Monday, November 19, 2012

alkisah temuduga JQAF ambilan Januari 2013..

alhamdulillah, bersyukur kehadrat Allah SWT, kerana dengan berkat pertolongan Allah jualah ros dah lepas mengharungi temuduga JQAF bagi tahun 2013 ini..mesti ramai diantara bakal tenaga pengajar JQAF bg tahun 2013 ni tercari-cari bagaimanakah bentuk soalan yang bakal diajukan oleh penemuduga..

disini ros ingin kongsikan beberapa soalan yang memang ros sendiri kena..untuk soalan exam, terbahagi kepada dua soalan iaitu  yang pertama menjawikan tulisan rumi ke dalam JAWI yang TERKINI! yang keduanya adalah soalan Bahasa Arab, apa yang pasti kesemua calon-calon yang bakal ditemuduga perlu mempersiapkan diri dengan lebih teliti agar dapat menjawab soalan dengan BAIK dan TEPAT..sebab bagi ros soalannya Alhamdulillah MUDAH! :) Nahu dan I'rab memang soalan wajib rasanya..:) kena baca okey? :)

seterusnya penemuduga akan memanggil kesemua satu kumpulan untuk ditemuduga secara berkumpulan, soalan terbahagi kepada dua berdasarkan tajuk / permasalahan yang telah diberi dan 15 minit pertama untukmsoalan pertama, 15 minit kedua untuk soalan yang kedua..sebagai contoh, soalan untuk group ros tadi beraitan dengan Slogan 1 Malaysia..:)) okey, dah bg clue..jadi kena lah buat research sedikit ye? :)

dan soalan yang terakhir diajukan kepada setiap individu..setiap calon akan dipanggil mengikut giliran masing-masing..:) jadi bagi mereka yang dipanggil haruslah bersedia sepenuhnya..jangan nervous..alami interview anda dalam bentuk santai..insyaALlah..:)

diantara soalan yang akan diajukan adalah:- (melalui pengalaman ros sendiri)

- ceritakan kehidupan seharian anda (dalam bahasa arab)
- berikan rukun islam
- apakah maksud istinja'? dan apakah alat untuk beristinja'?
- baca surah al-fatihah
- anda diberi surah, dan baca kesemuanya kemudian akan disoal soalan tajwid (study semua hukum ye? )
- anda diminta untuk membaca tulisan jawi lama..(all the best! , memang terbaik jawi lama dia sehinggakan tak faham )

penemuduga seterusnya:-
- introduce yourself (in english)
- berikan isu pendidikan yang anda tahu (terkini dan terbaru! )
- Pelan Pembangunan Pendidikan (kalau tak salah) ada 6 aspek uatama..nyatakan..atau penemuduga menyuruh anda untuk menghuraikan..macam yang ros kena tadi, diantaranya ada sifat rohaniah..apakah maksud rohaniah dan apakah kaitannya dengan akidah? (bayangkan soalan dia? ) alhamdulillah..berjaya menjawab dengan baik..:)
- KSSR. apakah peranannya?

* akhir kata, selamat maju jaya, apa yang penting anda semua perlu memperkasakan diri dengan memperbanyakkan bacaan tentang isu-isu pendidikan yang berlaku dalam institusi pendidikan Malaysia..:)

semoga dengan perkongsian ini dapat memberi manfaat sedikit sebanyak kepada semua..:)

*kejujuran penting dalam menjawab, bolh kalau nak goreng..tapi jangan sampai hangitttt! :)