Thursday, February 28, 2013

Rezeki.


Alhamdulillah, tahun ini menjadi permulaan yang baik bagi ros..tadi menerima satu panggilan telefon dari seorang ibu kepada bekas pelajar..meminta untuk diajarkan Subjek Bahasa Arab..pelajar ni dah naik sekolah menengah dan ibunya risau kalau anaknya dibuang sekolah sekiranya subjek bahasa arab gagal..

adik Nashriq Aiman ni bekas pelajar ros dulu..tapi ros sendiri tak peerasan yang mana satu dia ni..nanti nak try search dekat FB...hehehehe..;) tapi kalau tak salah dia ni bagus budaknya dulu...harap nanti ros mengajar dia boleh terima dengan baik, mak dia ade jugak tanya ros macamane dengan bayaran...ros tak kisah pun berapa bayarannya..ikut ikhlas hati dia nak bayar berapa...tak payah lah nak berkira sgt...dah lah ros pun sibuk jugak nanti..risau tak belajar pulak si Nashriq Aiman tu nanti...huhuhu...moga DIA mempermudahkan semuanya...:') 

mungkin start minggu depan, sebab katanya minggu ni ada Karnival PIBG di Dewan Tun Ali, Bukit Katil Melaka.....rabbi yassir wa la tuassir..:)