah sihat dan sedar sepenuhnya nnt..mesti ibu ni pun walid tak pandang...kan? Hehe...mohon walid humaira' terasa..tu pun kalau walid baca entry ibu ni...

Biar apa jua kekurangan yang ada pada awak...ibu tetap percaya kuasa Allah..hari ini..13 Mei..genap 10hari awak di NICU..ibu doa pada Allah agar awak segera sedar...buka mata dan senyum meleret pada ibu...

Panjang angan-angan dan harapan ibu kan? Tapi itulah doa dan harapan ibu dan walid agar Allah memberikan A'isyah Humaira' kesembuhan dengan cepat..semoga anak syurga ibu buka mata dengan cepat...

Ibu nak awak tahu..awak tidak pernah sesekali membebankan ibu...9bulan awak dalam perut ibu..kita sama-sama rasakan susah dan senang...ibu harap awak terus kuatkan semangat..moga kekuatan awak membantu awak untuk cepat sedar..bangun dan bangkitlah Humaira'...ibu tunggu saat itu..saat awak buka mata...ibu doakan awk sihat..insyaallah...

Amin ya Allah...Aminnnn ya Rahman...Amin ya Raheem...Amin ya Rabbal 'alamin....

Tuesday, May 5, 2015

Entry Buatmu A'isyah Humaira'

Alhamdulillah..ibu sangat bersyukur dikurniakan seorang zuriat yg bg ibu sgt istimewa..awk lah ciptaan Allah yg terindah buat ibu..awak manisssss sgt..comel..tak jemu ibu pandang awak..

Biarpun jasad ini belum bisa memelukmu..tapi ibu tahu..semangat juangmu kuat wahai anak syurga...ibu akan sentiasa mendoakan awak..insyaallah..cepat bukak mata sayang..ibu rindu sgt kt awak..setiap masa..setiap saat..bahkan setiap detik yang berlalu bagi ibu rasa sangat berat bila awak tak ada di sisi ibu..

Setiap kali igt dekat awak..setiap kali itu juga ibu bersengkang mata memerah susu untuk awak...ada sahaja rezeki buat awak nak..ibu dan walid doakan agar awak cepat sedar...ibu nakkkk sangat peluk cium awak...anak syurga..ibu rindu...ibu mohon Allah berikan awak kekuatan untuk melihat dunia yang indah ini...biarpun hakikatnya dunia ini sementara buat kita..

Berat langkah kaki ibu bila meninggalkan awak...ibu harap..esok awak dah mula buka mata...ibu sayang awak! A'isyah Humaira'..