Friday, November 30, 2012

saya memang menghidap penyakit seakan BARAH..tetapi doktor kata bukan Barah Payudara.


bismillah..

pagi tadi bangun dalam keadaan sakit, berdiri sahaja dah rasakan sakit dibahagian payudara sebelah kanan..sebenarnya saya sudah lama mengidap Fibroadenoma yang mana ada ketulan kecil dibahagian payudara..setelah beberapa tahun ni dan setelah beberapa kali ros datang untuk rawatan susulan di GH, Melaka..masih juga tidak ada perubahan terhadap ketumbuhan Fibro tersebut..

emak selalu cakap: ish, risau mak, doktor asik cakap tak besar-besar je ketumbuhan tu..betul ke? memang dah cek sungguh-sungguh ke doktor tu? mak takut nanti bukan kanser, bukan kanser jadi kanser pula, mak tak lah nak doa macam tu..cuma risau..cuba tanya doktor, kalau nak kena bedah, kita bedah jela..

aku sendiri tak tahu nak jelaskan pada emak macam mana, memang emak lah yang selalu temankan aku bila pergi check up di Klinik Payudara, Hospital Besar Melaka..macam-macam doktor yang cek..memang segan..tapi dah Allah nak bagi kita sakit..terima jela..huhu..

setiap kali doktor buat pemeriksaan soalan aku semuanya sama je, sampaikan agaknye jemu doktor-doktor tu dengar soalan aku..
doktor, saya kena pantang makan apa ye? doktor, adakah kemungkinan ketumbuhan ini akan besar? doktor, betul ke ianya bukan kanser? itulah soalan yang kerap aku tanyakan kepada semua doktor yang pernah merawat aku..dri mula ambil tisu doktor dan nurse yang tolong inject utk ambil tisu cakap..alhamdulilah, bukan kanser dik..aik? betul ke ni? (muka cuak) betul dik, memang bukan kanser..memang biasa umur 20 tahun keatas macam kamu akan dapat sakit tumbuh ketulan kecil pada payudara..it is normal..dalam hati: normallll? kak,risau saya ni sampai tak tidur malammmmmm! huhu

itu adalah permulaan bagi segala-galanya..sekarang memang terasa sakit lebih-lebih lagi bila nak datang bulan..memang membengkak..ros kongsikan ni hanya pada teman-teman wanita sahaja yang membaca blog ini supaya segera buat pemeriksaan apabila anda dapati ada benjolan kecil dipayudara..

dan boleh juga cari di google bagaimana caranya untuk cek payudara anda..kalau boleh dalam dua minggu atau sebulan sekali tu pergilah berjumpa dengan doktor ye sekurang-kurangnya anda tahu yang anda masih dalam peringkat awal atau memang tiada tanda-tanda untuk terkena kanser payudara..

cerita pagi tadi, terdapat satu bintik hitam..rasa takut..mak suruh ke klinik..tapi ros tangguhkan dahulu..mungkin jika tidak hlang juga..ros akan ke klinik esok..harapnya tak ada apa-apa..huhu..

kat sini nak kongsikan beberapa info tentang:-

 senarai penyakit  yang seakan-akan kanser payudara tetapi bukan barah! 


6 penyakit bukan barah payu dara - Mempunyai ciri-ciri hampir sama dengan barah payu dara:-


