Thursday, April 18, 2013

Kem Bestari Solat Tahap 1 & Tahap 2 Sekolah Kebangsaan Bukit Beruang Dah Selesai!

Alhamdulillah, segalanya sudah pun selesai pada petang tadi..eyh, apa yang telah sselesai tu? Kem Bestari Solat lah..semalam telah berlangsungnya KBS bagi Tahap 2 dan untuk hari ini pula KBS utk Tahap 1, perghhh..minggu ini memang super duper busy! sedih kot..dengan nak edit kertas kerja lagi..memang lambatlah gamaknya ros tidur malam niiiii..:') 
tadi waktu tengah kemas-kemas kantin sekolah setelah selesai anak-anak eyh, adik-adik tahap satu makan, kak Aisyah aka Setiausaha Program di sekolah bagi satu kertas yang mana ada senarai AJK bertugas pada sabtu ini untuk Program Menggilap Permata Ayahbonda bagi Tahun 2013 ini..ros dilantik sebagai ajk brosur..sorang je kan...jadi roslah kena buat! huhuhu..penat kan jadi cikgu ni sebenarnya? haha..tapi tak apa...insyaAllah...semoga terus beerkobar dan semangat untuk hari esok dan hari-hari yang mendatang..
okey, kembali kepada KBS tadi..untuk KBS kali kedua ni..pengisian dari Penyelaras j-QAF kami adalah bagi Tahap 1 Tahun 1 ialah rukun sembahyang..memang agak sukar nak terangkan kepada adik-adik sebab ros dapat kelas hujung kan..kelas yang budaknya boleh tahan lah perangainya..hehe..tapi kena gertas sikit dengar dah cakap kite..:P actually terpaksa terbuat macam tu...huhu..
bagi tahap 2 semalam, semua adik-adik tu kena baca surah-surah lazim sebagai amalan didalam solat..yelah, takkan nak duk ulang 4Qul sahaja kan? tak pe, suruh depa hafal surah..baca surah panjang dapat pahala lebih sikit..hehe..pahala menghafal dan pahal mengamalkan..:) 
okey, nak sambung buat BROSUR ! insyaAllah nanti ros akan uploadkan hasil kerja ros dekat sini..:) 
hihi :D maaf jika tak seberapa..sebab ni first time ros buat brosur tau! ;) hihi :D