Wednesday, November 28, 2012

Emak dan Abah saya hanyalah seorang pemandu teksi.

bismillah..
Alhamdulillah diberikan nafas oleh Allah swt untuk hidup pada hari ini..maka, dari itu..setiap dari kita wajib mengucapkan rasa syukur..kan?
baiklah, seperti tajuk di atas..emak dan abah saya hanyalah seorang pemandu teksi..jangan segan bila ada yang bertanyakan kepada anda apakah pekerjaan ibu dan bapa anda walaupun hanya sekadar seorang cleaner..atau bekerja di mana-mana hotel sebagai housekeeping..
saya tidak pernah akan berasa malu malah saya berbangga kerana dengan gelaran seorang pemandu teksi lah abah dan emak mendidik saya sehingga saya mendapat macam-macam yang pastinya ramai diantara kita impikan tapi saya diantara mereka yang beruntung..Allah pilih saya, moga-moga ianya bukanlah tadarruj dariNya..
saya berusaha bersungguh-sungguh, bukanlah niat saya untuk menunjuk2 pada kalian..tetapi semuanya yang sy dapat adalah pemberian dari Allah dan saya bersyukur..every sem dari start saya masuk kolej, saya dapat apa yg saya target..anugerah dekan setiap sem diploma dan degree, pernah beberapa kali mendapat 4.0 rata..kemudian tahun 2007 saya pergi ke Maghribi secara percuma..bantuan zakat selangor walaupun saya bukan anak selangor..saya mendapat Anugerah Pelajar Terbaik Diploma Bahasa Arab dan Kesusasteraan, dan bagi peeringkat Ijazah sy mendapat Pelajar Terbaik bagi kos Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab Sebagai Bahasa Kedua untuk Majlis Anugerah Dekan entah kali ke berapa majlis tersebut saya sendiri dah lupa..kemudian sehinggalah saya tamat belajar saya sewaktu Konvokesyen KUIS kali ke -14, saya diantara 5 pelajar yang mendapat Anugerah Pencapaian Akademik Terbaik Keseluruhan yang ke-2 iaitu Anugerah Dato' Menteri Besar Selangor..saya bersyukur..syukur sangat-sangat..kerana dngan adanya emak dan abah saya yang hanya bergelar PEMANDU TEKSI..
hati saya menjadi sedih, sayu dan pilu..apabila ada yang memperlekehkan kerja halal emak dan abah..ada yang memperrlakukan mereka seperti kuli..pernah sewaktu abah menghantar saya pulang ke kolej, selepas usai solat subuh kami menuju ke rumah pelanggan tersebut..agak lama menunggu lebih kurang setengah jam seperti waktu yang dijanjikan masih belum lagi turun..sehinggalah minit yang kee 40-45minit..abah tetap sabar menunggu, saya yang macam oanas hati betullllllll! saya berkata: abah, mana nye abang tu? tak turun pun..janji pukul berapa? baik iza tidur je dari tadi..abah hanya menjawab: sabar kejap, kejap lagi kang turun lah tu..
sejurus itu, nampak kelibat seorang lelaki menuruni tangga yang gelap..seraya mendekati kereta teksi kami dan berkata:"bang maaf bang, anak saya tak berapa nak sihat sangat..menangis tak nak lepaskan saya..maaf bang" 
dalam hati: hurm, selalu bagi alasan yang sama dekat abah..kesian abah aku tau!!!!
abah membuka bonet kereta dan meluru keluar mengambil beg abg tersebut..
dalam hati lagi berbisik: makkkkk aii! kau ingat abah aku tu kuli ke? ko amik dan letak lah sendiri dalam bonet! dah lah nak tunggu kau punye lah lame tadi..sekali lagi dalam hati terdetik KESIAN DEKAT ABAH! 
macam tulah perangai abah, kalau dah ada customer, dia mesty layan dengan baik..dan jaga customer tersebut supaya mereka stick dengan kita dan menggunakan perkhidmatan teksi kami lagi pada kemudian hari..
itulah ceritanya yang agak panjang, tetapi jari jemari dan hati yang agak tidak tenteram ini masih lagi mahu berkongsi dengan semua teman-teman, adik-adik, abang-abang, kakak-kakak, pakcik-pakcik, makcik-makcik atok, nenek, opah dan semua yang menggunakan perkhidmatan teksi mahupun bas ataupun segela kemudahan awam yang disediakan..