HANYA 20 peratus penyakit pada payu dara adalah barah. Selebihnya bukan barah tetapi masih mendatangkan rasa sakit dan memerlukan rawatan.
Ada enam jenis penyakit bukan barah yang menyerang payu dara. Setiap satu memiliki ciri-ciri yang hampir sama dengan barah payu dara. Justeru pengesanan dan pemeriksaan awal membolehkan seseorang itu mengetahui sama ada dia diserang barah atau tidak.
Dr Komathy Thiagarajan dari Bahagian Reproduksi Manusia, Lembaga Pembangunan Penduduk dan Keluarga Negara (LPPKN), tidak dinafikan barah payu dara adalah barah yang menduduki carta teratas sebagai pembunuh wanita.
“Pada 2003 misalnya, daripada 100,000 wanita, 39.5 adalah pesakit barah payu dara manakala 16.5 peratus pesakit barah servik. Tetapi bukan semua penyakit pada payu dara itu barah,” katanya.
Pengesanan awal boleh mengurangkan risiko barah payu dara. Pemeriksaan sendiri misalnya mengambil masa kurang lima minit dan dilakukan sebulan sekali.
“Kekerapan membuat pemeriksaan sendiri mengikut jadual membolehkan wanita itu biasa dengan payu daranya dan jika berlaku keganjilan dia akan tahu ada yang tidak kena,” katanya.
Komathy berkata, amat penting bagi seseorang yang tidak pasti dengan keadaan payu daranya membuat pemeriksaan. Apatah lagi jika tergolong dalam kumpulan berisiko (adik beradik atau saudara terdekat yang meninggal dunia atau didiagnos dengan barah).
Selalunya wanita di dalam kumpulan begini diberi lebih perhatian kerana risiko barah payu dara yang tinggi berbanding wanita lain.
Mengenali enam jenis penyakit bukan barah
Fibrosistik
Fibrosistik menyebabkan payu dara kelihatan berbenjol dan terasa sangat sakit. Selalunya kesakitan bertambah menjelang haid.
Fibrosistik terjadi kepada lebih 50 peratus wanita. Ia masalah biasa dan dialami wanita tanpa mengira usia tetapi lebih kerap pada wanita sekitar umur reproduktif.
Fibrosistik dikenali menerusi keadaannya yang berbenjol, bengkak, sista cecair selain sakit. Ia bukan faktor risiko kepada barah tetapi keadaan payu dara yang berbenjol menimbulkan rasa tidak selesa.
Malah jika seseorang itu sebenarnya berhadapan dengan barah payu dara, sukar untuk membuat pengesanan kerana keadaan payu dara yang firbosistik.
Penyakit ini dikaitkan dengan kitaran haid. Kerana itu ia akan berasa sangat sakit menjelang haid. Dalam sesetengah kes, simptom fibrosistik masih berterusan ketika hampir putus haid. Dalam kes tertentu, fibrosistik memerlukan biopsi terutama jika benjolan agak keras.
“Tiada rawatan khusus menanganinya. Biasanya pesakit dinasihatkan tidak mengambil minuman berkafein. Kadangkala doktor menyarankan pesakit mengambil Vitamin B 6,”
Tetapi kebanyakan kes fibrosistik boleh ditangani dengan pengambilan pil perancang keluarga.
Fibroadenoma
Fibroadenoma adalah satu punca benjol pada payu dara. Ia tidak sakit dan boleh bergerak-gerak jika dipicit. Ia masalah payu dara yang sering terjadi dan boleh menyerang wanita tanpa mengira usia. Lebih kerap menyerang wanita berusia 20an dan 30an. Jika benjolan terjadi pada wanita berusia 40an, kemungkinan besar ia bukan firodenoma
Fibroadenoma dikaitkan dengan tahap hormon estrogen yang lebih tinggi dari biasa. Selalunya benjolan yang tumbuh berukuran satu ke 1.5 sentimeter. Saiz itu selalunya kecil hingga ia akan mengecil dengan sendirinya apabila tahap estrogen wanita menurun
Walaupun ia berbenjol seperti fibrosistik, tetapi benjolannya mempunyai sempadan yang jelas. Ia boleh bergerak-gerak apabila dipicit dan boleh tumbuh lebih dari satu benjolan pada satu-satu masa.
Diagnosis menentukan sama ada benjolan itu barah atau fibroadenoma memerlukan biopsi. Rawatan terbaik menangani fibroadenoma adalah pembedahan membuang benjolan kecuali jika ia terlalu kecil atau terlalu banyak.
Walaupun selepas pembedahan fibroadenoma boleh berulang.
Nekrosis lemak
Selalunya nekrosis lemak terjadi apabila berlakunya kecederaan pada tisu lemak payu dara. Tisu yang tercedera menjadi benjolan keras atau benjolan berisi minyak.
Seperti kebanyakan penyakit payu dara lain, diagnosis nekrosis lemak memerlukan biopsi. Tiada rawatan khusus untuk menangani nekrosis lemak.
Radang payu dara(mastitis)
Terjadi apabila kulit payu dara pecah dan kuman memasuki tisu payu dara. Ia menyebabkan jangkitan hingga kawasan yang tercedera terasa sakit dan kulit payu dara menjadi merah.
Biasanya doktor akan memberikan ubat penahan sakit dan antibiotik. Jika dibiarkan melarat nanah boleh berkumpul dan memerlukan pembedahan bagi mengeluarkan nanah.
Radang payu dara adalah masalah biasa bagi ibu yang menyusukan bayi. Anda akan tahu diserang radang payu dara apabila ia berasa sakit, panas, bengkak dan merah. Kadangkala tubuh berasa letih, gatal dan selesema. Kadangkala ibu yang menyusu bayi akan diserang demam dan selesama sebelum menyedari mereka sebenarnya mengalami radang payu dara.
Galaktorea
Galaktorea adalah masalah susu yang dihasilkan dari payu dara wanita yang tidak menyusu bayi. Kadangkala galaktorea membabitkan sebelah payu dara saja atau mungkin boleh menyerang kedua-dua belah payu dara.
Dalam kes galaktorea, susu mungkin keluar secara spontan atau setiap kali payu dara disentuh. Galaktorea dikaitkan dengan penggunaan ubat-ubatan tertentu (ubat darah tinggi, ubat kemurungan, hormon dan ubat tahan muntah).
Ia boleh juga terjadi kerana penggunaan dadah, ketumbuhan pada kelenjar susu atau pemeriksaan payu dara sendiri yang terlalu kerap. Kadangkala galaktorea boleh terjadi kerana stimulasi aktiviti seks. Galaktorea biasanya dirawat berdasarkan punca penyebab.
Ektasia duktus (duct ectasia)
Walaupun barah payu dara dikaitkan dengan pengeluaran nanah pada puting, ada juga sejenis penyakit bukan barah yang boleh mengeluarkan cecair tebal dan melekat.
Ektasia duktus atau masalah jangkitan saluran susu misalnya menyebabkan puting mengeluarkan cecair berwarna hitam atau hijau. Biasanya ia menyerang wanita berusia 40 dan 50 tahun.
Ektasia duktus menyebabkan areola (kawasan berwarna gelap sekeliling puting) terasa sakit, merah dan mungkin terdapat benjolan keras. Ia terjadi kerana saluran susu yang bengkak.
Ektasia duktus boleh hilang dengan sendirinya atau dirawat dengan tuam panas dan pengambilan ubat-ubatan antibiotik. Dalam kes tertentu, benjolan saluran susu mungkin perlu dibuang secara pembedahan.
This article comes from LAMAN WEB RASMI HOSPITAL SULTAN ABDUL HALIM.SG.PETANI


