Friday, January 11, 2013

Darjah Satu (Pendidikan Islam)

Bismillah, sekarang ada waktu sedikit..boleh lah nak update blog sekejap..;)

Nak cerita, ni gambar adik-adik Tahun Satu Sjkc Ayer Keroh, hari ini pembelajaran diteruskan lagi dengan belajar huruf jawi..hija'iyyah..adik-adik ni semuanya pandai-pandai..

Kadang kala kenakalan mereka tu melucukan, benda yang paling lucu hari ini adalah, apabila Ustazah Maria menyuruh adik-adik ini menulis huruf CA, ada diantaranya yg terus melukis CAWAN..padahal perkara yg sepatutnya berlaku adalah mereka harus menulis huruf jawi iaitu huruf CA..

Ros yg tengok adik Danish lukis cawan dah tergelak-gelakkkkkk dah..lucu sangat..tak sempat nak snap gambar lukisan adik Danish tadi..cute je muke dia..mcm tak bersalah je yang dia dah buat tu salah..

​​اَلْحَمْدُلِلّهِ la kak Maria memang penyabar dan turut tercuit juga dengan tingkah laku adik-adik ni..:)
InsyaAllah, nanti ros akan berpindah ke Sekolah Kebangsaan Bukit Beruang, sedih pulak rasa nak tinggalkan semua anak-anak yg comel ni :(

Apa-apa pun, semoga adik-adik ni ceria dalam belajar dan dpt memanfaatkan ilmu yg mereka perolehi sebaiknya di SJKC Ayer Keroh ini ;)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih!