Monday, January 2, 2012

Giveaway Solehah dah tamat! Alhamdulillah..

Assalamualaikum semua sekali..

ya Allah, betapa aku rindu untuk melakarkan sesuatu didada blog ini..
disebabkan kelajuan kelembapan broadband yang amat sangat membataskan jari jemariku untuk menaip apa sahaja yang terbayang dalam fikiran..

nak beritahu pada seua kawan-kawan blogger, Giveaway Solehah telah pun tamat..dan insyaAllah ros akan umumkan pemenangnya nanti..;)

ros terima semua jawapan dan apa yang paling penting yang semua contestant perlu tahu adalah..
ros kat sini nak ucapkan ribuan, jutaan terima kasih kepada semua yang sudi menyertai Giveaway kali ini..;)

ros sendiri tak beritahu apa hadiahnya kan?
jeng..jeng..jengggggggggg..

sabar yew..
masih tak tahu nak bagi apa ni..hehe;)
hadiahnya akan ros post selepas ros umukan pemenangnya nanti..;)

ok?

masih belum terlambat untuk ros ucapkan Selamat Tahun Baru 2012..
dimana anda semua pada malam tahun baru tersebut?
adakah anda semua turut meraikan tahun baru dengan mendengar ceramah dari Ust. Azhar Idrus?
atau melepak bersama kawan-kawan di Dataran Merdeka atau di Kelab-kelab Malam..?
nauzubillahi min dzalik..

ros cuma berada dirumah sahaja dengan adik-adik ros yang lain..
orang akan cakap, boringnya hidup kau!
tapi ros lebih selesa macam ni..

kalaulah tak ada appointment dengan doktor pada hari tu..dah lama ros join kawan-kawan PEPIM yang lain ke Dataran Merdeka..meninjau-ninjau golongan remaja islam kita..

apa-apa pun tahniah bagi mereka yang menyambutnya dengan cara yang baik..;)

semoga dengan tahun baru ini, kita sama-sama berazam untuk menjadi yang lebih baik dan cemerlang dalam hidup..;)

insyaAllah ^^,