semoga info ini berguna untuk kalian semua..:) *senyummm! 

6 comments:

  1. Ya Allah. Mohon kita semua dijauhkan penyakit yang paling digeruni oleh kaum hawa tuh. :(

    ReplyDelete
  2. mudahannya macam tu la, ros doakan..sebab bila macam ni rasa juga macam mana perasaan orang yang dah tahap ke4 kanser payudara..mak uda ros b4 ni pun datahp ketiga kalau tak salah..dan dah kena buang..tapi dia masih kuat..alhamdulillah..

    ReplyDelete
  3. Makcik & kwn pun pernah jalani operation utk buang ketulan kat situ..dan tu mmg bkn knser.

    Moga takde apa yg serius jadi pd ros ya. byk2 berdoa.

    ReplyDelete
  4. tu lah kak, risau juga..tunggu esok je ni..kalau tak teeruk alhamdulillah la..tapi ade lak mcm ketul kecik kaler hitam..pagi tadi mmg sakit..huhu

    ReplyDelete
  5. My friend introduced me to this webblog, it is from Malaysia and give a lot of information and also provide an alternative treatment of cancer based on natural medicines. Web blog - http://oliveherbs.blogspot.com/ or http://bit.ly/1ctGSDl

    ReplyDelete
  6. saya penghidap penyakit fibroadenoma..dalam pemakanan..ada x pantangnye..??

    ReplyDelete

Terima Kasih!