Friday, December 28, 2012

Resepi Mushroom Soup Simple Buatan Sendiri.


Bismillah, 

dah lama nak update tentang resipi mushroom soup neh! 
resipi ini sebenarnya hak cipta dari kak Rafiza Raihan..kak iza memang seorang suri rumah yang pandai memasak! ros dan roomate ni dulu gila mushroom soup tau! kami apa lagi, suruh kak iza yang masak dan kami perhatikan bahan-bahan yang diperlukan..nampak macam senang tau! tapi boleh tahan ghenyah juga nak buat mushroom soup neh..

yang penting! sedap.....;)

bahan-bahan yang diperlukan:-

bawang merah dicincang dadu
tepung gandum 
ayam bahagian dada
button mushroom di cincang nipis
susu cair
air 
white pepper
garam
gula
minyak

1- Masukkan minyak ke dalam periuk yang sudah panas, minyak tu agak-agak nak goreng bawang sehingga kekuningan tetapi jangan sampai bawang tersebut hangit ye? 
2- Masukkan pula white pepper, kalau nak pedas bubuh lebih, kalau tak nak bubuh biasa-biasa aja dan terus masukkan tepung gandum kemudian gaul.
3- Gaulkan tepung dengan minyak dan bawang tersebut sehingga kelihatan tepung kekuningan, kemudian masukkan air secukupnya dan jangan pula sehingga terlalu cair..pastikan tepung anda tidak berketul-ketul dan kacau sehingga ianya hilang ketul-ketul tepung.
4- Setelah itu, masukkan ayam dan cendawan button tadi..gaul sehingga sebati.
5- Masukkan setengah susu cair, dan gaul lagi dan akhir sekali masukkan sedikit sahaja gula, dan garam secukup rasa! 
6- dah siap!

boleh makan dengan garlic bread buatan sendiri jugaaaaa! sangat sedapppppp :)

1 comment:

Terima Kasih!