Saturday, January 12, 2013

j-QAF Dorong Murid Kuasai Bahasa Arab.



PELAKSANAAN program j-QAF sejak lapan tahun lalu, kini mula membuahkan hasil apabila murid di sekolah rendah sudah boleh menguasai kemahiran bertutur dalam bahasa Arab.Menurut Ustaz Che Mat Che Leh, murid pada hari ini beruntung kerana program j-QAF membolehkan mereka pandai dan mahir bertutur dalam bahasa arab pada usia muda."Kejayaan ini juga disokong oleh guru j-QAF Bahasa Arab yang berjaya berjaya mengadakan program untuk melatih dan mendidik murid-murid untuk bertutur dalam berkenaan," katanya semasa merasmikan majlis penutup Kem Perdana j-QAF Negeri Melaka 2012 di Taman Botanikal Ayer Keroh Melaka, baru-baru ini.Majlis penutupan kem selama tiga hari itu turut dihadiri Penyelia Bahasa Arab Sektor Pendidikan Islam, Ustaz Rashidi Abd Razak dan Ketua Jurulatih Utama Program j-QAF, Ustaz Abd Razak Aman.Kem yang disertai 140 orang murid tahun empat sekolah rendah seluruh negeri Melaka itu bukan sahaja membantu mereka menguasai bahasa Arab malah turut membina generasi yang sihat dan kuat melalui aktiviti fizikal.Ketua Komanden kem itu, Ustaz Mahadi Subuh berkata,  modul yang digunakan juga dapat mengasah murid dalam kepimpinan sejagat bagi sesebuah organisasi."Peserta menunjukkan semangat yang tinggi dalam latihan dalam pasukan sekali gus menepis pandangan negatif sestengah masyarakat yang bahasa Arab adalah subjek yang susah," ujarnya.


sumber: Portal Pendidikan Utusan.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih!