Wednesday, February 29, 2012

Antara Dua..:)

resah dan gelisah..
semalaman aku memikirkan yang terbaik buat diri..
sehinggakan demam yang menimpa tak lega-lega..
mungkin dek kerana terlalu penat bekerja..
aku berpegang pada satu kata..
LAHU AJRUN A'ZHIMMMMM..
(baginya ganjaran pahala yang besar atas setiap kebaikan yang dilakukan..)
insyaAllah..semoga semua yang ku lalui disini mengundang Redha Allah dan tidak sesekali MurkaNYA!
Nauzu billahi min Dzalik..

PILIHAN ANTARA DUA

kebiasaanya yang akan dilakukan oleh setiap orang dalam memilih sesuatu yang kurang pasti adalah Solat Istikharah..Istikharah yang bermaksud menuntut pilihan..
aku keliru sangat-sangat..
antara ingin meneruskan perjuangan mengajar di SMAS atau memilih untuk memohon mengajar di Sekolah Bina Insan yang bakal dilancarkan oleh pihak KUIS..

ya Allah..teringin rasanya dihati ini untuk menelefon sendiri pihak KUIS dan bertanyakan tentang hal sebenar ataupun bertanya details tentang SBI..
apakah diantara tujuan tertubuhnya SBI di KUIS?

Allah..Allah..
hanya padamu aku berserah dan bergantung harap..
terkadang diri ini terlalu banyak khilaf sehinggakan sedikit-sedikit meminta-minta kepadamu..
hina sungguh aku sebagai hambaNYA..

lumrah yang suka lalai, yang berduka cita sentiasa mengingatiNYA..
begitu juga aku yang perlu sentiasa MUHASABAH DIRI..
manakah diantara DUA ini yang perlu aku pilih..?

semestinya yang terbaik untuk semua pihak..

MAK DAN ABAH TAK TAHU..

ye..memang mak dan abah tak pernah tahu mana sahaja anak dia ni mohon..kecuali setelah dapat tawaran dan dengan sendiri tanpa berbincang aku menolak tawaran tersebut..
seperti yang berlaku pada dua minggu lepas..
aku mendapat panggilan dari Kolej Unifield, Melaka..
memang dekat dengan rumah..dalam negeri sendiri..
terus menolak jawatan tersebut kerana memikirkan akan nasib adik-adik di SMAS ini..

perjuangan menuntut aku lebih berbakti dalam memberi dan mencurahkan segala ilmuku disini..
insyaAllah..
aku YAKIN dan TAWAKKAL..
ada JALAN Allah yang TERBAIK buat semua..
Amin Ya Rabb!

DEMAM

pada Sabtu yang lepas, aku balik ke rumah abg yang terletak di Taman Tun Teja..
perjalanan hanya memakan masa selama 20minit..
alhamdulillah punya abg yang memahami..yang dapat membantu adiknya ke sana sini..
aku ntidak lokek dengan abg sendiri sebab dia yang banyak mebantuku disini..
begitu juga dengan kakak iparku Nisa..Alhamdulillah..Barakallahu Lakuma..
sentiasa mendoakan yang tebaik buat abg dan Nisa..

Jumaat dan Sabtu merupakan hari yang memang tak ada mood untuk mengajar..
mengajar ni ada naik dan turunnya..
benar sekali kata-kata kak Hajr..dan sekarang aku sendiri merasainya pabila masuk ke kelas dalam keadaan badan yang kurang cergas dan panas terlampau..
sehingga hari ini masih lagi kurasakan benda yang sama..
inilah Kaffarah Dosa dari Allah..
barangkali ada dosa yang ingin diampunkan..
dan dosa yang ku lakukan amat banyak sekali sehingga tak terhingga banyaknya ya Allah..
ampuni dosa hambamu ini..

abg..terima kasih sebab sudi menemani adikmu ini pergi ke klinik..
terima kasih kerana menuruti kehendak adikmu ini untuk membeli cermin mata..
puas memusing satu Rawang untuk cari Kedai Optik..dan Alhaةdulillah ketemu jua..:)

sayang ko sgt! ;)

hari ni dah pakai cermin mata baru..semalam abg jugaklahhhh yang hantarkan..dengan hujan yang lebat lagi.:(
memang cian kat ko kan?

Hanya Allah Sahaja Yang Mampu Membalasnya..AMIN..

ok, menanti untuk menjaga pepeeriksaan..paper sendiri..PSI..moga adik-adik Form 4 dapat jawab dengan baik..:)