ini adalah kisah benar, abah saya sudah lama memberikan perkhidmatan teksi bermeter ini..abah selalu memberikan yang terbaik untuk semua pelanggannya..pelanggan abah datang dari pelbagai kaum..cina, melayu india serani dan tak kurang juga dari pelbagai negara teerutamanya yang paling ramai adalah pelancong dari Korea dan Indonesia..memang jika mereka datang ke sini..abah lah yang mereka langgan unuk pergi ke mana sahaja..alhamdulullah rezeki untuk kami sekeluarga cukup..tidak pernah kurang..abah juga mempertingkatkan dirinya dengan belajar bahasa inggeris..apa yang saya tahu..english abah hanyalah biasa..tetapi sifat untuk memajukan diri..abah saya membeli buku belajar bahasa inggeris yang khusus untuk pelancong..itu sikap abah yg sangat mebanggakan saya..:) dan abah saya tak pernah malu jika dia silap grammar..dia terus bercakap sehingga Korean tu faham apa yang ingin disampaikannya..bagus kan abah..i am so proud of u abah..walaupun kita tak lah rapat mane kan abah? hehe :D *segan dengan abah kalau saya ade buat perangai cam budak-budak..:P
tibalah masanya saya bongkarkan kebiiadaban sesetengah pelajar di beberapa buah kolej di Melaka ni, sungguh saya tak berpuas hati dengan apa yang mereka lakukan terhadap emak dan abah..lebih-lebih lagi pelajar dari Politektik dan Yayasan Melaka..saya agak kurang senang apabila abah menerima panggilan ketika dia sedang makan tengahari di rumah..abah menyambut panggilan dengan baik, khabarnya ada yang ingin menggunakan perkhidmatan teksi..kebiasaannya abah selalu mengutamakan pelanggan..abah terus memakai baju dengan kemas dan keluar untuk hanya mencari RM 5..apa yang menyedihkan adalah..apabila abah pulang dalam masa 10minit dan memberitahu bahawa pelanggan aka plajar yang berpelajaran tinggi itu sudah menaiki teksi lain..apa yang ingin saya perkatakan di sini adalah..jika anda sedar bahawa anda telah menempah kereta sewa dengan pemandu teksi aka abah saya,,,jadi tunggu dan gunakan sahaja perkhidmatannya..dan jangan sesekali call pemandu teksi lain untuk pick up anda..itu adalah satu perangai yang agak kurang baik dan sungguh saya geram dan boleh dikategorikan agak kurang adab sekali anda terhadap pemandu-pemandu teksi..ingatlah adik, what comes around goes around..tak mustahil jika anda ditakdirkan dalam keluarga ada yang bekerja sebagai pemandu teksi pada suatu hari..fikirkanlah kebaikan dan keburukan yang akan mereka hadapi! 
please, lagi satu..hormatlah mereka seperti anda menghormati ibu bapa anda..teringat sewaktu abah dan emak bertugas pada bulan puasa..sesetengah dari pelajar ini agak kurang menghormati abah, abah cakap..pakcik buka puasa dulu, nnt pakcik ambil kamu dekat tempat biasa, mereka melawan..mereka cakap..ala, pakcik ambil la kami..kami nak bukak puasa dah ni..okey, abah dengan taat menuruti..dah itu punca rezekinya..dalam kereta..mereka sedap menelan air..berbuka puasa..abah? abah saya macam mana..? tidak langsung mereka mengajak atau mebelikan apa-apa keada abah untuk berbuka..bukanlah abah saya meminta simpati pun, tapi abah sendiri memang tak sempat nak beli apa-apa untuk berbuka...jika anda semua pandai belajar sehingga ke tahap yang tinggi..pasti anda menganggap abah saya ini seperti ibu dan bapa anda sendiri..sekali lagi saya memang kasihan mendengar luahan seorang pemandu teksi..ye..itulah dia..abah saya..! ROFIEE BIN HUSSIN..
saya sedar siapa abah saya, dan disebabkan itu..jika saya menaiki kereta sewa / teksi.duit lebihnya saya sedekahkan kepada pakcik tersebut..dan saya anggap dan hormat mereka sepertimana saya fikir abah saya sedang berada di sebelah saya..
apa yang perlu anda ada dalam diri anda sebagai seorang pengguna teksi adalah:-
1- Hormati mereka.
2- Layani mereka seperti mana yang sepatutnya.
3- Jangan sesekali menawar atau menipu mereka dengan mengatakan saya naik teksi sebelum ni lagi murah dari yang ni..(ini hakikat beberapa pelajar yang pernah menipu abah, padahal mereka pernah dikenakan charge yg lebih mahal)
4- jangan sesekali memperlekehkan seorang pemandu teksi kerana kerja mereka adalah HALAL! 
5- Ucapkanlah TERIMA KASIH PAKCIK, kepada pemandu teksi atau bas setelah selamat anda sampai, mereka menjaga nyawa anda dan nyawa mereka sekali ketika disepanjang perjalanan anda dan semestinya Allah menjaga kita semua..! :) jangan lupa, ucapkan terima kasih..
6- sila baca dengan hati yang terbuka dan berlapang dada dari 1-5..terima kasih! :)

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih!