Sunday, December 16, 2012

Kisah Luqman Hakim Dengan Kerenah Manusia.

Dalam sebuah riwayat menceritakan, pada suatu hari Luqman Hakim telah masuk ke dalam pasar dengan menaiki seekor himar, manakala anaknya mengikut dari belakang. Melihat tingkah laku Luqman itu, setengah orang pun berkata, 'Lihat itu orang tua yang tidak bertimbang rasa, sedangkan anaknya dibiarkan berjalan kaki.
"Setelah mendengarkan desas-desus dari orang ramai maka Luqman pun turun dari himarnya itu lalu diletakkan anaknya di atas himar itu. Melihat yang demikian, maka orang di pasar itu berkata pula, "Lihat orang tuanya berjalan kaki sedangkan anaknya sedap menaiki himar itu, sungguh kurang adab anak itu."
Sebaik sahaja mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas belakang himar itu bersama-sama dengan anaknya. Kemudian orang ramai pula berkata lagi, "Lihat dua orang itu menaiki seekor himar, adalah sungguh menyiksakan himar itu.
"Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan orang, maka Luqman dan anaknya turun dari himar itu, kemudian terdengar lagi suara orang berkata, "Dua orang berjalan kaki, sedangkan himar itu tidak dikenderai.
"Dalam perjalanan mereka kedua beranak itu pulang ke rumah, Luqman Hakim telah menasihatai anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka, katanya, "Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah S.W.T sahaja. Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap satu.". Moral of the story . "Bila kita nak berubah jadi baik,kita akan tkot orang kata tu kata ni.biar je.kalau dgr ckp manusia buat baik salah buat jahat salah .manusia mana puas kan., org berakal hanya fikir "apa Allah kata" ."Finish :). Thanks reading .

Terlalu banyak cerita yang dikongsikan oleh sahabat ros di blackberry Messenger..terima kasih adik azmi atas perkongsian yang berguna ini..

Kita memang tidak terlepas dari buah mulut orang..pasti ada sahaja yang tidak pernah perfect! :)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih!