Wednesday, January 16, 2013

SK Bukit Beruang.


Selamat Datang Ke Sekolah Kebangsaan Bukit Beruang, Sekolah Berprestasi Tinggi Untuk Cemerlang..eccewwwahhh! ;P 

Alhamdulillah, hari ini sudah mula bertugas di SK Bukit Beruang, dekat dengan teempat belajar adik ros di SMK Bukit Baru, syukur dan terima kasih juga diucapkan kepada Ustaz NorHisyam yang telah menempatkan ros disini..:)

Hari ini masih dalam minggu taaruf bagi ros...seawal pagi datang, sama dan seri pula tu dengan kerani sekolah, hamdalah...kerani sekolah juga agak baik melayan ros..dan seterusnya kedatangan guru-guru yang lain..nak cerita yang best ke yang tak best? :P heeeeeeeeeee :D 

terlalu banyak perbezaan yg ada di SK dan SJKC, dah boleh bezakan sebab pengalaman ros di SJKC dan juga seklah yang kedua di SK ni..hari pertama, alhamdulillah okey..hari yang berikutnya wallahu a'llam..jika ada masalah dengan attitude guru tu perkara biasa lah kan, mana-mana pun ada..dengan GENGnyer lagi..tak hairanlah sebab Kak Maria banyak juga bercerita sewaktu ros mula masuk di SJKC sebelum ini..

bagi ros, ros tak nak terlibat langsung dengan perkara yang menegativekan diri ros..baik ros fikirkan yang terbaik iaitu tentang masa akan datang...dengan kena observed lagi, nak prepare file j-QAF lagi, nak buat itu, nak buat ini....macam-macammmmm kan? jadi yang negative tolak ke tepi..anggaplah ianya ADAT dan LUMRAH bagi setiap guru yg mana mereka semua perlu tempuh apabila bergelar GURU..:) heeeeeeeeeeeee :D 

tadi ros tak dapat jadual, cuma jadual tasmik sahaja yang dah ada...seronok mengajar iqra'..semoga Allah permudahkan..kelas 1 Arif tadi langsung tidak ada masalah untuk membaca buku Iqra'..hamdalah! ssyukur sangat-sangat kepada Allah..

lepas tasmik pulak ada mesyuarat untuk MTQ, padahal tak tahu pun ape menda alah MTQ tu..memang pernah dengar jelah..Majlis Tadarus Quran..lepas dah dengar penerangan dan pembahagian tugasan baru lah faham..tapi ros tak ade tugas pun...mungkin selepas ni, dah siap kertas kerja baru tahu dekat mana ros diletakkan..:) kikiki..tugasan sebagai jurugambar ke, bahagian permarkahan ke..apa-apa jelahhh..asal ada tugas...jangan tak de tugasan langsung kang jadi tunggul lak ros..kah, kah, kah! :P

lagi nak cerita apa ye? haaaaaaaaaaaaa! pasal Persatuan..ros under PI..Puteri Islam, Rumah sukan Laksamana, dan sukan pula Bola Tampar..pergh, sei dah lama tak main bola tampar nih..ntah igt ntah tidak pun tak tahu ler..apa-apa pun cuba ingatkan balik lah ye ros? :) heeeeeeeeeeeee :D 

baiklah, nak mengundurkan diri sebab macam-macam yang kena buat, nak beli fail, nak print nama, nak buat MOS dan banyak perkara lagi...:) 



ini yg ros kongsikan di FB: 

seronoknya banyak kerja, sampai sakit-sakit kepala..hihi :D kena siapkan, kena AMANAH! :)

Sabda Rasullullah s.a.w. :
ألا لا إيمان لمن لا أمانة له
Ketahuilah! Tidak beriman bagi sesiapa yang tiada amanah.
-Riwayat Imam Ahmad-

Kerja itu AMANAH, maka laksanakanlah ia sebaik-baiknya..:) untuk sampai ke tahap ini bukanlah satu perkara yang mudah..jadi untuk mengakhirinya biarlah berlaku dengan JAYANYA! :) 

kata nak jadi pendidik terbaik..! Aminnnnnnnnnnnnnnn :)

1 comment:

  1. Semoga berjaya dan tabah mengajar di sekolah baru..

    ReplyDelete

Terima Kasih!