Monday, May 21, 2012

1 Rejab dah?

dalam leka melayai kehidupan seharian di rumah, terasa masa berlalu begitu pantas kalah keretapi tanah melayu yang pernah melintasi aku satu ketika dahulu ketika aku sedang ingin menunggu komuter di KTM, Bangi..amboi! panjang melalut.:P 

leka, lalai..itulah manusia sehingga tak langsung berkirakira dengan hari-hari yang berlalu..orang lain mengambil berat teentang kalendar hijrah tapi kita sibuk dengan kalendar yg dicipta kafir..dalam tak sedar itu juga, sekarang umat islam sudah pun menempuh dan merempuh bulan Rejab iaitu bulan Allah dan juga bulan istighfar..

alhamdulillah, syukur sepatutnya didahulukan..walaupun dengan kecanggihan ini kita lalai dan leka dan dengan teknologi ini juga yang mengingatkan kita..teringat kan pesan mak zam yang call sebelum ni atas urusan sesuatu..pakcik tak leh nak dtg bulan lain sebab rejab pakcik nak puasa...rupanya hari ini dah masuk rejab...ya Allah, betapa lekanya aku..:( sedih pown ade bila makcik sendiri mengingatkan..terima kasih makcik..

1 Rejab dah? Ya Allah, ruginya aku tak puasa sunat hari ni..nak mengejar amal dan buat yang terbaik dalam tahun ini..menjaga segala amalan agar ianya dan segalanya yang kita lakukan seiring dengan arahan dan apa yg telah ditetapkan Allah SWT..
banyak janji-janji yang tak tertunaikan..banyak kerja yang perlu diselelsaikan secepatnya..
target nak siapkan semua dan tak nak mengganggu gugat perasaan dan hati dan jugak akal fikiran ketika solat an menunaikan apa jua bentuk amalan sunat dalam bulan Rejab, Syaaban dan khusunya Ramadhan ini..

ya Allah, tetapkanlah hatiku atas jalanmu ya Allah..bimbingi aku agar terus kuat melakukan segala amalan dengan baik dan dengan penuh istiqamah..

sedih rase malam ni..sebab banyak sgt dosa yang dalam tak sengaja dan mungkin juga dalam sengaja melakukan maksiat terhadap Allah..ampuni hambamu ini ya Allah, ya Rahman, ya Rahim..aku tak pandai nak berlakon..apa yang aku lakukan itu lah aku sebenar..yang lemah itu aku..yang berbuat dosa itu aku..yang mengulangi perbuatan yg same itu aku..ampuni aku ya Allah..tidak ada yg lain yg boleh menggantikan seksa mu kecuali aku yang bakal menanggungnya...jauhi aku dari azabmu ya Allah..gerakkan sentiasa hati ini agar sentiasa megingatimu disetiap waktu..moga dengan bulan Rejab ini, kau limpahkan rezeki yang melimpah ruah buat aku dan juga keluargaku serta muslimin muslimat di dunia ini..

amin..amin..amin ya Allah..

sempena dengan bulan Rejab ini, bulan Istighfar..same-samelah kite perbanyakkan istighfar kepada Allah..moga Allah KASIH pada kita smua dan ampuni dosa-dosa kita..amin ya Rabb..