Friday, December 28, 2012

Guru SRA Sambilan Jaim Tahun 2013.


bismillah, banyak juga carian untuk Guru SRA Jaim Sambilan bagi Tahun 2013 untuk hari ini. Pasti ramai yang tertanya-tanya bagaimana cara untuk menjadi guru sambilan di JAIM.

Same goes to me, waktu mula-mula nak mintak JAIM, memang punya susah ros nak dapat..tidak dinafikan ramai yang menjadikan kerjaya guru sebagai pekerjaan mereka secara sambilan. kita sama...! ye, kita semua sama..adik-adik, abang-abang, kakak-kakak yang mencari kerja sambilan guru.

lebih-lebih lagi bagi mereka yang memohon kerja dengan JAIM.
JAIM memang bagus..selama lebih kurang 5bulan lebih ros bekerja dengan JAIM, tidak ada sebarang masalah malah sangat mudah untuk berurusan..cuma untuk pengambilan gaji sahaja yang agak merumitkan bila anda terpaksa mengisi banyak borang yang sama untuk setiap bulan, tapi bagi ros tak lah rumit mana sebab JAIM dengan rumah ros sangat dekat..sekolah juga dekat dan ros mengajar di SRA (JAIM) Ujong Pasir dan waktu pagi ros boleh buat bisnes jual jubah secara online..dua kerja dalam satu masa memang agak penat..tapi akan hilang bila berjumpa dengan anak-anak murid ros..

*cerita pasal anak murid rindu pulak! 
baiklah, buat masa sekarang pada pendapat ros mungkin sahaja kekosongan di JAIM sudah penuh..full! tapi anda boleh berhubung terus di kaunter Khidmat Pengurusan, Majlis Agama Islam Melaka tingkat dua tau! cakap sahaja nak berjumpa dengan Pegawai bahagian pendidikan..insyaALLAH untung-untung anda terus dapat tahu sekolah mana anda bakal mengajar..tengok pada rezeki juga..macam ros sebelum ni alhamdulillah ada kekosongan di SRA (JAIM) Ujong Pasir, tu yang terus dapat tahu sekolah dan dah boleh mengajar..seronok..

anda perlu cuba ya! 
yang pasti bawa fail-fail sijil anda..SPM ye? walaupun anda degree, tapi gaji taraf SPM..itu untuk sekolah rendah..kalau sekolah menengah mungkin sahaja gaji anda lebih..:) RM120 sehari kalau tak salah..:P 

semoga berjaya, jika anda dipanggil temuduga..bersedia lah! :)

tahniah pada bakal-bakal ustazah dan ustaz yang akan mengajar SRA dan SMA di bawah JAIM, all the best dan curahkan ilmu anda seikhlas-ikhlasnya..:)

terkesan dengan kata-kata lecturer di IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka: " Salah seorang doktor, hanya mati seorang pesakit, Salah seorang guru, MATI satu generasi..renung-renungkan..:)

4 comments:

  1. Maaf...sy nk tnya guru sambilan ini sma ke dgn guru kontrak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owh..sy sekadar guru ganti sahaja..tp mmg ust ustzh bwh jabatan agama islam melaka tu kontrak dua tahun...kemudian perbaharui kontrak semula...cuba la pergi ke khidmat pengurusan jaim..insyaaallah mereka akn bantu...try jmpe encik anuar..bahagian pendidikan..

      Delete
  2. Setiap permohonan guru jaim mmg akan di interview ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya kena jalani interview dulu, sy sendiri dah lupa masa tu...

      Delete

Terima Kasih!